Monday 28 April 2014

SUSU IBU: ADA KE TAK ADA? CEPAT KE LAMBAT? BANYAK KE SIKIT?

Tanggapan kebanyakan ibu yang kali pertama menyusukan anaknya pada awal kelahiran yang menyebabkan masalah penyusuan yang lain seterusnya pemberian susu formula:

1. Susu tak ada dan tak keluar
2. Susu lambat keluar, lepas 4-5 hari baru keluar
3. Susu sangat sedikit

FAKTA  atau AUTA??

Ianya boleh jadi fakta bagi yang tidak tahu
Ianya adalah auta bagi yang tahu
Tahu apa?

Tahu yang susu ibu itu memang sedikit, pekat dan likat pada awal kelahiran
Tahu yang nama susu itu susu awal atau kolostrum
Tahu yang ia sedikit sebab perut baby hanya sebesar sebiji guli
Tahu yang walaupun warnanya bukan putih, kadang jernih, kadang kuning
Ia penuh dengan antibodi untuk baby
Ia melindungi baby sampai akhir hayatnya
Ia aktifkan perut dan usus baby
Ia imunisasi pertama baby
Supaya baby tak ada jangkitan pada perut, pada usus
Supaya baby tak kena cirit birit
Supaya baby tak cepat sakit
Supaya baby sentiasa sihat

Ibu kena tahu
Kuantiti susu ibu ikut umur baby
Baby yang kecil mestilah makin membesar
Baby kecil, perut pun kecil
Baby besar, perut pun besar
Perut kecil, minumnya sedikit
Perut besar, barangkali minumnya banyak

Makin kerap baby hisap, makin berubah susu ibu
Awal-awal lahir susu awal
Lama-lama lahir susu matang
Susu awal kolostrum, habis kolostrum susu matang pula
Kalau baby tak hisap dari awal, manakan keluar susu matang

Ibu tahu tak
Susu matang warna putih
Mula-mula nampak ada kuning sikit
Lama-lama putih terus
Kadang ada hijau sikit, biru sikit
Jangan risau masih susu yang sama
Cuma warnanya berubah ikut apa ibu makan

Ibu mesti tahu
Susu matang makin lama, makin banyak
Sebab perut baby makin lama, makin besar
Baby minum makin lama, makin kerap
Mula-mula sedikit sebab perut baby kecil
Lama-lama banyak sebab perut baby dah besar

Kalau bagi susu lain, nanti baby tak kerap menyusu dah
Kalau tak kerap menyusu, nanti susu segan nak keluar
Kalau susu segan nak keluar, otak kata 'dah dah.. cukuplah susu yang ada tu..'
Kalau otak dah kata macam tu, badan pun malas dan tutup kilang
Kalau kilang dah tutup, tak ada lah lagi penghasilan
Kalau tak ada penghasilan, makanya susu ibu pun berkuranglah,
Jatuh, drop, merudum, ille, nada, no more

Jangan risau susu sedikit, nanti jadi banyak
Jangan takut susu tak cukup, janji baby kenyang
Jangan mengeluh baby kerap menyusu, sebab banyak stimulasi, banyaklah susu nanti
Jangan cepat putus asa bila kena kerap mengepam, sebab bila pulang dapat bawa 'hadiah' hari-hari untuk buah hati
Jangan risau, lepas hujan mesti ada rainbow

Tak perlu risau ada atau tak ada
Kerana susu ibu pasti ada
Tak perlu bimbang cepat atau lambat
Kerana yang penting memulakan kali pertama
Tak perlu takut sedikit atau banyak
Kerana yang penting kekerapan stimulasi

Mesti ibu tahu kan
Ibulah wanita terhebat
Kekasih ayah, buah hati anak-anak
Bila ibu menyusukan, ibu jadi bertambah hebat
Ibu boleh diamkan baby yang menangis
Ibu boleh kenyangkan baby yang lapar
Ibu boleh hiburkan baby yang gundah
Ibu boleh sihatkan baby yang demam, InshaAllah
Ibu boleh beri kasih sayang dan cinta 
Macam tu aje
Dengan menyusukan baby
Nampak mudah
Hakikatnya tidak, tapi memang indah
Kurniaan Allah untuk ibu aje
Alhamdulillah




Salam cinta susu ibu, 
Ummi, PumpOnTheGo




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Temujanji Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com



Tuesday 1 April 2014

BAYI JAUNDIS, PERLUKAH MENGHENTIKAN PENYUSUAN?



Baru-baru ini, Ummi diajukan soalan oleh seorang ibu tentang bayi jaundis dan penyusuan susu ibu. Tanya beliau, adakah perlu menghentikan penyusuan jika bayi terkena jaundis? Jawapannya...

JENG..JENG...JENG..
Ibu-ibu baca sampai habis ya!

APA ITU JAUNDIS?

Penyakit kuning atau jaundis (jaundice) berlaku apabila mata, bahagian dalam mulut dan kulit menjadi kekuningan kerana mendapan sejenis bahan pigmen yang dipanggil bilirubin pada tisu badan.

BAGAIMANA JAUNDIS TERJADI?

1. Semasa dalam kandungan, bayi memerlukan sel darah merah yang lebih tinggi daripada orang dewasa. Sel darah merah ini membawa oksigen yang penting untuk tumbesaran bayi.

2. Apabila bayi lahir, paru-paru bayi telah berfungsi dan meningkatkan kandungan oksigen dalam darah bayi. Jadi, sel darah merah extra dalam badan bayi dah tak diperlukan lagi dan akan termusnah dalam badan bayi secara semulajadi.

3. Sel darah merah yang musnah ini menghasilkan zat besi dan BILIRUBIN. Zat besi akan disimpan dalam badan bayi manakala bilirubin akan diproses dalam hati bayi dan dibuang melalui najis.

4. Bilirubin yang sudah diproses akan dialirkan ke hempedu dan kemudian ke usus bayi.

5.Tapi hati bayi masih belum matang, pemprosesan bilirubin ini tidak begitu efisien. Jadi bilirubin yang dah diproses ada juga yang diserap balik oleh usus dan masuk semula ke darah bayi. Jadi ia menyebabkan kandungan bilirubin dalam darah masih tinggi.

6. Ianya kitaran yang berulang selagi bilirubin tidak habis disingkirkan dari badan bayi.

JENIS-JENIS JAUNDIS

Jaundis bayi yang baru lahir dikenalpasti melalui tempoh masa ia dikesan.

Jaundis fisiologikal

- bermula hari ke-2 hingga ke-5 kelahiran
- mencapai paras tertinggi pada hari ke 3-5 dan mula turun dan kembali normal selepas hari ke 7-10
- ia proses biasa untuk bayi baru lahir dan kebanyakan bayi kembali normal tanpa sebarang masalah
- penyusuan boleh diteruskan

Jaundis susu ibu

- berlaku lebih lama dari jaundis fisiologikal, boleh sampai 3-4 minggu
- biasanya dikesan selepas hari ke 4 atau ke 5 kelahiran
- bayi yang ada jaundis susu ibu biasanya byi yang cukup bulan yang sihat, menyusu dengan baik dan tiada tanda-tanda tak cukup susu
- Antara penyakit yang boleh sebabkan jaundis susu ibu yang berterusan adalah: penyakit tiroid, jangkitan kuman, penyakit keturunan dan perbezaan jenis darah ibu dan anak
- paras bilirubin akan berkurangan selang beberapa lama
- penyusuan masih boleh diteruskan

Jaundis kekurangan susu

- berlaku apabila bayi tidak mendapat susu yang cukup
- jika bayi tidak dapat susu yang cukup, paras bilirubin akan menjadi lebih tinggi
- jaundis ini BUKAN disebabkan oleh susu ibu, tetapi kerana bayi KEKURANGAN susu ibu
- dikesan seawal minggu pertama kelahiran tetapi boleh berlanjutan jika bayi tidak menyusu dengan betul
- penyusuan yang betul perlu diteruskan

BAGAIMANA MERAWAT JAUNDIS?

1. Jaundis yang tak teruk tak perlukan rawatan lanjut.
2. Ibu perlu pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan mendapat cukup susu.
3. Bayi yang ada jaundis biasanya mengantuk dan mungkin sukar untuk disusukan. Ibu perlu merangsang dan mengejutkan bayi setiap kali sampai waktu penyusuan.
4. Rawatan fototerapi biasanya diperlukan jika paras bilirubin tinggi. Ini bergantung kepada umur dan saiz bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun tidak.
5. Jika bayi perlu menjalani fototerapi, sebaik-baiknya ibu tidak dipisahkan dari bayi dan ibu mesti menyusukan bayi sekerap mungkin.
6. Jika ibu tak dapat bersama bayi, perah susu untuk diberikan kepada bayi.

CARA ELAKKAN JAUNDIS YANG TERUK

1. Mulakan penyusuan seawal mungkin iaitu sejam selepas bersalin dan menyusu on demand (bila-bila masa bayi menunjukkan signal mahukan susu).
2. Susu awal iaitu kolostrum, adalah pelawas semulajadi yang dapat menyebabkan najis dikeluarkan dari usus bayi.
3. Bayi yang dapat susu yang cukup, akan membuang najis dengan kerap, jadi bilirubin dapat dikeluarkan dari badan.
4. Pastikan ibu menyusu dengan betul (posisi dan lekapan) supaya bayi mendapat susu yang cukup dan susu dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara ibu dan jaundis berkurangan dengan cepat.

Berbalik kepada soalan ibu tadi kepada Ummi, adakah perlu menghentikan penyusuan jika bayi terkena jaundis?

Jawapannya: Penyusuan susu ibu perlu diteruskan seperti biasa malah ibu mesti menyusukan bayi sekerap mungkin. Ibu tidak perlu menghentikan penyusuan susu ibu KECUALI atas arahan tertentu dari doktor disebabkan oleh komplikasi dan alasan tertentu.

Senyum ibu.
Susui anakmu dengan gembira.
Susumu pengubat duka laranya.

Selamat menyusu,
Ummi, PumpOnTheGo