Friday 31 July 2015

BENGKAK SUSU TAK SURUT-SURUT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga Allah merahmati setiap hari kita dan memberi barakah ke atas segala urusan kita selagi bernyawa dan memegang tugas sebagai ibu kepada khalifah kecil kita.

MashaAllah, masalah yang tidak pernah hilang dan boleh saya katakan dialami oleh hampir setiap ibu menyusu adalah bengkak susu. Sama ada semasa berpantang, selepas berpantang atau apabila mahu berhenti menyusu pun ada. Keadaannya dan masa berbeza, tetapi situasi dan punca almost sama. Hari ini, saya mahu kongsikan satu lagi situasi dari email yang saya terima:

Soalan ibu: 

"Kebelakangan ini, saya menghadapi masalah bengkak susu, di mana hampir 5bulan bengkak masih belum surut. Saya dah follow up dengan pakar, dan ultrasound tunjuk banyak bengkak susu, dan tak ada masalah lain.

1. Bagaimana saya nak kurangkan/surutkan bengkak susu ni sebelum jadi nanah?
​2. Saya mengalami sakit, apabila perah susu kebelakangan ni, kurang pasti kenapa?apakah kemungkinan yang perlu saya ambil kira untuk kurangkan sakit ni?
Pam yang saya guna, medela freestyle.​"


Gambar hiasan, Google.




Jawapan Cikgu Susu:

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sebelum belajar cara menangani bengkak susu, amat penting kepada anda untuk mengetahui apakah punca berlakunya bengkak susu supaya masalah yang sama tidak berulang lagi dan anda tahu dimana kesilapan anda and learn you lesson from there. 

Bengkak susu adalah signal yang diberi badan apabila susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari breast, atau pengeluaran susu itu tidak efektif. Apabila payudara tidak dikosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran susu akan mula tersumbat. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan radang payudara dan nanah.

7 punca berlaku bengkak susu:

1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama(Late on set on breastfeeding)

Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.

2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)

Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.

3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap(Inadequate feeding/pumping).

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.

4. Penyusuan berjadual(Scheduled feeding).

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir. 

Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).

5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara(5 or 10 minutes rules on each breast).

Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup. 

6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)

Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.

Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.

7. Pam susu. (Breast pump).

Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar. 

Contoh: Medela Freestyle ada 3 saiz corong.  Saiz M (24mm) default size, extra shield yang diberi bersaiz L (27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz yang lebih besar jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa sakit dan pedih pada bahagian nipple.

Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.

Saya juga pernah mengalami bengkak susu yang teruk (severe engorgement), sampai demam-demam tau. Hasil dari bengkak susu itu menyebabkan saya mengalami ketulan pada bahagian pada payudara. Berikut adalah steps yang saya lakukan untuk menghilangkan bengkak dan ketulan susu itu.


TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:

1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian breast dengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).

2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)

3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam (areola) di seluruh breast.

4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan urutan pada breast

5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut. Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan dengan urutan pada breast.

6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.

7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan bengkak susu.

8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.

9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compress untuk menghilangkan radang. 

10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.


Penyelesaian bengkak susu saya pada waktu ini adalah step 1-8. Tetapi yang terakhir yang terus menghilangkan ketulan itu adalah hisapan bayi saya sendiri kerana hanya bayi mempunyai kuasa sedutan yang sesuai untuk melancarkan semula aliran susu. Jadi, jika anda bersama bayi anda, kerapkan direct feeding untuk mengelakkan masalah seperti ini. 

Jika tiada bayi bersama atau EP mom, amalkan urutan payudara setiap kali sebelum dan selepas memerah untuk mengelakkan bengkak susu. 


Saya doakan penyusuan anda dipermudahkan Allah.





Cikgu Susu Anda





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow




Thursday 30 July 2015

SUAMI JAUH PUNCA PENYUSUAN GAGAL?


Gambar hanya hiasan


Soalan ibu:

Puan Ain, susu saya tengah drop, baby baru nak masuk 5 bulan. Saya sangat tertekan. Tak tahu nak buat macam mana, jadi buntu. Saya ada seorang lagi anak berumur 3 tahun. Selalu nakkan perhatian saya. Saya dan suami pula PJJ (perkahwinan jarak jauh), jumpa 2 minggu sekali je. Saya tak tahu nak minta tolong siapa, suami tak boleh bantu saya sebab jauh. Saya hilang semangat bila dia jauh. Minta pendapat puan..

Jawapan Cikgu Susu:

Salam dan hai semua. Sesekali cikgu ada menerima email dan PM permasalahan seperti ini. Walaupun tidak begitu kerap, tetapi ini menunjukkan ada di kalangan kita yang mengalami pelbagai cabaran untuk meneruskan penyusuan. Dalam situasi ibu ini harus kuat dan elakkan mencari alasan untuk menjadi lemah.

1. Kegagalan berpunca dari diri sendiri.

Anda harus kuat. Pendapat saya ya suami perlu disisi, tetapi sokongan suami bukan nombor 1 dalam list. Bagi saya sokongan dalam diri sendiri adalah yang paling utama. Jika suami sentiasa berada bersama kita, tetapi tidak membantu malah tidak menyokong kita lagi, pasti kita masih lemah dan apa usaha pun tidak akan berhasil. 

Kadangkala walaupun suami jauh dari kita, tetapi dia begitu concern dan sentiasa mengingatkan kita akan tugas kita sebagai ibu menyusu, jarak bukan lagi penghalang untuk semangat itu sampai kepada kita. Betul tak?

Pokoknya, semua terpulang kepada diri kita sendiri. Mahu terus menyusukan atau tidak?
Mahu anak terus sihat? Mahu anak terdidik sahsiah dan akhlaknya? Tepuk dada, tanya hati anda.

Individu pertama yang harus memberi sokongan untuk meneruskan penyusuan adalah anda sendiri. Anda sendiri yang harus bangkit dan berusaha, bukan orang lain.


2. Slow talk dan minta bantuan.

Jika suami terlalu sibuk atau ada sesetengahnya sukar memberikan bantuan dan sokongan (walaupun duduk satu rumah), cuba slow talk dan berterus terang dengan suami anda. Beritahu dia yang anda memerlukan bantuan dia untuk memberikan semangat untuk anda terutama pada saat susu sedang merudum ini. Tak perlu susah-susah sediakan peralatan memerah dan mencucinya (kalau dapat tolong lebih baik), cukuplah bermain-main dan mengawasi anak-anak yang lebih besar sementara anda menyusu atau memerah di rumah, itu sudah mencukupi.

Jika suami tidak tinggal bersama anda (PJJ), dapatkan bantuan ibu atau ibu mertua anda untuk berbuat yang sama. Tidak perlu masa yang lama, cukup 30 minit - 1 jam selesai sesi memerah di rumah.

Jika masih tiada sesiapa bersama anda, jadikan anak sulung itu (masih kecil jika 3-4 tahun) sebahagian dari sesi penyusuan dan memerah anda. Dalam ertikata lain, make her/him get involved dengan apa yang anda buat. Kalau nak memerah, ajak sekali dia dan biarkan dia lihat anda sedang memerah susu untuk adiknya. Dia akan belajar sesuatu dari situasi itu. Otak anak-anak kita umpama span yang berupaya menyerap apa sahaja yang dilihat dengan cepat. Jadikan ini sebagai satu proses pembelajaran untuk dia. Pasti dia seronok dan anda juga tidak stress.

Kalau suami jauh dan tak aware tentang masalah anda, call/whatsapp dia dan ceritakan kepadanya yang anda sedang mengalami waktu yang sukar, perlukan sokongan dan semangat darinya.

Anda: Abang, susu drop lah, stress sangat. Cer bagi semangat kat ayang sikit.
Suami: Yeke? Sabar ek. Abang nak tolong macam mana ye? Sayang dah makan? Dah pukul 10 ni, dah pam ke belum?
Anda: Dah makan bang. Tengah pam ni.. huhu
Suami: Alhamdulillah, kenyang abang dengar sayang dah makan..hehe. Pam baik-baik ye. Terima kasih.
Anda: Terima kasih sebab apa pula?
Suami: Sebab susukan anak saya..

Haa, ni contoh perbualan suami isteri PJJ, tapi suami masih sentiasa bersama untuk beri semangat. Ramai yang macam ni tau, tapi ibu-ibu ini sangat kuat. Siap ada 2-3 orang anak susuan lagi. Tak semestinya suami kena selalu berada di sebelah kita, baru itu tanda sokongan dia. Ada suami sokong dalam diam. Ye lah, sesetengah lelaki kan tidak suka express kasih sayangnya dengan kata-kata. (Tapi kalau tunjuk, mesti isteri berbunga-bunga kan).


3. Positif dan Bersyukur.

Kadang-kadang, kita tidak mensyukuri nikmat yang ada. Ada suami tapi muka susah nak manis. Susu tengah banyak sampai bengkak-bengkak, tapi culas lagi memerah. Solat hujung-hujung waktu. Ini adalah antara contoh sifat-sifat mazmumah pada kita yang suka menerima hadiah tetapi tidak bersyukur. Semua manusia sama, tiada yang perfect

Sekarang Allah menurunkan ujian, supaya kita kembali semula kepada Dia. Ujian yang sikit, tetapi cukup membuatkan kita susah hati, tak tidur malam. Allah nak kita sedar anugerah yang dia beri kepada kita. Dia nak kita berterima kasih kepada Dia, sebab Dia nak beri lebih dari apa yang kita ada sekarang. Apa kata selepas ini kita bersikap lebih positif dan bersyukur.

Jangan lupa ucapkan syukur dengan rezeki susu yang masih ada hari ini, walaupun sedang merudum. Ramai ibu seperti ibu yang mempunyai bayi pra-matang, ibu yang mengalami penyakit kronik masih struggle untuk mendapatkan setitik titisan emas ini. InshaAllah dengan syukur itu hati lebih tenang.

Ucaplah:
Alhamdulillah, susu masih ada walaupun merudum.
Alhamdulillah, masih ada suami walaupun PJJ.
Alhamdulillah, aku masih kuat walaupun tak dapat bantuan suami.
InshaAllah, susu akan meningkat semula.
InshaAllah, hubungan aku dan suami lebih erat walaupun jauh.
InshaAllah, aku mampu menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak ku ini.

Bukankah Allah mengikut sangkaan hamba-Nya? Dia tahu semua apa yang difikirkan oleh ciptaan-Nya. Doalah yang baik-baik untuk anak-anak, sebut dan fikirlah yang baik-baik untuk penyusuan anda.


Tips meningkatkan susu ibu:
1. Mula seperti kali pertama dulu: menyusu on demand bila bersama bayi dan pam 3 jam sekali bermula jam 5pagi. Back to basic, perlu ada 8 sesi mengepam sehari.
ATAU
Lakukan powerpumping bermula malam ini sehingga nampak perubahan pada kuantiti susu perahan anda.
ATAU
Buat tandem pumping untuk jimat masa dan menambah penghasilan dan aliran susu dengan lebih cepat. (Tandem: sebelah menyusu sebelah memerah).
3. 3 jadual makan utama (breakfast, lunch, dinner) mesti ambil makanan berat. Each meal perlu ada elemen karbohidrat, protein, sayuran hijau, & buah. Contoh: Nasi, ikan/ayam, sayur hijau pekat, buah.
4. Elakkan minuman ais/air sejuk sehingga kuantiti susu naik semula. Amalkan air suam/air panas. 1 gelas setiap 1 jam. Total minuman mestilah sekurang-kurangnya 3.5Liter sehari (termasuk air manis/jus buah). Elakkan kopi atau teh buat masa ini.
5. Minum milo/horlicks/susu/minuman berasaskan bijirin bersama biskut high fiber/roti setiap kali selepas menyusu/mengepam untuk recover water and energy loss semasa mengepam/menyusu tadi.
6. Elakkan terus makanan berminyak/pedas buat masa ini. Banyakkan makanan masak stim, rebus dan sup.
7. 'Snacking' kurma setiap kali selepas menyusu/mengepam. Makan dalam 3 biji sekali makan. Sediakan satu bekas kurma dan 1 botol air suam di sebelah puan untuk sesi menyusu waktu malam. Makan 3 biji kurma dan minum air suam setelah selesai menyusu.
8. Pastikan anda rasa tenang dan relax semasa mengepam. Bila relax susu lebih lancar. Kalau boleh elakkan selalu melihat kuantiti perahan yang anda dapat semasa mengepam, lihat sahaja selepas selesai sesi mengepam ya. Tarik nafas dengan dalam sebelum mengepam supaya anda lebih fokus dan tenang.
9. Penambahan sesi mengepam / powerpumping mungkin akan menyebabkan badan sedikit letih. Amalkan supplemen/makanan sunnah untuk memberi tenaga ekstra kepada badan. Badan yang terlalu letih juga akan mempengaruhi kuantiti susu.
10. Yakinlah dengan rezeki Allah. Tunaikan solat hajat sebelum/selepas powerpumping waktu malam untuk memohon rezeki susu dari-Nya. Mohon dengan spesifik. Sebut nama anak yang masih disusukan.

Ini ujian untuk anda, anda ibu terpilih. Anda mesti kuat, usah bermain perasaan terlalu lama, terus bangkit semula, kerana perjalanan masih jauh ya.


Saya doakan anda berjaya meredah cabaran ini. Seseorang pernah berkata kepada saya, "There is no failure in breastfeeding, it is life experience." Jadikan ia pengalaman yang anda takkan lupakan sampai bila-bila.



Cikgu Susu Anda




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

Wednesday 29 July 2015

IBU MENYUSU YANG UNDERWEIGHT, CUKUP KE SUSU BADAN?

Assalamualaikum mommies,

Beberapa hari lepas cikgu ada berkongsi menu sarapan berprotein tinggi untuk ibu menyusu yang mahu kurus. Tak sangka cikgu, rupanya ramai juga ibu menyusu yang nak naikkan berat badan. 

Ramai juga yang email cikgu untuk bertanyakan masalah ini: Menyusu tetapi underweight dan kurus. Mommies risau takut susu tak cukup sebab mommies sendiri pun kurang berat badan. Tahukah anda, kajian menyatakan badan ibu masih dapat menghasilkan susu yang cukup walaupun kurang berat badan (underweight). Menurut UNICEF dan World Health Organization pula, ibu menyusu tidak mendapat makanan yang sihat boleh menghasilkan susu yang lengkap nutrisi.

Namun begitu, kandungan lemak, gula dan vitamin dalam susu ibu akan dipengaruhi oleh diet pemakanan ibu. Contohnya, jika ibu banyak mengambil lemak Omega 3 (seperti telur dan salmon), banyak lemak yang diserap oleh bayi melalui susu ibu adalah lemak Omega 3 juga. Maka, ini menunjukkan apa yang ibu makan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kandungan susu ibu.

Bagi ibu menyusu kalori yang mencukupi sangat diperlukan oleh badan sebab badan ibu akan menggunakan banyak tenaga untuk menghasilkan susu. Keperluan kalori ekstra yang perlu ibu bekalkan kepada badan adalah sebanyak 500 kalori sehari sepanjang penyusuan. Jadi, apabila ibu tidak mendapat makanan yang berkhasiat atau tidak memenuhi keperluan kalori, ibu sebenarnya tidak mengganggu penghasilan susu tetapi membahayakan kesihatan diri sendiri.

Walaupun bayi anda (ibu menyusu yang underweight) masih mendapat susu yang mencukupi, anda perlu memastikan diet seharian lengkap supaya anda terus sihat dan kuat. Bagi ibu yang underweight anda boleh menumpukan kepada menu yang berasaskan makanan sunnah, minyak sayuran, karbohidrat kompleks, protein dan makanan sihat tinggi kalori. 

Antara contoh makanan sihat yang tinggi kalori adalah:

1. Pisang.
2. Telur.
3. Ubi kentang.
4. Minyak zaitun.
5. Mee.
6. Pasta.
7. Ubi keledek.
8. Avokado.


Ada juga makanan tak sihat yang tinggi kalori macam makanan segera (fastfood macam KFC atau McD) atau tinggi gula, yang ini kesannya ekspres tapi sangat berbahaya kepada kesihatan kita. Tinggi kolesterol tu and can lead to diabetes too.

Pesanan untuk ibu menyusu yang underweight: Makan bila-bila sahaja anda lapar dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Amalkan pengambilan makanan yang sihat ya dan juga supplemen seperti vitamin D dan kalsium untuk bantu menambah nutrisi dalam badan anda.  Ibu yang kurang berat badan, kadangkala nutrisi dalam badan diserap kepada penghasilan susu.

p/s: supplemen cikgu habbatussauda, pati delima dan minyak kelapa dara. Cukup untuk bekalkan semangat untuk bertenaga!





Yeah mommies, 2 years journey, bring it on!





Sumber Rujukan: La Leche League, Kellymom




Cikgu Susu Anda




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

Tuesday 28 July 2015

BABY MENYUSU SEKEJAP JE PASTU TIDO, NORMAL KE?

Sumber: Google

Soalan ibu:

Salaam Puan, saya nak minta nasihat. My baby baru habis pantang aritu. Fully breastfeed every 2 hours. Tapi duration average dalam 10-15 minit je. Lepas tu dia akan let go and tertidur terus. Saya risau kalau dia cuma penat suckling tapi belum kenyang. Is that normal?

Jawapan Cikgu Susu:

Waalaikumussalam Puan, secara puratanya satu sesi penyusuan direct feeding biasanya berlangsung selama 20 hingga 45 minit. Sesetengah bayi menyusu dalam masa yang terlalu singkat, sesetengah pula terlalu lama hingga berjam-jam (kata ibunya). Namun semua ini bergantung kepada keupayaan bayi sama ada dapat melekap dengan baik ataupun tidak semasa menyusu. Apabila bayi makin membesar, keupayaannya untuk melekap dengan betul semasa menyusu sangat baik, jadi tempoh penyusuan menjadi singkat. Bayi ini kita paling effective nursling. Satu tempoh menyusu tidak lama, biasanya bila bayi berumur hampir setahun hingga 2 tahun.

Antara beberapa tanda paling asas yang anda perlu tahu untuk mengenalpasti sama ada bayi mendapat susu yang cukup ataupun tidak adalah melalui:

1. Warna urin bayi

Bayi yang cukup susu akan mengeluarkan urin yang jernih dan banyak. Jika ragu-ragu, gunakan lampin kain untuk 1 hari dan monitor warna kencing bayi ya.

2. Warna dan jenis najis bayi.

Bayi yang mendapat susu yang cukup akan menghasilkan najis berwarna kuning keemasan, berbiji-biji (orang tua-tua panggil macam biji sawi) dan tidak keras iaitu cair sahaja. Kuantitinya banyak untuk setiap kali buang air. 

Warna kuning keemasan tandanya bayi mendapat cukup kandungan air (foremilk) dan lemak (hindmilk) dalam susu ibu.

Najis yang berwarna kehijauan pula menandakan bayi mendapat lebih air (foremilk) dan kurang lemak (hindmilk) dalam susu ibu. Ini adalah tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang cukup dan tempoh penyusuan terlalu singkat.

*Peringatan:

Jarak masa yang paling sesuai sesi penyusuan adalah antara setiap 1 hingga 2 jam sahaja. Kerana susu ibu akan dicernakan sepenuhnya dalam masa 1-1 setengah jam sahaja. Jadi kekerapan penyusuan sebenarnya tidak lebih dari 2 jam. 

Tapi.... watch the baby, not the clock! Lihat signal-signal mahu menyusu yang diberikan bayi seperti mengecap-ngecap bibir atau merengek kecil atau menghisap jari dan bibirnya.

3. Kenaikan berat badan.

Bayi yang mendapat susu yang cukup akan mengalami kenaikan berat badan sekurang-kurangnya 400gram hingga 1 kilogram sebulan. Jika kurang dari 400gram, kemungkinan bayi kurang susu. Secara tidak langsungnya bermaksud, kurang lemak (hindmilk) dari susu ibu. Jadi, anda perlu periksa semula tempoh penyusuan dan kekerapan memerah bila tidak bersama bayi. 

Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan antara kandungan air (foremilk) dan lemak (hindmilk) dalam susu ibu.

Jika kenaikan berat bayi dalam lingkungan 400 gram hingga 1 kilogram, bermaksud bayi mendapat susu yang cukup. InshaAllah.



Sebab-sebab terjadinya penyusuan yang singkat:

1. Lekapan yang tidak betul.

Penyelesaian: periksa lekapan yang betul.

2. Aliran susu yang terlalu perlahan.

Penyelesaian: Amalkan mampatan payudara (breast compression) semasa penyusuan dan memerah.

3. Tidak mendapat letdown reflex.

Penyelesaian: Lakukan urutan payudara sebelum menyusu untuk melonggarkan saluran susu, jadi susu lebih senang mengalir.

4. Ibu tergesa-gesa dan panik.

Penyelesaian: Tarik nafas dan luangkan masa untuk menyusukan bayi dengan baik buat masa itu. Jika ibu terlalu rushing, aliran susu menjadi tidak lancar, kemungkinan bayi boleh give up dan terus tidur.



Usah risau mommies, yakin dan percaya dengan kemampuan diri untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sendiri. You can do it!






Cikgu Susu Anda




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

Monday 27 July 2015

SARAPAN UNTUK IBU MENYUSU YANG NAK KURUS

Sumber: enterthepit


Salam dan morning mommies, 


What are you having for breakfast?

Tahukah anda sarapan adalah sangat penting untuk membantu anda membekalkan tenaga dan susu yang mencukupi untuk bayi anda di permulaan hari.

Apakah menu yang dianjurkan oleh pakar? Sebenarnya ibu boleh makan apa sahaja yang digemari asalkan tidak mengamalkan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera, makanan yang berminyak dan berempah.

Berdasarkan rujukan dari MedlinePlus, sarapan tinggi protein dapat membantu ibu mengendalikan berat badan dengan lebih baik, mengurangkan simptom midmorning hunger dan menolong anda memenuhi keperluan harian protein dalam badan. Biasanya menu-menu high protein ni sangat sesuai untuk ibu yang nak turunkan berat badan. Walaupun anda masih menyusu, tak semestinya kena makan untuk 2 orang, haa... menu yang sesuai akan bantu membekalkan anda dengan nutrisi yang mencukupi ya.

Antara makanan tinggi protein yang boleh anda amalkan untuk bersarapan adalah:

1. Telur
2. Susu
3. Yogurt
4. Oat
5. Peanut butter
6. Kekacang
7. Makanan berunsur bijirin (whole grains)
8. Tuna
9. Tofu
10. Salmon

Sumber: Google



Contoh menu sarapan yang boleh disediakan adalah:

1. Satu mangkuk oatmeal (yang dimasak / dihidangkan bersama kurma atau buah strawberi).
2. Satu telur dadar atau scrambled egg.
3. Beberapa sudu yogurt (kat Arab dipanggil laban).
4. Susu panas.


* Sebiji telur adalah sumber protein terbaik untuk kita tetapi ia juga datang dengan kolesterol pada kuning telurnya. Jika mahu ambil telur setiap hari, hadkan pengambilan kepada telur putih sahaja ya.

Menu sarapan yang cikgu selalu makan: Nasi lemak, kurang sambal, telur rebus sebiji (kadang-kadang tukar ikan bilis goreng), dengan kangkung celur atau timun dan kacang. 

Setahun yang lepas, untuk breakfast cikgu masak oat dan kurma dan kismis, makan dengan pisang dan milo panas. Almaklumlah masa tu Aydin masih makan bubur, jadi masak sekali je, dua orang boleh makan. Yang bagus oat ni, bagi tenaga sampai ke waktu lunch tau.

Anda makan apa pagi ni? Walau apapun menu yang dipilih, pastikan ianya makanan yang sihat dan baik untuk anda. Because you are what you eat. And your baby is what you eat. 



Happy breastfeeding semua!





Sumber Rujukan: MedlinePlus





Cikgu Susu Anda








Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


.


Sunday 26 July 2015

PENYELESAIAN GUSI BERDARAH UNTUK IBU MENYUSU

Salam mommies,

Pernah tak mommies alami masalah gusi berdarah? Cikgu pun kerap kali mengalaminya terutama sepanjang kehamilan dan penyusuan anak-anak cikgu. Setiap kali memberus gigi, gusi akan luka dan terasa sensitif. Sedih je sebab kadang-kadang pedih dan sakit. 

Baru-baru ini semasa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, cikgu lihat rata-rata masyarakat di sana mengamalkan siwak atau kayu sugi untuk membersihkan gigi. Sebenarnya penggunaan siwak amat digalakkan sebab ianya salah satu sunnah yang sangat disukai Nabi Muhammad S.A.W.. Kayu sugi atau siwak banyak dijumpai di kedai-kedai runcit di sana. Even depan Masjid Nabawi pun banyak anak-anak muda menjualnya. Cikgu tak ketinggalan mencuba. 

Setelah mencuba kali pertama, cikgu amazed sebab tak ada nampak luka atau gusi berdarah seperti selalu dialami. MashaAllah, kelebihan sunnah Nabi kan. Cikgu terus amalkan sampai sekarang (dah hampir 2 minggu), dan Alhamdulillah, rasa gigi lebih bersih dan masalah gusi berdarah terus hilang. Paling best, plak-plak lama pun dah slowly decreasing. Mulut terasa lebih wangi dan bersih dari biasa.

Cikgu amat sarankan penggunaan kayu sugi ni kepada mommies yang hamil dan menyusukan anak yang mengalami masalah gusi sensitif atau gusi berdarah. InshaAllah banyak lagi kesan baik yang mommies akan dapat melalui amalan bersiwak ni. 

Berikut antara kelebihan bersiwak yang cikgu dapati dari sedikit pembacaan yang cikgu lakukan:

  • 1. Mencantikkan wajah
  • 2. Mengharumkan mulut
  • 3. Mencerahkan penglihatan
  • 4. Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman
  • 5. Memerdukan suara
  • 6. Memfashihkan percakapan
  • 7. Memperhiaskan solat
  • 8. Menghilangkan rasa mengantuk
  • 9. Mendapat keredhaan Allah SWT
  • 10. Menguatkan minda
  • 11. Mencerahkan mata dan banyak lagi tau.


Inilah rupa kayu sugi / siwak. Wangi dan senang nak guna.


Bagi ibu yang selalu mengalami masalah gusi berdarah semasa hamil atau masih menyusu,  ia mungkin tanda kekurangan vitamin C juga. Jadi tambahkan pengambilan makanan berunsur vitamin C. Antara yang begitu sinonim dengan vitamin C ialah oren. 

Selain itu, sumber makanan yang tinggi vitamin C adalah strawberi, brokoli serta ubi kentang dan kentang manis. Lebih bagus jika ibu mendapatkan vitamin C dari makanan semulajadi iaitu sayuran dan buah-buahan kerana kadar penyerapan oleh badan lebih bagus selain boleh membantu melengkapkan keperluan air dan serat oleh badan. 

Saranan cikgu: Amalkan penggunaan kayu siwak dan pengambilan vitamin C yang mencukupi untuk merawat masalah gusi sensitif dan berdarah ya. 





Antara sumber vitamin C dari makanan.





Cikgu doakan anda berjaya!




Cikgu Susu Anda














Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Saturday 25 July 2015

MASIHKAH ADA LAGI PELUANG UNTUK DIRECT FEEDING?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Soalan ibu:


Assalam cikgu, bayi saya dah nak masuk 4 bulan hujung bulan ni. So far hanya minum susu dari botol sahaja. Pernah direct feeding tapi masa berpantang, saya terlalu penat dan bayi macam tak puas menyusu, sangat kerap menyusu dan lepas menyusu menangis nak lagi. Sekarang saya rasa mahu cuba direct feeding semula anak saya. Masih ada peluang ke cikgu?


Jawapan Cikgu Susu:

Tahniah atas keberanian anda untuk terus memberikan yang terbaik kepada anak anda. Penyusuan ibu melengkapkan keperluan fizikal dan rohani bayi. Ya, anda masih ada peluang untuk direct feeding semula. Pasti anda pernah mendengar frasa ini:

Keperluan bayi:
Food from mother's breast (makanan dari payudara ibu)
Warmth from mother's body (kehangatan pelukan ibu)
Security from mother's presence (rasa selamat dengan kehadiran ibu)
Breastfeeding fullfills all these (penyusuan ibu melengkapi keperluan ini)

Apabila ibu menyusukan bayi, ibu akan memberikan semua di atas kepada bayi. Apa kesannya? Kita akan melatih bayi untuk lebih mudah menyesuaikan diri dengan alam baru. Kehidupan di alam dunia sangat berbeza dengan alam rahim, yang sentiasa dekat dengan ibu. Semasa di dalam kandungan, bayi sentiasa mendengar suara ibu, degupan jantung ibu, dan rasa panas dari air ketuban, jadi bayi sangat selesa dan gembira.
Selepas lahir, bayi dipisahkan dari ibu, menjadikan bayi tidak tenang dan sentiasa menangis. Inilah sebabnya bayi kerap menangis apabila tidak bersama ibu selepas lahir. Bukan kerana susu tidak cukup (anggapan sesetengah ibu kali pertama).
Cikgu nak perdengarkan satu cerita yang pernah dikongsikan oleh salah seorang peserta Seminar Mudahnya Menyusu cikgu dulu. Bayinya hanya minum susu ibu melalui botol sahaja dari lahir. MashaAllah, sungguh kuat ibu ini berusaha tanpa pernah kenal erti putus asa. Apa yang dilakukan ibu ini adalah dengan mengamalkan kendong bayi (baby wrap) dengan kerap apabila bersama bayi walaupun di rumah. Tidak pernah terfikir akan kegagalan, beliau meneruskan amalan dan usaha itu dengan sepenuh harapan Allah akan makbulkan permintaan beliau untuk menyusukan anaknya secara direct feeding suatu hari nanti. Dalam kendongan bayi, bayi menjadi sangat selesa dengan pelukan ibu dan bau badan ibu walaupun minum susu dari botol sahaja pada waktu itu. Sehinggalah usia si comelnya 8 bulan, bayinya mahu menyusu secara direct feeding semula.
Jadi, saranan cikgu kepada anda adalah dengan melakukan teknik skin-to-skin setiap kali mahu menyusu (atau setiap 1-2 jam). Pastikan bayi dalam keadaan tenang dan rileks. . Signal terbaik adalah dari bayi sendiri iaitu mengecap-ngecap bibir, menghisap bibir/jari dan menggeliat (jika sedang tidur).
Jika jarak masa antara sesi menyusu terlalu lama bayi akan menjadi terlalu lapar, maka ia buat bayi tak tenang dan menangis dengan kuat. Penyusuan dalam keadaan memaksa seolah-olah berikan pengalaman yang tidak manis untuk bayi. Benar, ia tidak semudah yang disangka, perlukan konsistensi dan semangat yang kuat. Dan yang paling penting, mesti percaya dengan kuasa Allah. Sentiasa berdoa mohon bantuan dari-Nya. 

Amalkan cara di bawah untuk membantu bayi menyusu secara direct feeding semula:

1. Wujudkan suasana tenang dan sunyi di dalam bilik. Elakkan gangguan orang lain, tv, radio dan handphone. Hanya anda dan bayi sahaja.

2. Suhu di dalam bilik tidak terlalu sejuk dan tak terlalu panas.

3. Buka bedung dan baju bayi (jika masih memakainya), pakai lampin (pampers) sahaja. Ibu juga tanggalkan baju dan bra (naked chest).

4. Baringkan bayi di dada ibu. Peluk dan belai bayi dengan penuh kasih sayang. Sesekali berkomunikasi dengan bayi supaya bayi rasa selesa.

5. Biarkan bayi menyentuh bahagian dada sama ada dengan tangan atau dengan mukanya. Bayi akan mula explore payudara dan nipple ibu mengikut fitrah. Breast ibu merembeskan mukus yang mempunyai bau air ketuban dan bau badan ibu di bahagian areola (tampuk hitam). Bau ini yang akan membantu bayi untuk mengenal ibu.

6. Jika bayi dah mula tunjukkan signal seperti mencari-cari puting dan mengecap-ngecap bibir, itu tanda ingin menyusu, betulkan posisi baby dan bersedia untuk menyusukan bayi.

7. Posisi bayi mestilah selari kepala dan badannya. Hidung bayi mesti menghadap payudara ibu.

8. Acah-acahkan puting susu ke ruang antara bibir dan hidung bayi.

9. Pegang kepala bayi dengan meletakkan tapak tangan pada leher bayi, manakala ibu jari dan jari telunjuk di atas telinga bayi. Jari yang lain membantu untuk menyokong pegangan kepala bayi.

Apabila bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap), lekapkan mulut bayi pada payudara, dengan cara menolak sedikit bayi ke arah payudara.

10. Pastikan bahagian areola (tampuk hitam) berada dalam mulut baiy dan bayi bukan hanya melekap pada puting sahaja.

11. Lekapan (attachment) betul: Bibir atas dan bawah bayi terlingkup keluar, pipi bayi kembung, lidah bayi di bawah puting susu dan pattern hisapan "hisap telan, hisap telan". hisapan yang perlahan dan mendalam. Ibu tidak rasa sakit sepanjang menyusu.


NOTA:
*Lakukan skin-to-skin sekerap yang mungkin, semasa mahu menyusu, semasa mandi, dan semasa tidur dengan bayi. Dengan cara ini, ibu akan membiasakan semula bayi dengan penyusuan dari payudara.

*Elakkan memaksa bayi untuk menyusu. Proses penyusuan mesti berlaku dengan tenang. Cuba di waktu lain jika bayi menolak atau memusingkan kepala tanda tidak mahu.

*Lakukan skin-to-skin semasa keadaan bayi tenang, tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang. Jika terlalu lapar bayi menjadi tidak tenang, jika terlalu kenyang, bayi tidak mahu berusaha lagi. Jika bayi terlalu lapar, berikan sedikit susu melalui cawan atau sudu sehingga bayi kelihatan tenang dan mulakan skin-to-skin

Sebaik-baiknya, lakukan skin-to-skin apabila bayi dah mula menunjukkan signal awal mahu menyusu (menangis itu tanda akhir ya).


Cikgu doakan yang terbaik untuk anda dan ibu semua.








Cikgu Susu Anda














Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow