Tuesday 18 March 2014

MASALAH BABY TAK NAK MENYUSU / RELUCTANCE TO FEED

Pernah tak ibu atau rakan-rakan ibu mengalami situasi seperti di bawah?

"Baby tak nak menyusu lah bila disuakan puting, baby tak suka susu ibu kot.."

"Baby saya mengelak dan memalingkan mukanya dari breast saya, tak nak menyusu.."

Tahukah ibu, bayi yang sihat tidak perlu dikejutkan untuk menyusu, mereka akan menunjukkan signal-signal tertentu apabila lapar dan mahukan susu dari ibu. Bayi yang perlu dikejutkan untuk menyusu antara 3 hingga 4 jam sekali jika bayi berada dalam keadaan berikut:

1. Lahir awal atau tidak cukup bulan (premature baby)
2. Jaundis atau penyakit kuning
3. Bayi yang kecil
4. Bayi yang ibunya diberikan sedatif semasa bersalin

Situasi seperti dialog di atas akan menyebabkan ibu berasa sedih dan rendah hati. Seringkali ibu beranggapan yang bayinya tidak mahu menyusu. 

SEBAB BAYI TIDAK MAHU MENYUSU

1. Tidak lapar
2. Bayi sejuk, sakit, kecil dan lemah
3. Posisi menyusu yang salah
4. Lekapan yang tidak betul
5. Ibu bergerak atau menggoncang payudara atau bayi
6. Bayi sudah terbiasa dengan pacifier atau puting botol susu
7. Ibu menukar sabun mandi atau wangian badan yang lain
8. Aliran susu yang terlalu perlahan
9. Bayi ada sakit mulut atau hidung tersumbat
10. Bayi selesa dengan sebelah payudara sahaja
11. Bayi dalam kesakitan
12. Ibu mengalami bengkak payudara, bahagian tampuk hitam (areola) menjadi agak keras lalu menyukarkan lekapan bayi
13. Aliran susu yang terlalu laju, bayi menghisap dengan baik pada mulanya tetapi terpaksa melepaskan puting susu kerana menangis atau tersedak.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH BAYI TIDAK MAHU MENYUSU

Cara utama untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencari penyelesaian kepada puncanya. Antaranya: 

1. Memperbetulkan POSISI semasa menyusu.
2. Memperbetulkan LEKAPAN bayi semasa menyusu.
3. Memerah atau mengepam susu terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi jika aliran susu terlalu laju
4. Menukar posisi menyusu jika aliran susu terlalu laju (menggunakan posisi duduk dan bersandar bagi ibu).
5. Memerah atau mengepam terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi jika payudara terlalu bengkak untuk melembutkan bahagian tampuk hitam (areola).
6. Rawat bayi jika ada jangkitan pada mulut dan lidah dan dapatkan bantuan dan pemeriksaan dari pegawai kesihatan di klinik.
7. Jika bayi dalam kesakitan, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor atau pegawai kesihatan.
8. Elakkan menggunakan pacifier atau puting tiruan dan puting susu.
9. Menggalakkan skin-to-skin atau Kangaroo Mother Care 
   - untuk membantu mencipta hubungan ibu dan bayi
   - memberi peluang kepada bayi untuk explore keadaan payudara ibu mengikut fitrah dan naluri bayi
   - mengambil masa satu jam atau lebih
10. Tidak memaksa bayi menyusu jika bayi menolak dan menangis, sebaliknya TENANGKAN bayi dahulu.
   - Bayi perlu berada dalam keadaan tenang semasa menyusu
   - Jika perlu, perah/pam susu dan berikan susu kepada bayi melalui cawan atau sudu dahulu sehingga bayi dapat belajar menyusu dengan tenang

Jadi ibu, SENYUM. 
Elakkan STRESS dan TERTEKAN. 
Susuilah anak walau apapun keadaan dan dugaan.
Pasti ada cara mengatasinya.
Yakinlah, susumu untuk anakmu.

Ingatlah, sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan. 

Selamat menyusu ibu sekalian,
Ummi, PumpOnTheGo




1 comment: