Teringat kisah penyusuan anak sulung saya dahulu, Aariz. Kami (saya dan suami) masih muda ketika itu, ilmu penyusuan sangatlah terhad, sehinggakan cara memegang bayi semasa nak menyusu pun kami tak tahu. Maka bermulalah adegan: "awak tengok saya, saya tengok awak, baby Aariz menangis.."
Jadi, suka untuk saya tekankan kepada ibu yang kita perlu belajar dan tahu cara memegang bayi dan posisi yang betul dan selesa kerana perkara ini akan memastikan penyusuan berjalan dengan gembira.
Selain itu, kita dapat menyelesaikan masalah penyusuan tertentu dengan menukar dan memvariasikan posisi semasa menyusu.
Berikut adalah contoh beberapa posisi semasa menyusu yang biasa kita amalkan.
Posisi yang paling saya suka dan sarankan untuk ibu biasakan adalah POSISI FOOTBALL HOLD, atau dikenali juga dengan clutch hold. Posisi ini biasa digalakkan untuk ibu yang bersalin secara pembedahan supaya tidak menekan perut (bahagian luka pembedahan), untuk ibu yang melahirkan kembar dan amat sesuai untuk tandem pumping (sebelah menyusu, sebelah mengepam).
Football hold juga inshaAllah efektif dalam membantu bayi yang mempunyai masalah mahu menyusu di sebelah payudara sahaja. Mahu tahu caranya, tonton video di bawah ya:

Posisi Ibu semasa menyusu
1. Pastikan ibu dalam keadaan selesa dan seeloknya dalam keadaan bersandar.
2. Bawakan bayi ke dalam pelukan ibu, bukannya payudara ke arah bayi (BABY TO BREAST, NOT BREAST TO BABY).
Posisi Bayi semasa menyusu
1. Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa.
2. Bayi memusingkan keseluruhan badannya (kepala, badan dan punggung) semasa menyusu dan tidak memusingkan kepala dan leher sahaja.
3. Buka kain bedung bayi (jika bayi dalam bedungan), untuk memastikan kedudukan anggota badan bayi yang betul sebelum menyusu.
Kedudukan kita dan bayi yang betul semasa menyusu akan mengelakkan kita mengalami masalah luka puting atau sakit belakang semasa menyusu. Bayi juga akan dapat menyusu dengan selesa dan mendapat susu yanhg cukup untuk tumbesarannya.
Banyak lagi info penyusuan akan saya kongsikan dalam post seterusnya. Teruskan membaca!
Salam Cinta Susu Ibu,
Ain,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com
.
Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
salam...eh, nama kita Ain jugak. Juga pejuang susu ibu, susu terbaik sepanjang zaman. In Shaa Allah.. :)
ReplyDeleteJemput ke blog Ain jugak. :)
ainniah.com