Teknik skin to skin juga dinamakan teknik sentuhan kulit ke kulit. Lazimnya dilakukan oleh ibu selepas bersalin untuk merangsang bayi menyusu dari payudara ibu.
Skin-to-skin juga boleh membantu bayi menyusu semula dari payudara jika bayi mengalami MOGOK SUSU, KELIRU PUTING dan bayi yang MENOLAK penyusuan terus dari payudara.
Skin-to-skin juga boleh membantu bayi menyusu semula dari payudara jika bayi mengalami MOGOK SUSU, KELIRU PUTING dan bayi yang MENOLAK penyusuan terus dari payudara.
Cara-caranya:
1.Pastikan ibu dan bayi dalam keadaan selesa. Bayi dan ibu digalakkan tidak berbaju (naked chest) dan bayi memakai lampin sahaja untuk memastikan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi.
2. Elakkan gangguan televisyen, radio atau telefon bimbit. Suhu bilik pula tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
3. Pastikan bayi berada dalam keadaan tenang dahulu, tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang.
4. Bawa bayi dalam dakapan ibu. Berkomunikasi lah dengan bayi. Beritahu bayi harapan ibu yang mahu bayi menyusu semula dari payudara ibu (bayi mogok susu/keliru puting).
5. Biarkan bayi explore kawasan dada ibu secara sendiri. Ianya fitrah bayi, kawasan ini adalah zon paling selesa bagi bayi.
6. Secara semulajadi, bayi akan mula bergerak ke arah payudara ibu.
7. Apabila bayi nampak selesa dan sudah bersedia, ibu boleh susukan bayi dari payudara.
8. Luangkan sekurang-kurangnya 1 jam untuk 1 sesi.
Amalkan setiap hari untuk memastikan penyusuan dapat dijalankan lebih lama. Bagi ibu yang mengalami masalah bayi MOGOK SUSU dan KELIRU PUTING pula, lakukan teknik ini setiap hari sehingga bayi dapat menyusu semula dari payudara.
KUNCI penting untuk berjaya dalam teknik ini ialah, ibu dan bayi mesti dalam keadaan tenang dan rileks.
Jumpa kami di seminar MUDAHNYA MENYUSU Di Selatan pada bulan ini.
Daftar di bawah :
SEREMBAN 15 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyususeremban.gr8.com/
http://mudahnyamenyususeremban.gr8.com/
JOHOR BHARU 22 Nov 2014 (Sabtu):
http://mudahnyamenyusujohor.gr8.com/
http://mudahnyamenyusujohor.gr8.com/
MELAKA 23 Nov 2014 (Ahad) :
http://mudahnyamenyusumelaka.gr8.com/
Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,
Rakan Laktasi Anda.
http://mudahnyamenyusumelaka.gr8.com/
Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo,
Rakan Laktasi Anda.
No comments:
Post a Comment