Friday, 26 December 2014

INDUCED LACTATION (CETUSAN PENYUSUAN SUSU IBU)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Baru-baru ini, saya banyak mendapat kes penyusuan anak angkat (induced lactation) dan kes penyusuan semula (relactation - akan dibincangkan dalam post seterusnya). SubhanAllah, ibu-ibu ini sungguh kuat pada hemat saya. Penuh semangat, memohon bantuan kerana yakin kepada diri dan perintah Allah.


Soalan Ibu:

Cikgu, saya ada ambil anak angkat. Sekarang sudah berusia 2 bulan setengah. Saya baru nak mencuba menyusukannya tapi susu ibu tiada.

Adakah berjaya untuk saya hasilkan susu ibu untuk bayi saya? Jika ya bagaimana caranya?


Jawapan Cikgu Susu:

Tahukah anda, ciptaan badan seorang wanita sangatlah unik. Bahagian payudara wanita boleh menghasilkan susu walaupun tidak pernah hamil atau bersalin. MashaAllah, hebat ciptaan Allah.

Penyusuan anak angkat boleh dan tidak mustahil dilakukan, dengan syarat minda, niat dan tindakan ibu selari mengikut cara. Ibu perlu terus kuat dan tekad sehingga proses ini selesai dan susu mula dihasilkan dengan optimum. Proses cetusan penyusuan susu ibu untuk anak angkat dipanggil Induced Lactation.

Proses ini harus dilakukan seawal mungkin jika boleh sebelum bayi dilahirkan lagi supaya ibu dapat menyediakan fisiologi dan hormon dalam badan sama seperti ibu yang baru sahaja melahirkan anak.

Jika ibu tidak sempat membuat persediaan sebelum bayi lahir, usah khuatir. Ibu masih berpeluang menyusukan anak angkat selepas kelahiran.

Jika bayi sudah lahir atau berusia lebih dari 1 bulan:

1. Dapatkan preskripsi dari doktor untuk ubat tertentu yang membantu mempercepatkan penghasilan susu seperti Domperidone. Aturan dan dos pengambilan hendaklah atas nasihat dari doktor.

2. Mula mengepam sekerap setiap 2 jam. Buat permulaan, 1 sesi mengepam hanya 10 hingga 15 minit sahaja sehingga susu mula keluar. Berikan diri ibu masa dalam 2 hingga 3 minggu untuk menghasilkan susu. Gunakan double electric breast pump untuk rangsangan yang setara untuk kedua-dua belah payudara.

3. Ibu lebih digalakkan untuk terus mula menyusukan bayi dari payudara ibu walaupun susu masih belum keluar. Pastikan bayi dapat melekap dengan betul. Ini kerana hisapan bayi lebih efektif dalam merangsang penghasilan susu ibu.

3. Gunakan Supplemental Nursing System untuk membantu merangsang penghasilan susu semasa bayi menyusu terus dari payudara ibu. Dengan cara ini, bayi masih boleh mendapat susu dari tiub pada masa yang sama hisapan bayi merangsang kelenjar susu bekerja untuk hasilkan susu.

4. Susukan bayi di kedua-dua belah payudara ibu. Lakukan pemampatan payudara (breast compression) untuk membantu melancarkan aliran susu.

5. Elakkan penggunaan botol susu dan puting kosong (pacifier) sehingga bayi dapat menyusu dengan betul dan penghasilan susu ibu pada tahap optimum (cukup untuk bayi).

Bagi bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas, jika bayi mengalami kesukaran untuk menyusu terus dari payudara ibu, lakukan seperti di bawah untuk merangsang bayi menyusu dari payudara:

1. Elakkan pemberian susu melalui botol susu. Bayi sudah boleh minum dari cawan (open cup). Elakkan juga penggunaan puting kosong.

2. Kerapkan melakukan sentuhan kulit-ke-kulit (skin-to-skin) bersama bayi. Ini termasuklah tidur dan mandi bersama bayi. Bayi dalam lampin sahaja dan ibu tidak memakai baju, bayi di dalam pelukan ibu. Teknik ini membantu menjadikan bayi lebih selesa dan menerima penyusuan dari payudara.

3. Elakkan memaksa bayi untuk menyusu dari payudara. Beri bayi masa untuk belajar menyusu dan menerima penyusuan terus dari ibu secara perlahan-lahan.





Tips tambahan untuk ibu angkat sebagai persediaan penghasilan susu:

1. Mula amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Pastikan pengambilan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup setiap hari. Elakkan mengikuti diet yang terlalu ringkas dan tidak sihat.

2. Amalkan pengambilan air suam sekurang-kurangnya 3.5 liter sehari. Elakkan pengambilan kopi, teh dan air bergas yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi.

3. Amalkan makanan penggalak susu yang boleh merangsang kelenjar susu dan menambah penghasilan susu ibu seperti kurma, habbatussauda, susu, oat dan sebagainya.



Di samping usaha yang berterusan, teruskan berdoa memohon rezeki dari Allah untuk menyusukan anak dengan lebih mudah dan mohonlah dari Allah untuk dikuatkan hati dan diri. InshaAllah semuanya atas izin Allah.


Cikgu doakan ibu-ibu ini berjaya menyusukan anak mereka selama yang boleh. Amin ya Rabbal alamin.




Zuain Ghani, Cikgu Susu
www.cikgususu.com


Rujukan:

1. Induced Lactation; Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding.


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

Thursday, 18 December 2014

NURSING IN PUBLIC (N.I.P.) : MAHU TAPI MALU

Beberapa minggu lepas Cikgu Susu terbaca satu artikel tentang Nursing in Public atau menyusu di khalayak umum.

Ibu semua pernah tak merasa leceh atau susah nak berjalan-jalan dengan bayi yang menyusu susu ibu? Ada terfikir perlukah bawa susu yang telah diperah dan terfikir macam mana nak panaskan susu itu nanti?

Ada rasa malu nak menyusu di khalayak umum? Pernah tak terjadi situasi begini?

Bila si comel menangis mahukan susu, kita mula mencari bilik menyusu (nursing room). Bila bilik menyusu penuh, kita panik. Kita mula keluarkan nursing cover untuk susukan bayi. Bayi pula dah tak tenang, menangis lebih kuat. Akhirnya, kita berserah, padamkan hasrat nak window shopping atau berjalan-jalan di shopping mall. Berjalan masuk ke tempat letak kereta dan menyusu dalam kereta.

Haaa... percaya tak? cikgu susu pun pernah mengalami situasi seperti ini. Tetapi apa yang menyebabkan pandangan dan sikap cikgu susu berubah adalah teguran dan sokongan dari suami cikgu susu sendiri. 

Kata beliau, "Buat apa nak malu-malu kalau kita tak buat perkara yang salah, hak anak kita perlu ditunaikan bila diperlukan."

Ibu, kita tak perlu malu untuk tunaikan hak anak kita walau di mana sahaja kita berada. Ini tanggungjawab kita ya ibu. Bayi akan lebih selesa menyusu terus dari kita dan bayi kita akan lebih tenang dan seterusnya mudah diuruskan.

Ibu-ibu perlu tahu definisi sebenar penyusuan di khalayak umum. Ia tidak bermaksud menyusu dengan mendedahkan keseluruhan bahagian payudara kita. Kita masih boleh menyusukan anak kita dengan memelihara aurat kita iaitu dengan sedikit bukaan di bahagian menyusu sahaja.

Ibu-ibu, susuilah anak kita walau dimana kita ketika itu. Pastikan sebagai seorang wanita muslim, kita masih memelihara aurat semasa menyusu, mendapat keizinan suami dan niat kita bukanlah untuk membanggakan diri kerana boleh dan mampu menyusukan anak kita.

Cadangan cikgu susu untuk memudahkan N.I.P atau penyusuan di khalayak umum dan pada masa yang sama ibu masih menjaga batas aurat ibu adalah:

1. Memakai nursing inner atau nursing camisole yang mempunyai akses di bahagian payudara dan areola sahaja. 

2. Memakai baju mesra menyusu (nursing friendly). Biasanya berbutang atau berzip di bahagian dada untuk memudahkan akses kepada penyusuan.

3. Menggunakan nursing cover atau selendang untuk menutup dada dari pandangan umum semasa menyusu.

4. Dalam sesetengah kes, bayi tidak sukakan nursing cover atau selendang, cikgu susu galakkan ibu memakai baju menyusu. Baju menyusu sendiri mempunyai akses penyusuan tanpa butang atau zip dan ada lapisan kain di bahagian dalam untuk mengelakkan pendedahan kulit badan atau payudara yang banyak.

5. Elakkan merasa panik, malu atau stress. Tahukah ibu bayi kita dapat mengesan perasaan dan emosi kita semasa dalam dakapan kita. Bila ibu stress, penyusuan takkan berjalan dengan lancar dan kerana bayi kita juga menjadi tidak tenang seperti kita.

Apa yang ibu perlu lakukan? Bertenang dan senyum selalu. Bayi kita pun akan turut merasa gembira disusukan.

Cikgu susu sendiri lebih gemar memakai baju menyusu, kerana akses yang lebih mudah dan dapat menyusu dengan lebih discreet. Anak-anak cikgu susu pula memang tidak suka menyusu dengan nursing cover atau selendang. Jadi sejak menyusukan anak, cikgu susu ada hobi baru, iaitu suka mengumpul baju-baju menyusu.

Jom kita menyusu, kalau kita mahu, tepikan malu itu ya.

Semuanya akan lebih senang jika kita sendiri memudahkan caranya. InshaAllah.


.


Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com


Friday, 5 December 2014

BAYI MAHU MENYUSU DI SEBELAH PAYUDARA SAHAJA?

Apabila bercakap tentang menyusukan bayi, tak lengkap kalau tak sentuh bab posisi semasa menyusukan bayi. Tahukah ibu bukan posisi bayi sahaja yang perlu dititikberatkan, tetapi posisi ibu juga.

Teringat kisah penyusuan anak sulung saya dahulu, Aariz. Kami (saya dan suami) masih muda ketika itu, ilmu penyusuan sangatlah terhad, sehinggakan cara memegang bayi semasa nak menyusu pun kami tak tahu. Maka bermulalah adegan: "awak tengok saya, saya tengok awak, baby Aariz menangis.."

Jadi, suka untuk saya tekankan kepada ibu yang kita perlu belajar dan tahu cara memegang bayi dan posisi yang betul dan selesa kerana perkara ini akan memastikan penyusuan berjalan dengan gembira.

Selain itu, kita dapat menyelesaikan masalah penyusuan tertentu dengan menukar dan memvariasikan posisi semasa menyusu.




Berikut adalah contoh beberapa posisi semasa menyusu yang biasa kita amalkan.

Posisi yang paling saya suka dan sarankan untuk ibu biasakan adalah POSISI FOOTBALL HOLD, atau dikenali juga dengan clutch hold. Posisi ini biasa digalakkan untuk ibu yang bersalin secara pembedahan supaya tidak menekan perut (bahagian luka pembedahan), untuk ibu yang melahirkan kembar dan amat sesuai untuk tandem pumping (sebelah menyusu, sebelah mengepam).

Football hold juga inshaAllah efektif dalam membantu bayi yang mempunyai masalah mahu menyusu di sebelah payudara sahaja. Mahu tahu caranya, tonton video di bawah ya:





Posisi Ibu semasa menyusu

1. Pastikan ibu dalam keadaan selesa dan seeloknya dalam keadaan bersandar.
2. Bawakan bayi ke dalam pelukan ibu, bukannya payudara ke arah bayi (BABY TO BREAST, NOT BREAST TO BABY).

Posisi Bayi semasa menyusu

1. Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa.

2. Bayi memusingkan keseluruhan badannya (kepala, badan dan punggung) semasa menyusu dan tidak memusingkan kepala dan leher sahaja.

3. Buka kain bedung bayi (jika bayi dalam bedungan), untuk memastikan kedudukan anggota badan bayi yang betul sebelum menyusu.

Kedudukan kita dan bayi yang betul semasa menyusu akan mengelakkan kita mengalami masalah luka puting atau sakit belakang semasa menyusu. Bayi juga akan dapat menyusu dengan selesa dan mendapat susu yanhg cukup untuk tumbesarannya.

Banyak lagi info penyusuan akan saya kongsikan dalam post seterusnya. Teruskan membaca!




Salam Cinta Susu Ibu,
Ain,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com




.


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow












Monday, 17 November 2014

TIPS PEJUANG PENYUSU: SNACKING KURMA




TIPS PEJUANG PENYUSU 7/10

[ SNACKING KURMA ]

Kurma adalah buahan syurga. Kandungannya sangat bernutrisi tinggi. 


Kurma kerap dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusu untuk membantu meningkatkan kuantiti susu ibu. Ada juga ibu menyusu yang menjadikan kurma sebagai milk booster mereka.

Jom amalkan kurma sebagai snack dalam diet seharian:


1. Makan 3-5 biji kurma selepas mengepam / menyusu atau bila-bila sahaja ibu mahu.
2. Makan 2-3 kali sehari.
3. Lebihkan pengambilan air suam.

4. Sediakan 1 bekas kurma untuk dimakan semasa sesi penyusuan malam hari.

Kesan:
1. Ibu lebih bertenaga dan kurang penat.
2. Breast cepat penuh.

3. Susu lebih pekat.

Ada lagi teknik untuk meningkatkan susu ibu untuk anda. 



Jumpa kami di seminar MUDAHNYA MENYUSU Di Selatan pada bulan ini.

Daftar di bawah :

JOHOR BHARU 22 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyusujohor.gr8.com/

MELAKA 23 Nov 2014 (Ahad) :
http://mudahnyamenyusumelaka.gr8.com/


Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com


Friday, 14 November 2014

BAYI MOGOK SUSU, TAK MAHU MENYUSU?



Teknik skin to skin juga dinamakan teknik sentuhan kulit ke kulit. Lazimnya dilakukan oleh ibu selepas bersalin untuk merangsang bayi menyusu dari payudara ibu.

Skin-to-skin juga boleh membantu bayi menyusu semula dari payudara jika bayi mengalami MOGOK SUSU, KELIRU PUTING  dan bayi yang MENOLAK penyusuan terus dari payudara.


Cara-caranya:

1.Pastikan ibu dan bayi dalam keadaan selesa. Bayi dan ibu digalakkan tidak berbaju (naked chest) dan bayi memakai lampin sahaja untuk memastikan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi.

2. Elakkan gangguan televisyen, radio atau telefon bimbit. Suhu bilik pula tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

3. Pastikan bayi berada dalam keadaan tenang dahulu, tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang.

4. Bawa bayi dalam dakapan ibu. Berkomunikasi lah dengan bayi. Beritahu bayi harapan ibu yang mahu bayi menyusu semula dari payudara ibu (bayi mogok susu/keliru puting).

5. Biarkan bayi explore kawasan dada ibu secara sendiri. Ianya fitrah bayi, kawasan ini adalah zon paling selesa bagi bayi.

6. Secara semulajadi, bayi akan mula bergerak ke arah payudara ibu.

7. Apabila bayi nampak selesa dan sudah bersedia, ibu boleh susukan bayi dari payudara.

8. Luangkan sekurang-kurangnya 1 jam untuk 1 sesi.

Amalkan setiap hari untuk memastikan penyusuan dapat dijalankan lebih lama. Bagi ibu yang mengalami masalah bayi MOGOK SUSU dan KELIRU PUTING pula, lakukan teknik ini setiap hari sehingga bayi dapat menyusu semula dari payudara.

KUNCI penting untuk berjaya dalam teknik ini ialah, ibu dan bayi mesti dalam keadaan tenang dan rileks.

Jumpa kami di seminar MUDAHNYA MENYUSU Di Selatan pada bulan ini.
Daftar di bawah :

SEREMBAN 15 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyususeremban.gr8.com/

JOHOR BHARU 22 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyusujohor.gr8.com/

MELAKA 23 Nov 2014 (Ahad) :
http://mudahnyamenyusumelaka.gr8.com/


Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.

Wednesday, 12 November 2014

BAYI 6 BULAN: SUSU IBU dan MAKANAN PELENGKAP


[ BAYI 6 BULAN: SUSU IBU dan MAKANAN PELENGKAP ]
Ramai ibu bertanya saya adakah susu akan merudum setelah bayi mula makan?

Jawapan saya, ia bergantung kepada cara dan kuantiti makanan yang diberikan kepada bayi.

Antara 6 bulan hingga setahun usia bayi, susu ibu masih perlu menjadi sumber makanan utama bayi kerana pertumbuhan otak dan badan bayi yang pesat pada tahun pertama ini.

Bagi mengekalkan kehendak susu yang sama oleh bayi walaupun sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap (solid food), ibu digalakkan menyusu / memberi susu ibu dahulu sebelum memberi bayi makanan.

Bayi perlu diperkenalkan dengan makanan pelengkap secara perlahan-lahan mengikut peringkat umurnya dan dalam kuantiti yang kecil dahulu.

Ingat ibu, makanan pelengkap bukanlah sebagai pengganti susu ibu, tetapi untuk membantu melatih deria bayi kepada struktur dan rasa makanan sekaligus merangsang perkembangan otak dan penggunaan motor badan bayi.

Pemberian makanan pada peringkat ini bukanlah untuk membuatkan bayi kenyang. Bayi masih lagi bergantung kepada susu ibu sebagai sumber nutrisi dan antibodi.

Dapatkan maklumat berkenaan penyusuan susu ibu dalam Siri Seminar Mudahnya Menyusu kami.

Destinasi seterusnya di Seremban pada 15 Nov 2014.

Warga Seremban, mari daftar di sini:


☛ SEREMBAN 15 Nov 2014 (Sabtu): 

Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

TIPS PEJUANG PENYUSU : DISIPLIN SEORANG PEJUANG PENYUSU



Tips Pejuang Penyusu 6/10

[ DISIPLIN SEORANG PEJUANG PENYUSU ]

Ada beza seorang bersungguh dengan seorang yang main-main
Yang bersungguh itu yang berdisiplin

Disiplin kuatkan hati
Disiplin kesihatan diri
Disiplin patuhi jadual
Disiplin titikberatkan pemakanan
Disiplin tingkatkan ilmu penyusuan
Tiada culas, tidak malas
Disiplin serba serbi
Kenapa?
Sebab dia mahu genggam impiannya
Kerana diri itu tahu dia pasti dapat mengejarnya
Lambat laun mesti jadi realiti
Pada saat itu
Impian adalah realiti

APAKAH LAGI DISIPLIN PEJUANG PENYUSU? SAYA BANTU BONGKARKAN DARI DALAM SIRI SEMINAR PEJUANG PENYUSU.

Salam Pejuang Penyusu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

TIPS PEJUANG PENYUSU: NURSING VACATION & PUMPING HOLIDAY


Tips Pejuang Penyusu 5/10



[ NURSING VACATION / PUMPING HOLIDAY ]

Salah satu cara untuk meningkatkan penghasilan susu adalah dengan NURSING VACATION / PUMPING HOLIDAY.
(Bukan bercuti dari menyusu atau mengepam ya )

Manfaatkan 2 hari cuti hujung minggu dengan menyusukan bayi dan pam sekerap mungkin bagi memberi signal kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Pam selepas menyusu atau pam setiap kali selepas breakfast, lunch dan dinner untuk meningkatkan kuantiti susu perahan.

Anda akan lihat hasilnya pada hari bekerja nanti.

Mahu teknik meningkatkan susu lagi? Mari jumpa saya pada dalam Siri Seminar Pejuang Penyusu kami dari PumpOnTheGo.

Salam Pejuang Penyusu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

Thursday, 6 November 2014

Tips Pejuang Penyusu : DEKLARASI PEJUANG PENYUSU SETIAP HARI


Tips Pejuang Penyusu 4/10

[ DEKLARASI PEJUANG PENYUSU SETIAP HARI ]

Ada tak sesuatu yang ibu nak sangat-sangat?
Setiap hari termimpi-mimpi
Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu
Hari-hari ibu fikirkannya, teringat aje ibu sebut dalam hati
Ibu pun tulis dalam diari ibu
Tiba-tiba tanpa disangka-sangka ibu dapat apa yang diidamkan tu.

Ya
Begitulah juga dengan penyusuan ibu.
Tulis dan deklarasikan setiap hari impian ibu.
Ibu mahu menyusukan anak sehingga dua tahun.
InshaAllah ibu akan dapat penuhi impian itu.

It's the power of writing mommies.

Allah berfirman dalam Surah al-Qalam Ayat 1 yang bermaksud:

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis."


Allah mengiktirafkan pena dan apa yang ditulis kita. Jadi tulis yang baik-baik sahaja. Tuliskan hajat dan impian yang ibu inginkan setiap hari, inshaAllah, takdir Allah akan membawa ibu ke sana. Satu hari impian ini akan jadi kenyataan.

Ada lagi RAHSIA untuk menguatkan diri dalam penyusuan yang saya nak bongkarkan. Mari berjuang bersama saya pada 9 Nov 2014 ini.


7 BONUS dalam siri Seminar PEJUANG PENYUSU :

✔ Pembongkaran formula Aku Ingin Terbang, Getaran Hati Ibu, Rahsia Cermin Sakti, My Submission, Halangan dan Keinginan.
✔ Bagaimana memaksimakan kuantiti EBM dengan penggunaan breast pump yang betul.
✔ Pengurusan EBM yang tepat bagi menjamin ketahanan dan kualiti susu ibu.
✔ Percuma join Group Watsapp 'Pejuang Penyusu' supaya kita boleh sentiasa follow-up dan bermotivasi.
✔ 'Mystery Door Gift' bernilai RM50.
✔ Percuma E-book "Aku Pejuang Penyusu" yang merungkai banyak formula dan ilmu penyusuan yang sempurna (bernilai RM20)
✔ Percuma DVD Mudahnya Menyusu Siri 1 yang bernilai RM29

TAWARAN PERCUMA "Mystery Door Gift" dan DVD! 
Untuk 20 orang TERAWAL yang mendaftar sahaja tau.

Daftar melalui link di bawah :
http://pejuangpenyusu.gr8.com/

#pumponthego
#pejuangpenyusu
#deklarasisetiaphari


Salam Pejuang Penyusu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

TIPS PEJUANG PENYUSU: PAM SELEPAS MENYUSU



Tips Pejuang Penyusu 3/10

[ PAM SELEPAS MENYUSU ]

Ibu risau tak dapat hasilkan susu yang cukup kerana bayi kerap menyusu? Tahukah ibu, pam setiap kali selepas menyusu membantu meningkatkan susu ibu.

Bagaimana?

1. Ibu dapat memastikan susu dikeluarkan dari payudara dengan efektif sehingga payudara merasa lebih lembut berbanding sebelum menyusu. Perbezaan payudara itu menandakan payudara sudah kosong.


2. Badan ibu akan mendapat signal untuk menghasilkan susu lagi apabila payudara kosong. Umpama tangki air yang kosong, pelampung akan mula naik.


3. Susu akan dihasilkan lagi untuk mengisi payudara. Ibarat apabila pelampung dalam tangki air sudah naik, air dari paip akan mula mengisi tangki yang kosong itu semula sehingga penuh.


4. Kuantiti susu ibu terus meningkat kerana payudara akan diisi dengan susu baru setiap kali mendapat signal.

InshaAllah dengan izin-Nya dan berkat usaha ibu-ibu.

Ada lagi TEKNIK untuk meningkatkan susu yang saya nak bongkarkan. Mari berjuang bersama saya pada 9 Nov 2014 ini.


7 BONUS dalam siri Seminar PEJUANG PENYUSU :

✔ Pembongkaran formula Aku Ingin Terbang, Getaran Hati Ibu, Rahsia Cermin Sakti, My Submission, Halangan dan Keinginan.
✔ Bagaimana memaksimakan kuantiti EBM dengan penggunaan breast pump yang betul.
✔ Pengurusan EBM yang tepat bagi menjamin ketahanan dan kualiti susu ibu.
✔ Percuma join Group Watsapp 'Pejuang Penyusu' supaya kita boleh sentiasa follow-up dan bermotivasi.
✔ 'Mystery Door Gift' bernilai RM50.
✔ Percuma E-book "Aku Pejuang Penyusu" yang merungkai banyak formula dan ilmu penyusuan yang sempurna (bernilai RM20)
✔ Percuma DVD Mudahnya Menyusu Siri 1 yang bernilai RM29

TAWARAN PERCUMA "Mystery Door Gift" dan DVD! 
Untuk 20 orang TERAWAL yang mendaftar sahaja tau.

Daftar melalui link di bawah :
http://pejuangpenyusu.gr8.com/

#pumponthego
#pejuangpenyusu
#pamselepasmenyusu


Salam Pejuang Penyusu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.

Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

Tuesday, 4 November 2014

TIPS PEJUANG PENYUSU: WAJIB YAKIN DIRI


SEMINAR PEJUANG PENYUSU 5 HARI LAGI!

Tips Pejuang Penyusu 2/10

[ WAJIB YAKIN DIRI ]

Ramai yang berjumpa dan menghubungi saya, berkata yang susunya tak ada, susunya kurang,
dah cuba macam-macam cara,
dah makan macam-macam jenis milkbooster,
pam dapat 1oz sikit sangat,
pam hasil 2oz masih rasa tak cukup,
habis pam dalam botol 3oz sikit rasa nak GIVE UP!

MashaAllah,
Tahukah anda
ada ibu yang hanya keluar 'angin' setiap kali sesi
ada yang survive dengan 1oz satu sesi, pumping round the clock,
masih dapat memberikan hanya susu ibu kepada anaknya
KENAPA??
Kerana mereka YAKIN DIRI
Dalam diri, mereka percaya dengan KUASA yang dikurniakan tubuh mereka
Dan orang begini yang pasti berjaya!

Jangan pernah terlintas untuk mengalah mommies
Walau apa pun keadaannya
Bagaimana anda memulakannya
Begitulah anda akan mengakhirkannya
Bermula dengan indah, mengapa harus berakhir dengan gundah?

Maka teruskan perjuanganmu Pejuang Penyusu
Saya di sini untuk membantu.

BE STRONG BECAUSE YOU HAVE THAT POWER!



7 BONUS dalam siri Seminar PEJUANG PENYUSU :

✔ Pembongkaran formula Aku Ingin Terbang, Getaran Hati Ibu, Rahsia Cermin Sakti, My Submission, Halangan dan Keinginan.
✔ Bagaimana memaksimakan kuantiti EBM dengan penggunaan breast pump yang betul.
✔ Pengurusan EBM yang tepat bagi menjamin ketahanan dan kualiti susu ibu.
✔ Percuma join Group Watsapp 'Pejuang Penyusu' supaya kita boleh sentiasa follow-up dan bermotivasi.
✔ 'Mystery Door Gift' bernilai RM50.
✔ Percuma E-book "Aku Pejuang Penyusu" yang merungkai banyak formula dan ilmu penyusuan yang sempurna (bernilai RM20)
✔ Percuma DVD Mudahnya Menyusu Siri 1 yang bernilai RM29

TAWARAN PERCUMA "Mystery Door Gift" dan DVD ini TERHAD!
Untuk 20 orang TERAWAL yang mendaftar sahaja tau.

Daftar melalui link di bawah :
http://pejuangpenyusu.gr8.com/

#pumponthego
#pejuangpenyusu
#wajibyakindiri





Salam Pejuang Penyusu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,

Rakan Laktasi Anda.


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

TIPS PEJUANG PENYUSU: BIMBINGAN DARI MENTOR & RAKAN SEPERJUANGAN


SEMINAR PEJUANG PENYUSU 6 HARI LAGI!

Tips Pejuang Penyusu 1/10

[BIMBINGAN DARI MENTOR & RAKAN SEPERJUANGAN]

Bengkak susu, mula stress dan buntu cara penyelesaian? Seorang PEJUANG PENYUSU harus tabah dan kuat menghadapi dugaan sebegini. Tetapi kadangkala anda cepat lemah tanpa sokongan dan bimbingan.

Peserta Pejuang Penyusu akan dapat bimbingan, coaching dan support khas dr saya sendiri dan rakan pejuang yang lain. InshaAllah masalah penyusuan dapat dihadapi dgn tenang.

Mari kita semai semangat berjuang bersama-sama di Seminar Pejuang Penyusu 9 Nov 2014.

Ada yang lebih istimewa dalam seminar kali ini.

✔ Pembongkaran formula Aku Ingin Terbang, Getaran Hati Ibu, Rahsia Cermin Sakti, My Submission, Halangan dan Keinginan.
✔ Bagaimana memaksimakan kuantiti EBM dengan penggunaan breast pump yang betul.
✔ Pengurusan EBM yang tepat bagi menjamin ketahanan dan kualiti susu ibu.
✔ Percuma join Group Watsapp 'Pejuang Penyusu' supaya kita boleh sentiasa follow-up dan bermotivasi.
✔ 'Mystery Door Gift' bernilai RM50.
✔ Percuma E-book "Aku Pejuang Penyusu" yang merungkai banyak formula dan ilmu penyusuan yang sempurna (bernilai RM20)
✔ Percuma DVD Mudahnya Menyusu Siri 1 yang bernilai RM29

Tapi TAWARAN PERCUMA "Mystery Door Gift" dan DVD ini TERHAD!
Untuk 20 orang TERAWAL yang mendaftar sahaja tau.

Daftar melalui link di bawah :
http://pejuangpenyusu.gr8.com/

#pumponthego
#pejuangpenyusu



Salam Pejuang Penyusu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo

Rakan Laktasi Anda


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com

Monday, 3 November 2014

TOLONG..! SUSU SAYA MERUDUM. SAYA PERLUKAN MOTIVASI DAN BIMBINGAN..




Assalamualaikum dan Salam sejahtera mommies,

Saya mohon maaf jika ilmu dan perkongsian saya sebelum ini masih tidak sampai kepada ibu. 
Saya harap masih belum terlambat untuk saya berkongsi dan memberi bantuan kepada ibu yang memerlukan.

Hari demi hari saya menerima pelbagai luahan hati dari ibu menyusu.
Penat, sakit, susah, tidak cukup susu, tak tahu cara menyusu yang betul serta suami atau mak mentua yang tidak memberi sokongan.

"Sebelum datang PEJUANG PENYUSU, saya rasa macam nak give up dah. Susu badan semakin merudum dan saya selalu menangis sorang-sorang..."

PENYUSUAN ADALAH SEBUAH PERJUANGAN...

Tahukah ibu, detik yang PALING penting adalah bagaimana anda MEMULAKAN penyusuan.
TEKNIK dan MINDSET perlulah selari.

Ajaibnya, untuk berjaya dalam penyusuan, 90% adalah datang dari MINDSET dan kekuatan azam anda sendiri! Anda perlu bersedia mental dan fizikal disertakan dengan keikhlasan untuk menyusukan anak anda.

Atas sebab inilah saya terpanggil untuk menganjurkan seminar PEJUANG PENYUSU dan berkongsi secebis ilmu dan pengalaman yang saya ada ini untuk anda praktikkan dalam meneruskan perjuangan penyusuan anda sehingga ke noktah penamat.

Tahukah ibu, seminar PEJUANG PENYUSU ini telah dicipta khas bagi menaikkan kembali semangat ibu yang hampir luntur untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Kehadiran banyak jasad dan hati dalam majlis ilmu ini akan dapat mengumpul banyak tenaga luar biasa, menyentuh emosi dan menaikkan semula motivasi untuk ibu-ibu bangkit menjadi seorang SUPERMOM yang melawan virus-virus penghalang kejayaan anda.

Ya, saya tahu menyusukan itu bukan perkara yang mudah.
Ia memerlukan ilmu dan keazaman yang tinggi untuk menjayakannya.

INI PANGGILAN UNTUK ANDA!

Percayalah, dalam seminar yang lepas, ibu-ibu yang sertai telah menangis berlinangan air mata kerana meratapi penyesalan tidak memulakan penyusuan dengan teknik dan mindset yang tepat. Saya sendiri menangis bersama-sama kerana tersentuh hati melihat begitu kuat azam mereka untuk bangkit semula menunaikan hak anak mereka.

Saya nak bagi BONUS!
Dalam seminar siri Pejuang Penyusu 9 Nov nanti, saya akan bongkarkan banyak RAHSIA dan ILMU yang tidak akan anda jumpa dalam internet, forum mahupun Mr Google.

7 BONUS dalam siri Seminar PEJUANG PENYUSU :

✔ Pembongkaran formula Aku Ingin Terbang, Getaran Hati Ibu, Rahsia Cermin Sakti, My Submission, Halangan dan Keinginan.
✔ Bagaimana memaksimakan kuantiti EBM dengan penggunaan breast pump yang betul.
✔ Pengurusan EBM yang tepat bagi menjamin ketahanan dan kualiti susu ibu.
✔ Percuma join Group Watsapp 'Pejuang Penyusu' supaya kita boleh sentiasa follow-up dan bermotivasi.
✔ 'Mystery Door Gift' bernilai RM50.
✔ Percuma E-book "Aku Pejuang Penyusu" yang merungkai banyak formula dan ilmu penyusuan yang sempurna (bernilai RM20)
✔ Percuma DVD Mudahnya Menyusu Siri 1 yang bernilai RM29

Tapi TAWARAN PERCUMA "Mystery Door Gift" dan DVD ini TERHAD!
Untuk 20 orang TERAWAL yang mendaftar sahaja tau.

Kelas seminar akan diadakan di Kelana Jaya seperti di butiran.

Ya, saya tahu, ada ibu-ibu yang jauh dan tidak berkelapangan untuk sertai seminar ini. Saya faham. Ruang dan masa itu bukan hak kita. Tetapi, mohonlah doa kepada Allah Maha Pengatur untuk mengaturkan masa terbaik untuk kita supaya dapat menyertai seminar ini suatu hari nanti.

Saya tidak mahu anda buat silap seperti saya mula-mula dulu.

Jom ibu-ibu. Kita berjumpa.
Anda belum terlambat dan jangan putus asa.
Masih ada harapan.
Kejayaan akan lebih mudah dijemput jika kita berjemaah.

Saya juga ada merakamkan video montaj dan upload di youtube dalam siri yang lepas. Jom tonton.
♛ Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=93ygb7Jg5kU




Untuk mendaftar dan dapatkan YURAN PROMOSI, ikut cara mudah seperti di bawah.

========
CARA DAFTAR
========

KLIK DAN DAFTAR PADA LINK DI BAWAH.

☛ KELANA JAYA 9 Nov 2014 (Ahad) :
http://pejuangpenyusu.gr8.com/

Jumlah kerusi : 40 orang sahaja

Butiran Seminar :
9 Nov 2014, Ahad
8.30am - 3pm
PumpOnTheGo Kelana Jaya

Sampaikan berita ini kepada rakan-rakan anda yang AMAT memerlukannya.

Terima kasih kerana memberi perhatian.
Semoga perjalanan penyusuan anda berjalan dengan indah!



Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo
Rakan Laktasi Anda

Friday, 31 October 2014

MENYUSUKAN ANAK MENGAJARKU...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera mommies,

Perjalanan penyusuan akan menjadi lebih indah dan bermakna jika kita mengambil pengajaran dari setiap apa yang dilalui sepanjang tempoh penyusuan. 

Hidup kita adalah satu proses pembelajaran yang tiada berpenghujung. Penyusuan ibu adalah salah satu syllabus yang perlu kita pelajari selagi kita bergelar ibu.

Menyusukan anak mengajar aku erti kesabaran sebenar
sabar dengan kerenah dan ragam si kecil
aku lebih tabah menghadapi apa jua dugaan
Kecil mahupun besar
Sakit ataupun perit


Menyusukan anak mengajar aku percaya pada anakku
aku belajar memahami keperluan anakku
naluriku memberitahu
bilakah saat dia memerlukan pelukan dan belaian, 
bila waktu laparnya
ku tahu waktu dia merasa kesunyian
aku memahami dirinya tatkala dia membesar

Menyusukan anak membuatkan aku yakin dengan keupayaan diri
aku yakin pasti dapat membesarkan anak dengan susuku sendiri
aku mampu melakukan apa sahaja yang diinginkan
yang selama ini aku tak fikir aku mampu

Menyusukan anak mengajarkan aku jadi lebih kuat 
lebih gagah di luar walaupun kelihatan lemah
makin lama makin kebal di dalam
aku lebih tegas pada diri sendiri
ia mengajar ku tidak mudah mengalah

Menyusukan anak mengajarkan aku untuk lebih sayang pada diri sendiri
aku belajar yang aku perlu cintai diri sendiri
sebelum mencintai orang lain
aku perlu cintakan diriku supaya cintaku dialirkan ke anakku dengan lebih mudah

Menyusukan anak membuatkan aku mengambil berat akan kesihatan diri
aku mula mengamalkan pemakanan sihat
aku tahu bila perlu rehat bila penat
aku mula berhati-hati dengan corak pemakanan harian

Menyusukan anak mengajar aku jadi berdisiplin
aku yang dulu malas, sekarang jadi rajin
aku yang dulu culas, sekarang patuh berjadual
ia membantu aku lebih menghargai masa

Menyusukan anak membuat aku lebih menghargai ibuku sendiri
Mengajarkan aku yang kasih sayang ibu tiada taranya
Perit melahirkan, penat menyusukan
Semua itu tiada terbalas jasanya

Menyusukan anak menjadikan aku lebih dekat dengan Allah
kerana aku mahu rezeki susu yang banyak dari-Nya
sebab aku mahu Dia permudahkan penyusuanku
sebab aku bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya
kerana aku mahu belajar jadi ibu yang terbaik untuk anakku

Aku bukan lagi aku yang dulu
Aku seorang ibu menyusu
Aku pejuang penyusu!




Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo

Rakan Laktasi Anda.


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com