Payudara adalah aset kepada wanita dan ibu. Ia bukan sahaja zon yang paling disukai anak tetapi juga ada sumber makanan bayi di situ. No wonder lah anak-anak suka sangat dipeluk ibu kan.
Jadi of course lah kita begitu concern dengan keadaan payudara kita, tak gitu. Tetapi apabila sudah mula menyusu, sesetengah ibu mengalami masalah ini: hasil perahan sebelah kiri dan kanan tidak seimbang, saiz breast tak sama besar. Aduhai, boleh bikin stress ye dak.
Jangan begitu, buat ibu menyusu stress is totally not good ok.
Sebelum ini cikgu sudah bincangkan sebab terjadi masalah ini (perahan di kiri dan kanan tidak seimbang). Mari kita recall:
1. Aliran susu yang perlahan, terlalu laju atau susu mula berkurang.
2. Bayi suka menyusu di sebelah payudara sahaja.
3. Ibu suka menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja.
4. Keadaan payudara ibu secara genetik mempunyai kelenjar susu yang tidak sama banyak pada kiri dan kanan breast.
5. Pernah melakukan pembedahan atau mengalami kecederaan pada payudara.
Dalam sedar atau tidak sebenarnya ada juga tindakan kita yang mempengaruhi penghasilan susu di kiri dan kanan breast, menyebabkan hasil perahan tidak seimbang. Maka, sebelah breast menjadi kurang produktif berbanding yang sebelah lagi. Akibatnya, saiz pun tak sama! Oh no!
Contoh hasil perahan tidak seimbang, Google.
Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah breast:
*Penghasilan susu kurang = dirujuk sebagai kurang produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif
1. Utamakan direct feeding di sebelah yang kurang produktif.
Semasa memulakan penyusuan, offer dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.
2. Susukan di sebelah yang kurang produktif semasa bayi mengantuk (drowsy).
Kadang-kadang disebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Offer breast yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.
Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.
3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu.
Some babies prefer posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan baby suka menyusu di sebelah breast sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.
4. Tandem pumping.
Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah breast adalah setara, dan extra stimulasi dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.
Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di breast yang produktif ini tidak terganggu.
5. Lebihkan sesi memerah di sebelah yang kurang produktif.
Contohnya jika anda memerah kedua belah breast selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi extra stimulation kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat signal untuk meningkatkan penghasilan susu.
6. Pam selepas menyusu.
Utamakan direct feeding kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit/tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu breast itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet) ya.
Berikan masa selama 1-2 minggu kepada badan anda untuk membiasakan diri dengan rutin baru dan signal baru yang dilakukan ini. Tempoh masa cepat atau lambat bergantung kepada usaha dan tindak balas badan masing-masing. Ada ibu mula nampak perubahan kuantiti susu seawal 3-5 hari sahaja.
P/S: Setiap kali selesai menyusu dan memerah mesti makan dan minum ya. Ini untuk mempercepatkan penghasilan susu dan breast refill semula.
Sabar dan istiqamah, pasti anda dapat lihat kesannya!
Seminar Mudahnya Menyusu.
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).
3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square
4 Oct : POTG Kelana Jaya
10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel
11 Oct : Melaka, Angsana Hotel
23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel
24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel
25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel
8 Nov : POTG Kelana Jaya
14 Nov : Kuching, Abell Hotel
15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Cikgu Susu Anda
Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya
No comments:
Post a Comment