Monday, 7 September 2015

ANAK KURANG MENYUSU SELEPAS 1 TAHUN

Susu ibu adalah makanan utama bayi pada setahun pertama usianya. Sesetengah ibu dapat meneruskan penyusuan dengan baik pada 1 tahun ini. Namun, kebanyakan ibu mula mengalami masalah kekurangan susu setelah bayi menginjak 1 tahun.

"Bayi berumur 1 tahun 3 bulan, sekarang kurang menyusu."

"Hasil perahan makin berkurangan."

"Tidak lagi merasa let down reflex semasa menyusu atau memerah."

"Anak tidak berminat untuk menyusu, suka bermain.."

Gambar hiasan, Google.


Apakah punca berlaku masalah sebegini?

Penyusuan tidak kerap.

Penyusuan yang tidak kerap atau penyusuan mengikut jam menyebabkan kurangnya demand kepada breast. Bila kurangnya demand kepada breast, breast tidak dikosongkan dengan baik menyebabkan penghasilan susu merudum.

Penggunaan alatan seperti puting kosong (pacifier) yang terlalu kerap juga menyebabkan permintaan bayi untuk menyusu berkurang. 

Walaupun anak sudah mencecah usia 1 tahun, penyusuan sepatutnya diteruskan seperti biasa mengikut kehendak bayi. Iaitu pada bila-bila masa sahaja bayi mahukan susu. 

Makan dan minum terlalu banyak.

Ibu semestinya merasa sungguh excited apabila bayi cukup 6 bulan. Kerana pada waktu ini, bayi sudah boleh diperkenalkan dengan solid food sebagai pelengkap menu harian si comel. Kebanyakan ibu telah membuat persediaan berbulan-bulan lamanya sebelum bayi mencapai usia tersebut. Harus diingat, pengenalan kepada makanan terlalu awal (kurang dari 6 bulan, kecuali disebabkan masalah kesihatan anak) menyebabkan permintaan kepada susu berkurang dan akibatnya penghasilan susu berkurang juga.

Selain itu, bila sudah diperkenalkan solid food, berikan makanan dan minuman dalam kuantiti yang kecil dulu. Meningkatkan kuantiti makanan kepada bayi dengan terlalu cepat menyebabkan bayi hilang minat untuk menyusu, sebab terlalu kenyang dengan makanan dan minuman yang diberi. Jadi, nasihat saya, introduce kepada bayi secara berperingkat ya.

Mengikut pakar, berikut adalah contoh pemberian makanan kepada bayi secara gradual:

25% makanan pada usia 12 bulan
50% makanan pada usia 18 bulan
80% makanan pada usia 24 bulan

Maka, pada 1 tahun pertama usia bayi, jadikan susu ibu sebagai makanan utamanya. Pemberian makanan pada waktu ini adalah hanya sebagai pengenalan kepada tekstur dan rasa makanan yang berbeza untuk membantu penggunaan motor bayi dan latihan kepada lidah dan perkembangan IQ nya.

Bagi mengelakkan permintaan kepada penyusuan berkurang, susukan bayi dahulu sebelum memberinya makan. Teruskan menyusu seperti biasa walaupun sudah mula menerima solid food dengan baik.

Ibu tukar diet.

Most mommies can't wait to reduce their kilograms after birth. Ada ibu mengambil tindakan drastik dengan mengubah corak dan diet pemakanan supaya berat badan turun dengan cepat. Ini menyebabkan perubahan pada kandungan kalori dalam tubuh ibu lantas menyebabkan penghasilan susu berkurang.

Seperti sudah cikgu pesan sebelum ini, seorang ibu menyusu memerlukan around 500-700 kalori extra sehari demi memastikan penghasilan susu yang mencukupi. Jadi, instead of tukar diet secara drastik, kaji semula corak pemakanan yang sesuai buat ibu menyusu. Antara contoh menu pemakanan ibu yang mahu kurus ada di sini.

Ubatan / herba.

Kenalpasti penggunaan ubat-ubatan atau herba yang boleh mengurangkan susu apabila diambil. Antara contohnya seperti pil perancang atau herba atau jamu yang tidak sesuai kepada ibu menyusu. Secara tidak langsung ia mengurangkan penghasilan susu ibu. 

Teknik menceraikan susu.

Ada ibu yang tidak perasan sebenarnya dia senang mengamalkan teknik menceraikan susu dari anaknya, terutamanya jika terlalu penat setelah seharian bekerja di pejabat, some mothers usually inginkan masa bersendiri. Jadi ibu mengamalkan teknik, don't offer, don't refuse.

Teknik ini sebenarnya teknik terbaik menceraikan susu jika anak sudah berusia 2 tahun dan anda berhasrat untuk hamil lagi. Elakkan menggunakan teknik ini terlalu awal jika masih ingin meneruskan penyusuan selama mungkin, apa lagi jika anak yang masih menyusu sepenuhnya belum cukup 2 tahun.

Contoh Penyelesaian:

Antara yang anda boleh lakukan untuk kembalikan kuantiti perahan dan penyusuan yang kerap semula:

1. Offer bayi untuk menyusu sekerap mungkin dan elakkan penggunaan botol susu apabila bersama anda.

2. Monitor kuantiti makanan kepada anak, menyusu dahulu sebelum memberi makanan.

3. Teruskan rutin ibu menyusu seperti biasa, termasuk sesi memerah yang kerap di pejabat dan mengamalkan diet sihat yang seimbang.

4. Jika anak terlalu sibuk bermain sehingga tidak berminat untuk menyusu, wujudkan satu suasana yang sunyi dan nyaman supaya fokusnya tertumpu kepada penyusuan. i.e.: susukan anak dalam bilik yang sunyi.


Remember mommies, breastfeeding is not only on techniques, it's your perseverance and consistency that keeps you going. Hold on to it, you'll be just fine!


Next class start minggu depan.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda
Rujukan: Kellymom.


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.


No comments:

Post a Comment