Thursday 29 October 2015

PUTING TERSUMBAT

Puting tersumbat atau dipanggil milk blister/nipple bleb berlaku apabila sedikit kulit (pada puting susu) menutup laluan susu di permukaan puting. Ini menyebabkan susu terkumpul di permukaan puting dan saluran susu itu tersumbat. Secara zahirnya, anda dapat lihat tompokan/titik putih kecil (kadang-kadang jernih atau kekuningan) pada permukaan puting. Sometimes pada bahagian areola pun ada. 

Puting tersumbat (nipple bleb).

Simptom diikuti dengan rasa sakit dan pedih di bahagian ini terutamanya semasa menyusu. Kebanyakan ibu mengalami bengkak susu dan juga clogged duct disebabkan ini. Mengapa puting tersumbat berlaku?

1. Penyusuan pada lekapan yang salah.
2. Breast tak dikosongkan dengan baik.
3. Penyusuan yang tidak kerap.
4. Penggunaan corong pam yang tidak sesuai atau terlalu kecil dengan puting ibu. 
5. Pengunaan pam susu yang tidak sesuai dengan ibu.

Antara penyebab lain puting tersumbat adalah:

1. Oversupply atau susu terlalu banyak.
Penghasilan susu sangat banyak sehingga menekan kawasan areola dan bahagian saluran susu.

2. Jangkitan kulat. 
Kadangkala anda perasan ada lebih dari satu titik putih pada permukaan nipple yang menyebabkan lebih dari 1 saluran susu yang tersumbat. Ini diikuti dengan rasa sakit pada bahagian itu walaupun breast dah dikosongkan (baby dah menyusu, atau dah pump tapi masih sakit lagi).

Cara merawat:

1. Jika permukaan puting merasa sangat pedih dan sakit, tuamkan dengan air sejuk / ais terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan atau perahan. 

2. Seterusnya lakukan urutan dan tuaman panas pada bahagian breast yang bengkak. Kenali bahagian mana yang tersumbat. Jika anda merasa wujud ketulan atau urat yang lebih tebal dan keras berbanding kawasan lain, bermakna itulah saluran susu yang tersumbat itu. 

3. Rendam bahagian puting yang tersumbat dengan epsom-salt yang telah dilarutkan dalam air suam. Epsom salt membantu mengembangkan atau membuka saluran susu, jadi bahagian tersumbat lebih mudah mengalirkan susu keluar.

Epsom salt juga membantu penyembuhan luka akibat puting tersumbat ini. Epsom salt boleh didapati di kebanyakan farmasi dan kedai organik.

4. Susukan bayi anda sekerap yang boleh kerana hisapan bayi yang kuat mampu mengalirkan semula susu keluar dari laluan puting yang tersumbat itu. 

5. Atau kerapkan sesi memerah dengan menggunakan kuasa sedutan yang optimum (tidak terlalu kuat atau terlalu perlahan). Lakukan breast compression semasa memerah untuk mengalirkan susu keluar dengan lebih efektif.

6. Pengambilan air suam dan juga lecithin akan membantu mengembangkan saluran susu untuk melancarkan aliran susu.

7. Ulang 6 langkah di atas selama beberapa hari sehingga tompokan/titik putih pada puting itu mengecut, bengkak hilang dan aliran susu kembali normal semula. 


Cikgu harap perkongsian hari ini membantu anda menyelesaikan masalah puting tersumbat anda. Jika ia masih kerap berlaku, dapatkan bantuan dari kaunselor laktasi berdekatan anda atau dari doktor yang boleh merawat anda.




Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya



Wednesday 28 October 2015

NAK BERSALIN KAT MANA?

Calling out preggy mommies! 

You all dah plan nak bersalin di mana nanti? Saranan cikgu, pilihlah hospital yang membantu dan menggalakkan penyusuan ibu.

Hospital Rakan Bayi membantu penyusuan ibu bermula dengan baik.


Pagi Isnin yang lepas cikgu berpeluang menghadiri Majlis Penghargaan Hospital Rakan Bayi Peringkat Kuala Lumpur dan Putrajaya, oleh Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis ini memberi penghargaan kepada beberapa buah hospital di Malaysia (di sekitar KL dan Putrajaya) atas usaha dan sokongan mereka memberi khidmat terbaik untuk mendorong penyusuan ibu kepada semua ibu. Hospital ini dikenali dengan nama Hospital Rakan Bayi (Baby-Friendly Hospital).

Inisiatif yang dilakukan hospital-hospital ini dalam menggalakkan penyusuan ibu adalah dengan mengamalkan 10 Langkah ke arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya. 10 langkah ini diamalkan oleh anggota kesihatan yang terlibat sendiri dan juga semua ibu yang memilih untuk bersalin di hospital rakan bayi ini. Beberapa langkah yang saya kira amat membantu anda adalah:

1. Semua anggota kesihatan dilengkapkan dengan latihan dan ilmu dalam kemahiran yang perlu untuk membantu ibu menjayakan penyusuan.

2. Ibu mengandung diberitahu mengenai kebaikan penyusuan ibu dan pengurusan penyusuan (biasanya semasa checkup bulanan dan semasa kelas antenatal).

3. Staf kesihatan yang terlibat membenarkan sentuhan kulit ke kulit seawal setengah jam selepas kelahiran dan membantu ibu untuk menyusukan anak seawal selepas kelahiran. 

4. Staf kesihatan akan memberi tunjuk ajar cara menyusu yang betul kepada ibu-ibu.

5. Bayi tidak diberikan dengan apa-apa minuman atau makanan lain selain susu ibu sahaja kecuali atas sebab-sebab perubatan.

Ada banyak lagi langkah yang diamalkan yang sebenarnya sangat membantu anda memulakan penyusuan dengan baik. Tahukah anda, sebahagian besar masalah penyusuan yang berlaku selepas bersalin adalah kerana permulaan yang tidak tepat oleh ibu. 

Begitu juga dengan saya semasa kelahiran anak pertama dulu. Kelahiran berlaku di hospital yang tidak rakan bayi dan saya tidak mendapat bantuan yang diinginkan ketika ingin memulakan penyusuan. Masalah seterusnya berlarutan sehingga saya dan bayi sudah pulang ke rumah.

Kepada anda yang sedang hamil, tanamkan mindset yang betul untuk menyusukan anak. Pilih hospital yang boleh membantu anda memulakan penyusuan dengan baik nanti. Hadiri kelas penyusuan yang boleh mendorong anda memahami sifat susu ibu dan cara anda menangani penyusuan setelah bergelar ibu nanti.

Antara hospital yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi ialah:
1. Pusat Perubatan Universiti Malaya.
2. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Hospital Kuala Lumpur.
4. Hospital Putrajaya.
5. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
6. Hospital Pusrawi.
7. Hospital Tawakal.
8. Hospital Sentosa.
9. Hospital Pantai.

Hospital yang dalam assessment mendapatkan pengiktirafan status Rakan Bayi:
1. Hospital Tung Shin.
2. Prince Court Medical Centre.
3. Hospital Pakar Al-Islam.
4. Hospital Damai.


Sebagai ibu, saya juga banyak belajar dari pengalaman. Cara kita menghadapi kelahiran bayi dan dimana tempat kita memulakan penyusuan itu sangat mempengaruhi perjalanan penyusuan kita. Ketika hamil, dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya anda lebih bersedia menempuhi saat itu nanti.





Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya



Thursday 8 October 2015

SUSU DROP MENDADAK

Penyusuan ibu adalah satu perjalanan yang penuh memori buat ibu dan bayinya. Ia suatu pengalaman yang indah tetapi kadangkala anda akan menghadapi saat-saat sukar, naik dan turun sepanjang tempoh ini.

Ada ibu yang kecundang dan menyerah kalah dalam tempoh genting ini. Tetapi ramai yang saya kenali masih tegar, tegap dan kukuh dengan pendirian sendiri memastikan amanah kurniaan Allah diberikan susu ibu walau apa pun cabaran yang tiba. Pelbagai usaha dilakukan, pertolongan dan perkongsian dari rakan-rakan yang sudah melalui dan survived waktu sukar itu, membantu mereka mempersiapkan diri. Dan akhirnya they survived and succeed.

Sebab itu lah, kita sebagai ibu harus sentiasa update ilmu. Ilmu untuk menjadi ibu. Ilmu untuk menyusukan anak. Ilmu untuk menjadi hamba Allah yang bermanfaat bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak sebagai saham akhirat kita.

Minggu ini kerap saya dihubungi ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama: Susu drop mendadak. 

Sumber, Google


Jadi, ada beberapa perkara saya nak kongsikan dengan anda jika anda menghadapi masalah ini:

1. Jadual memerah 1 minggu sebelum.

Periksa semula jadual memerah anda 1 minggu sebelum anda mula notice susu merudum secara mendadak. Seorang ibu menyusu yang bekerja sepenuh masa perlu tahu menguruskan masa dan mesti mempunyai jadual memerah yang konsisten. Kenalpasti adakah beberapa hari sebelum susu drop, anda mematuhi jadual memerah anda? Ibu disarankan memerah sekitar setiap 2-3 jam sekali di pejabat kerana berpadanan dengan pattern penyusuan bayi yang menyusu dengan kerap (sekitar 8-12 kali sehari bila bersama ibu).

2. Emosi.

Bagaimanakah keadaan anda di tempat kerja anda? Sesetengah ibu bekerja berdepan dengan cabaran yang sangat hebat di tempat kerja. Ada yang tidak mendapat sokongan dari bos, ada yang diperli rakan sekerja yang lain. Ada juga ibu dengan bebanan kerja yang sangat banyak. Akibatnya, ibu ini melalui keadaan yang sangat stress pada waktu kerja. 

Tahukah ibu, anda perlu sentiasa bersedia menghadapi tekanan dan cuba menenangkan diri. Stress boleh menyebabkan hormon oksitosin terbantut dan menyebabkan pengeluaran susu tidak lancar. Lama-kelamaan ia menyebabkan penghasilan susu terganggu. 

3. Pemakanan dan minuman.

Jika anda notice sudden drop dalam milk production anda, kenalpasti diet atau corak pemakanan yang anda amalkan sekarang. Sesetengah ibu bercadang untuk menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat dan terus menukar diet harian secara drastik. Ini boleh menyebabkan kandungan kalori dalam tubuh berkurang. Apabila kalori dalam tubuh berkurang, tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga akan menurun. Ini akan mengganggu penghasilan susu anda. 

Ibu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan lengkap ya.

4. Pam susu.

Pastikan pam susu anda masih berfungsi dengan baik. Kebanyakan pam susu perlu diservis setelah beberapa lama digunakan. Antara simptom pam susu anda perlu diperiksa atau diservis adalah apabila kekuatan sedutan sudah mula perlahan (tidak seperti di awal penggunaan dahulu), dan anda mengambil masa yang lama untuk mengosongkan breast jika dibandingkan di awal penggunaan pam susu itu dahulu.

Anda juga mesti tahu cara penggunaan pam susu yang betul bagi memastikan pengeluaran susu adalah efektif. Cara menggunakan pam susu yang salah juga boleh menyebabkan breast tidak dikosongkan dengan baik lalu memberi kesan kepada kuantiti perahan anda.

5. Pil perancang / suntikan perancang.

Tidak dinafikan pengambilan pil perancang penting untuk membantu anda merancang keluarga. Tetapi anda perlu tahu sesetengah pil perancang yang tidak sesuai dengan tubuh anda akan mengganggu penghasilan susu anda. Tips yang saya perolehi dari yang pakar, pil perancang yang sesuai diambil oleh ibu menyusu (yang tidak mengganggu penghasilan susu) adalah jenis Progesterone Only Pill. Jika pil yang anda ambil mengandungi kombinasi Estrogen-Progesterone, besar kemungkinan boleh mengganggu produksi susu anda. 

Dapatkan nasihat yang betul daripada doktor peribadi / pegawai farmasi anda sebelum mengambil sebarang pil perancang. 

6. Ujian kehamilan - Hamil lagi?

Jika kesemua rutin ibu menyusu sudah anda lakukan dengan istiqamah termasuk 5 perkara di atas, tetapi masih mengalami susu merudum, saranan saya lakukan Ujian Air Kencing (UPT) untuk mengesahkan jika anda hamil lagi. 

Dalam beberapa kes yang saya kendalikan sebelum ini, ibu mengalami masalah susu merudum secara tiba-tiba (dalam jangka masa 1-2 minggu, kuantiti susu mula menurun). Selepas membetulkan rutin dan menjaga semula pemakanan, susu masih tidak meningkat. Beberapa hari selepas itu, ibu menghubungi saya semula dan mengesahkan beliau hamil lagi.

Jika ini berlaku kepada anda, bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Anda perlu tahu, disebabkan perubahan hormon ketika anda hamil, kuantiti susu akan menurun secara semulajadi. 


Walau apapun keadaan kita, Allah telah mengingatkan kita akan tanggungjawab untuk menyusukan anak kita semampu boleh. What matter most is not necessarily the end result, but our effort to make it work. Selagi mampu, usaha sebaik mungkin ibu. Usah cepat berserah kepada situasi dan keadaan. 

Tetapi jika tidak mampu (disebabkan masalah kesihatan atau hamil lagi), anggapkan ia sebagai ujian yang Allah berikan kepada kita. Usah sekali-kali menilai ujian itu sebagai halangan. Kerana jalan cerita kita adalah ketentuan yang sudah ditulis di Lauh Mahfuz.



Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk anda semua.



Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

Friday 2 October 2015

OUTSTATION & EBM

Stok EBM adalah umpama nyawa bagi ibu menyusu yang bekerja. Kalau boleh nak dijaga, diuruskan dengan hati-hati, sepenuh jiwa raga dan tak mahu ada kerosakan dan pembaziran. Kerana selain makanan paling bernutrisi untuk anak, ebm ini lah menjadi 'hadiah' dan pengikat cinta ibu dan anak-anak bila tidak bersama mereka ketika waktu bekerja. 

Bagi ibu yang kerap travel atau outstation dan terpaksa meninggalkan anak kepada suami/ penjaga atas tuntutan kerja dalam jangka masa lebih dari 1 hari, pengendalian dan pengangkutan EBM ini sangat penting untuk memastikan susu perahan masih kekal segar dan elok apabila dibawa pulang nanti.

Cara ini boleh juga dilakukan oleh anda yang berpantang di kampung dan ingin membawa hasil tuaian sepanjang bercuti ke rumah sendiri nanti.

Saya juga menyarankan anda cara ini dalam keadaan ketiadaan peti sejuk atau peti sejuk anda rosak atau blackout lebih dari 4 jam.

Berikut adalah cara-cara mengangkut susu perahan (susu beku/susu di bhg chiller):

Apa yang ibu perlukan:



1. Cooler box / polistrin / flask makanan yang boleh menahan haba (biasanya yang kita dengar jenama Coleman).
2. Garam kasar (sangat banyak).
3. Tuala/ kain / surat khabar.
4. Air ketul / ais kering (jika travel by flight, saranan guna lebih dari 1 ais kering dan bekas cooler box / polistrin dibalut dengan kemas.)




Cara-caranya:




1. Isikan ais ketul dalam cooler box dan tabur garam kasar pada ais ketul. Pastikan ais ketul dan garam kasar bercampur dengan baik.
2. Masukkan botol susu perahan pada lapisan ais yang pertama.
3. Lapiskan dengan tuala/ kain/ surat khabar untuk memisahkan setiap lapisan ais dan botol susu perahan.
4. Ulang langkah 1 hingga 3.


5. Letakkan penutup bekas cooler box / polistrin.
6. Garam kasar bertujuan untuk melambatkan ais ketul mencair, jadi suhu susu perahan yang diangkut akan kekal.

7. Jika susu yang ingin dibawa banyak gunakan cooler box/bekas yang lebih besar.


Cadangan:

Jika ibu mahu mengangkut susu perahan beku pastikan bekas susu tenggelam / bersentuhan dengan ais ketul. Cara ini memastikan susu kekal beku sepanjang perjalanan.


Jika mahu mengangkut susu chiller (masih cair), simpankan botol/plastik susu chiller dalam bekas bertutup lain (tupperware atau lain2 bekas bertutup), dan letakkan di bahagian paling atas dalam cooler box itu. Bekas itu diletakkan di permukaan atas ais sahaja. Dengan cara ini susu chiller tidak akan membeku dalam perjalanan anda.


Peringatan:

Kurangkan kekerapan membuka penutup cooler box sepanjang perjalanan supaya suhu di dalamnya kekal lebih lama. Dengan cara ini, inshaAllah suhu dalam cooler box boleh kekal selama 12 jam atau lebih.


Contoh penyimpanan susu perahan dalam cooler box.




Semoga perkongsian hari ini bermanfaat untuk anda semua.



Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com


Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square

4 Oct : Tabung Haji, Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda
Blog Cikgu Susu





Rujukan:
1. 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya, ZUAIN GHANI


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

Thursday 1 October 2015

SUSU TERLALU BANYAK (OVERSUPPLY)

Oversupply. Atau dalam bahasa kita susu terlalu banyak.
 
Dapat menghasilkan susu yang banyak dan meriah sebenarnya sangat bagus dan menjadi idaman kebanyakan ibu menyusu. Tetapi, apa yang kita tidak tahu, apabila penghasilan susu ibu terlalu banyak ia berpotensi menyebabkan penyusuan tidak lancar dan tidak selesa kepada ibu dan bayi jika ibu tidak dapat mengendalikannya dengan betul.
 
Antara simptom yang dialami oleh ibu dan bayi yang mengalami keadaan oversupply:
 
1. Bayi kerap menangis dan kelihatan restless.
 
2. Bayi kerap tersedak, terbatuk dan tercungap-cungap semasa menyusu, kadangkala kelihatan marah semasa menyusu.
 
3. Bayi berhenti menyusu dan menggigit atau kemam puting ibu.
 
4. Bayi melepaskan lekapan semasa menyusu dan kelihatan susu memancut laju dari puting ibu.
 
5. Ibu mengalami luka pada puting.
 
6. Bayi kerap berhenti dan menyusu semula dalam 1 sesi penyusuan, (on and off feeding).
 
7. Bayi menyusu dalam tempoh yang singkat pada kedua belah breast, i.e. kerap tukar side, sekejap kiri sekejap kanan.
 
8. Najis bayi hijau, sangat cair dan berbuih-buih.
 
9. Breast ibu rasa penuh/full dalam kebanyakan masa.
 
10. Ibu mengalami bengkak susu / mastitis yang berulang-ulang.
 
Ibu yang oversupply menghasilkan susu yang lebih banyak daripada keperluan bayinya. Situasi oversupply boleh menyebabkan aliran susu menjadi terlalu laju (forceful letdown /  forceful milk ejection). Keadaan inilah yang menyebabkan bayi kerap tersedak atau tercungap-cungap semasa menyusu dan juga simptom-simptom yang telah disebutkan di atas.
 
Ibu yang oversupply biasa mengalami aliran susu yang terlalu laju.
 
 
Ada ibu yang bertanyakan saya, bagaimana untuk mengurangkan penghasilan susu kerana susu sudah terlalu banyak untuk anak dan anak-anak susuan. 
 
Ada juga yang kerap ke hospital mendapatkan rawatan untuk mastitis (radang payudara) yang sentiasa berulang-ulang.
 
Ada pula yang stress setiap kali menyusu, kerana anak asyik tersedak dan kerap menukar side ketika menyusu.
 
Semua ini memberi pengalaman yang tidak gembira atau boleh jadi memeritkan kepada ibu.
 
Bagi ibu yang mengalami masalah di atas, monitor dahulu penghasilan susu anda. Tidak semua ibu benar-benar menghadapi over abundant milk supply.
 
Jika anda merasakan penyusuan tidak berjalan lancar dan kerap mengalami mastitis, anda boleh mengamalkan kaedah di bawah untuk memastikan penghasilan susu lebih terurus:
 
1. Block feeding.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Susukan bayi pada 1 belah breast sahaja dalam 1 sesi penyusuan untuk jangka masa 2-3 jam. Offer side yang sama untuk penyusuan yang seterusnya. Monitor reaksi bayi pada sesi penyusuan yang kedua itu. Bayi sepatutnya kelihatan lebih selesa kerana aliran susu mula perlahan pada payudara itu.
 
Jika anda merasa tidak selesa pada payudara yang tidak diminum bayi, gunakan pam susu atau perahan tangan untuk ekspres sedikit susu cukup untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu. Perah selama 5 - 10 minit sahaja. 
 
Konsisten dengan kaedah ini selama 1-2 hari dan monitor penghasilan susu anda. 
 
2. Kurangkan sesi memerah dalam 1 hari.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Contoh situasi: Jika jadual mengepam anda sebelum ini adalah 7 kali sehari, kurangkan kepada 5 kali atau 3 kali sehari sahaja. Caranya: Adalah dengan merangka semula jadual dengan 5 kali sesi perahan dan konsisten dengan jadual ini selama 1-2 minggu (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan). 
 
Jika anda masih mengalami oversupply, rangka pula jadual mengepam dengan 3 kali sesi perahan sehari dan konsisten dengan jadual ini pada minggu ke-3 dan ke-4 (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan). 
 
Cara ini akan memberi signal kepada badan anda supaya down-regulate atau mengurangkan penghasilan susu kerana berkurangnya demand kepada susu ibu.
 
3. Singkatkan sesi memerah.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Contoh situasi: Jika sesi memerah anda sebelum ini adalah 30 minit, pendekkan sesi memerah ke 10 / 15 minit sahaja. Cara ini akan menyebabkan breast tidak dikosongkan sepenuhnya lalu membenarkan kehadiran sejenis protein yang akan mengurangkan penghasilan susu iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) dalam breast ibu.
 
Sesi memerah selama 10 / 15 minit sahaja adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu pada ibu.
 
4. Panjangkan gap antara setiap sesi memerah.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Memerah dengan kerap akan menghasilkan lebih banyak susu. That's a basic demand vs supply. 
 
Jika penghasilan susu terlalu banyak sampai anda dan baby tak dapat handle, kurangkan kekerapan memerah. Pam setiap 4-6 jam sekali. Breast yang tidak dikosongkan dengan kerap akan memberi signal kepada badan supaya memperlahankan penghasilan susu.
 
 
Suka untuk saya ingatkan bahawa penyusuan seharusnya memberi pengalaman yang bermanfaat dan bermakna kepada ibu dan bayi. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan  kepada anda berdua. Mempunyai penghasilan susu yang terurus (walaupun cukup-cukup makan) pun bagus, ada susu yang banyak dan meriah pun bagus. Yang penting ibu dan baby sihat dan happy.
 
 
Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
 
Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).
 
3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square
 
 
4 Oct : Tabung Haji, Kelana Jaya
 
 
10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel
 
 
11 Oct : Melaka, Angsana Hotel
 
 
23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel
 
 
24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel
 
 
25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel
 
 
8 Nov : POTG Kelana Jaya
 
 
14 Nov : Kuching, Abell Hotel
 
 
15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
 
 
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
 
 
 
 
 
 
Cikgu Susu Anda
Blog Cikgu Susu





Rujukan: 
1. LLLI.org
2. Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding
 
 
 
 
Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya