Wednesday 29 April 2015

7 TIPS MENYIMPAN EBM BERLAINAN SESI PERAHAN

Bismillahirrahmanirrahim

Soalan ibu: 

"Berkaitan ebm, boleh ke 1st pump yang kita simpan dalam peti ais bawah tu, kite campur dengan 2nd pump dan 3rd pump nak kasi botol storage tu penuh, dalam hari yg sama? Lepas tu, jika dah penuh baru pindah masuk dalam freezer pula storage tadi... boleh ke?"







Jawapan Cikgu Susu:

Susu perahan digalakkan untuk disimpan mengikut kuantiti yang diminum bayi 1 kali minum (per feeding) untuk memudahkan penyediaan. 

Susu perahan juga digalakkan untuk disimpan pada waktu perahan tersendiri untuk memelihara komposisi susu tersebut. Seperti yang cikgu pernah ceritakan sebelum ini, susu ibu adalah custom made dan dihasilkan dengan komposisi berbeza pada waktu yang berbeza. Contohnya: komposisi susu perahan pada waktu siang berbeza dengan perahan pada waktu malam. Kandungan lemak dalam susu ibu lebih banyak pada waktu malam berbanding waktu siang.

Namun begitu, jika anda ingin menjimatkan ruang penyimpanan, anda boleh menyimpan susu perahan dengan cara ini. Anda mesti memenuhi 3 syarat ini:

Syarat 1: Sesi-sesi perahan mesti dalam tempoh 24 jam sahaja.

Syarat 2: Suhu susu perahan berlainan sesi ini mesti sama sebelum dicampurkan.

Syarat 3: Tarikh luput susu perahan yang sudah dicampurkan ini adalah waktu memerah sesi terdahulu atau sesi pertama.

Contoh situasi: 28 April 2015

Sesi 1: 9 am : 2oz
Sesi 2: 12 pm : 3oz


TIPS PENYIMPANAN:

1. Simpankan ebm sesi 1 dalam peti sejuk pintu bawah / bahagian chiller selepas memerah.
2. Simpankan ebm sesi 2 dalam peti sejuk pintu bawah / bahagian chiller selepas memerah.
3. Biarkan ebm sesi 2 di dalam peti sejuk bahagian itu sekurang-kurangnya selama 1 jam.
4. Kemudian, campurkan ebm sesi 1 dan sesi 2. *Goyangkan perlahan botol ebm sebelum mencampurkannya supaya lapisan lemak dan air bersatu semula.
5. Labelkan campuran ebm dengan tarikh luput ebm sesi 1 iaitu 28 Apr: 9am.
6. Simpankan sahaja susu perahan dibahagian chiller jika ingin digunakan dalam masa 3-5 hari.
7. Pindahkan ke bahagian beku / freezer jika susu masih belum digunakan lagi pada hari keempat atau kelima.





Notakaki: 
*Susu ibu paling segar didapati dari penyusuan terus dari payudara ibu. Sesetengah pakar laktasi berpendapat susu ibu akan berubah komposisinya setiap kali dibekukan. Jadi utamakan pemberian direct feeding, susu yang baru sahaja diperah dan susu yang disimpan di bahagian chiller untuk bayi anda.

*Perkongsian dari seorang SN yang mengendalikan EBM, cara ini tidak digalakkan untuk bayi pramatang kerana bayi pramatang mempunyai sistem imun badan yang lebih lemah berbanding bayi lahir cukup bulan.




Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Monday 27 April 2015

BABY DEMAM TAK NAK MENYUSU, MACAM MANA NI?

Bismillahirrahmanirrahim

Soalan ibu: "Puan, boleh saya tanya apakah tips menyusu semasa baby batuk dan demam?"



Cikgu Susu:

Rasa sangat susah hati kalau bayi demam dan batuk. Bayi jadi tak tenang dan tidak lena tidur. Baring tak kena, mengiring tak jalan, bayi terus merengek dan menangis kerana tak selesa. 

Ada juga bayi yang hanya baring tidak bermaya semasa demam, macam anak saya. Kalau macam ini lagi Ummi susah hati. Mana tidaknya, anak yang biasanya cheeky dan aktif dengan keletah manjanya hanya berbaring keletihan. Bayi juga akan kurang makan dan dalam kebanyakan menolak untuk menyusu kerana tidak selesa. Sebagai seorang ibu kepada 2 anak, saya juga turut mengalami situasi ini. 

Seorang ibu akan belajar banyak perkara baru sepanjang pertumbuhan anak-anak. Semua ini pengalaman yang sangat berharga bagi seorang ibu. Antara keadaan yang biasa dialami bayi ketika demam selain suhu badan yang meningkat adalah jangkitan pada telinga, batuk, hidung tersumbat yang berpotensi menyukarkan penyusuan.

Tetapi ibu, anda perlu meneruskan penyusuan seperti biasa walaupun ketika bayi demam dan batuk. 


Bagaimana penyusuan membantu bayi sembuh:


  • Penyusuan ibu dapat membantu mempercepatkan penyembuhan bayi kerana antibodi dalam susu ibu akan dipindahkan kepada bayi semasa menyusu. 
  • Bayi masih terus mendapat nutrisi dan air yang diperlukan badannya melalui susu ibu. 
  • Penyusuan ibu mengelakkan badan bayi kekurangan air atau dehydrated.
  • Ketika demam atau sakit, bayi mengalami tahap emosi yang lemah. Penyusuan dapat menyokong emosi dan psikologi bayi dengan memberikan bayi keselesaan dalam dakapan ibu.



Tips untuk menyusu ketika bayi demam dan batuk kepada ibu:

1. Susukan bayi dengan kerap supaya bayi sentiasa cukup air.

2. Banyakkan pengambilan air suam untuk membantu menstabilkan suhu badan bayi.

3. Amalkan pemakanan yang baik untuk merawat demam seperti sup ayam dan sebagainya.

4. Ambil segelas air suam yang dicampurkan dengan satu sudu kecil madu setiap pagi.

5. Amalkan Minyak Kelapa Dara sebagai immune booster / meningkatkan sistem imun badan.

6. Elakkan pemakanan yang berminyak dan pedas pada waktu ini.

7. Jika bayi kurang menyusu, kerapkan memerah dan mengosongkan payudara supaya penghasilan susu dapat dikekalkan.


Air panas dan air suam membantu pergerakan bendalir dalam badan ibu.




Tips kepada bayi yang demam dan batuk untuk membantu penyusuan:

1. Gunakan nasal aspirator untuk mengeluarkan hingus bayi.

2. Sapukan bahagian dada, belakang dan tapak kaki bayi dengan minyak bawang putih untuk mengurangkan kahak dan batuk.

Bakar bawang putih dan campurkan dengan minyak zaitun sebelum disapu pada bayi.


3. Jika bayi sudah mula makan makanan pelengkap, hidangkan bayi dengan sup ayam untuk meningkatkan sistem imun badan bayi.

4. Susukan bayi dalam posisi menegak (upright position) dengan kedudukan kepala dan dada lebih tinggi dari perut.



Menyusu posisi menegak dalam alat menggendong bayi


Inilah antara perkara yang saya sendiri amalkan untuk meneruskan penyusuan ketika bayi demam. Demam adalah salah satu tanda semulajadi yang badan bayi anda sedang melawan penyakit. Adalah sangat penting bagi anda meneruskan penyusuan seperti biasa.

Pastikan anda memantau suhu badan bayi setiap jam dan dapatkan pemeriksaan doktor jika bayi enggan menyusu dan jika suhu terlalu tinggi.





Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Seminar seterusnya di:

09 Mei - Seremban
10 Mei - Kelana Jaya
15 Mei - Kota Bharu
16 Mei - Kuala Terengganu
17 Mei - Kuantan

Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com

Zuain Ghani,





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Tuesday 21 April 2015

APAKAH TANDA-TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT SUSU YANG CUKUP?




INDIKATOR

BAYI CUKUP SUSU

BAYI MUNGKIN TIDAK CUKUP SUSU

1.  Air kencing bayi.

Sekurang-kurangnya 6 kali lampin basah dalam sehari. Air kencing jernih dan tidak pekat.


Bayi kurang kencing atau mempunyai air kencing yang pekat dan kuning.

2. Najis bayi.

Najis berwarna kuning cerah, sedikit berbiji dan lembut.


Najis sangat sedikit dan berwarna kehijauan.

3. Berat badan   bayi.

Kenaikan berat badan yang normal bagi bayi yang cukup susu adalah sekitar 400gm - 1kg setiap bulan.


Kenaikan berat badan yang sangat sedikit (kurang dari 400gm sebulan) dan tidak konsisten setiap bulan.


4. Kekerapan penyusuan.

Bayi akan menyusu sekerap 8-12 kali dalam masa 24 jam.


Bayi tidak kerap menyusu.

5. Pattern hisapan.

Pattern hisapan bayi secara perlahan dan mendalam semasa penyusuan menandakan bayi mendapat susu yang mencukupi.

Pattern hisapan yang ringan dan laju-laju sepanjang penyusuan menandakan bayi tidak mendapat kuantiti susu yang diperlukannya.


6. Bunyi menelan.

Melalui lekapan yang betul anda dapat dengar dan lihat bayi menelan susu.




* Bunyi bayi menelan susu tidak kedengaran.

7. Tona kulit bayi.

Bayi yang cukup susu mempunyai kulit yang sihat, pejal dan agak kemerahan dengan tona kulit yang cantik dan segar.


Kulit bayi kelihatan kering dan kusam.

8. Keadaan bayi.

Bayi yang mendapat susu yang cukup kelihatan gembira dan lebih tenang. Bayi yang kenyang akan tertidur selepas menyusu.


* Bayi sering kelihatan resah, menangis dan tidak tidur lena. 

9. Keadaan payudara ibu.

Payudara ibu lembut dan kosong selepas penyusuan.


Payudara ibu masih keras dan penuh dengan susu walaupun selepas penyusuan.



Beberapa maklumat yang ditandakan dengan * adalah subjektif dan memerlukan pemantauan yang rapi dari anda bagi menentukan kesahihannya.

Contohnya: * Bayi sering kelihatan resah, menangis dan tidak tidur lena. 
Kemungkinan:   1. Bayi kurang susu.
2. Mungkin juga bayi mahukan perhatian, mahu lampinnya ditukar dan mahu dipeluk ibu.

Maklumat di atas adalah sebagai garis panduan sahaja kepada anda untuk menentukan bayi mendapat susu yang mencukupi. Nasihat saya agar anda tidak terlalu risau memikirkan kuantiti susu yang dihasilkan, sama ada cukup atau tidak cukup untuk bayi anda. 

Kunci kepada penghasilan susu yang berterusan dan mencukupi adalah dengan penyusuan yang kerap dan konsisten. Risau dan stress pula boleh merencatkan pengeluaran susu. Jadi, kalau terlalu risau pun tidak bagus ya ibu. Sebagai ibu menyusu, pastikan pengambilan air yang mencukupi dan pemakanan yang sihat.







Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Seminar seterusnya di:

09 Mei - Seremban
10 Mei - Kelana Jaya
15 Mei - Kota Bharu
16 Mei - Kuala Terengganu
17 Mei - Kuantan

Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com

Zuain Ghani,





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.





Monday 13 April 2015

TAK SEMUA IBU MAMPU MENYUSUKAN ANAKNYA, BERSYUKURLAH!

Assalamualaikum dan hai ibu.
Firman Allah yang bermaksud:

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).


Setiap ciptaan Allah itu sangat unik dan tersendiri. Tubuh badan setiap ibu juga tidak sama. Buktinya, cap jari anda dengan orang sebelah pun tidak sama kan, kerana kita memiliki DNA yang berbeza. Seperti firman Allah dalam ayat di atas, ya, ada peratusan kecil ibu yang tidak dapat menghasilkan susu yang cukup untuk anaknya, walaupun dah mencuba bermacam cara, teknik dan pemakanan. 

Sesungguhnya Islam itu mudah, penyusuan penuh diperintahkan untuk ibu yang berkemampuan. Bagi peratusan kecil yang tidak mampu, Islam memberi solusi. Disebabkan ini jugalah adanya sunnah untuk menerima penyusuan dari ibu lain (ibu susuan), di samping meneruskan penyusuan bayi dengan susu sendiri. 

Berkongsi artikel dari web birthboothcamp, menurut kajian ada 3% ibu yang tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi daripada 97% dari ibu yang boleh menghasilkan cukup susu. 

"As breastfeeding supporters, we need to understand that the small percentage of women who cannot produce enough milk is real.  One of the least understood causes of low - or sometimes no - milk production is breast hypoplasia, also known as insufficient glandular tissue (IGT).
What is IGT?  If we liken the lactating breast to a factory, then we could say that, for women with IGT, the workers went on strike before the factory was completely built. This makes it difficult for the factory to bring production up to 100%.  She might produce 80% of the milk her baby needs or just 10%.  For some, production won't ever get off the ground.
What causes IGT?  There are many speculations about the root cause (pesticide exposure during childhood, hormonal imbalance, injury to developing breasts, etc.)  Over the years, there is one common thread I have seen with almost every mom with IGT that I have seen  - irregular menstrual cycles, especially during the teen years.  This makes sense if we know that glandular tissue (the tissue that makes milk) develops with each menstrual cycle and even more develops during pregnancy.  So what happens when a young woman only has 3-4 menstrual cycles per year?  She gets much less glandular tissue development and may struggle with milk production when she has children.  In some women, they report that their breasts were very different from the start - they may be very small or they may be large but look "empty",  or maybe one is large and one is small. They may droop excessively or the areolae may be exceptionally large compared to breast size. These are common markers for IGT but do not guarantee that there will be a problem."

IGT adalah salah satu punca ibu ini tidak dapat hasilkan susu yang cukup. Macam mana nak mengenalpasti anda mengalami masalah IGT:
1. Tidak mengalami perubahan payudara semasa akil baligh dan mengandung.
2. Tidak merasa bengkak payudara selepas bersalin.
3. Berat bayi tidak meningkat selepas lahir. (Tetapi ini bukanlah satu-satunya indikator yang anda mengalami IGT, berat bayi tidak meningkat mungkin boleh disebabkan oleh lekapan yang tidak betul dan sebagainya. Dapatkan pemerhatian dari pakar kanak-kanak anda dahulu).
4. Tiada bunyi bayi menelan susu semasa menyusu. (Boleh juga disebabkan oleh lekapan yang salah).
5. Mempunyai payudara yang hypoplastic: kecil / besar, mempunyai jarak yang luas antara payudara kiri dan kanan, saiz payudara yang tidak sama (sebelah besar dan sebelah kecil) dan payudara berbentuk tiub (tubular). Namun begitu, tidak semua ibu yang mempunyai bentuk payudara seperti ini mengalami masalah IGT.
6. Payudara besar tetapi tidak firm atau kosong.
7. Pembuangan air kecil dan besar bayi yang sangat sedikit. (Juga mungkin boleh disebabkan oleh lekapan bayi yang tidak betul, dapatkan pemeriksaan dari pakar kanak-kanak anda dahulu.)

Gambar: Payudara yang besar juga ada kemungkinan mempunyai masalah kekurangan tisu grandular (IGT) kerana kehadiran tisu grandular yang sedikit. Vice versa, payudara yang kecil tidak semestinya mempunyai masalah IGT.

Ada beberapa medium yang memberi sokongan dan maklumat berguna kepada ibu yang mengalami masalah kekurangan susu. Anda boleh jadikan maklumat ini sebagai panduan:


Breastfeeding is not all or nothing. Dan penyusuan ibu adalah lebih dari sekadar memberi susu. Jadi walaupun anda tidak dapat memberikan bayi anda dengan susu ibu sepenuhnya, dengan bantuan ubatan dan sokongan emosi penyusuan ibu masih boleh diteruskan kerana any breast milk amount matters.

Buat anda di luar sana yang berkemampuan untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu sendiri, bersyukurlah kerana dikurniakan kesempatan ini. Beri sokongan kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah kekurangan susu. Fahamilah kesukaran mereka, mereka mungkin berusaha lebih kuat dari yang kita tahu demi memberikan susu terbaik kepada bayi mereka. 

Bantu mereka dengan memberi sedikit kata-kata semangat dan bukannya ayat-ayat sindiran. Usah terlalu berbangga dengan banyaknya hasil susu yang diperolehi kepada mereka kecuali dengan niat untuk menyebarkan ilmu atau ingin membantu memberi susu itu kepada bayi mereka. Jika ada niat ini, mashaAllah, anda sungguh berhati mulia. Dengan itu, bermurah hati lah ibu, be sensitive and be generous!



Zuain Ghani,



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Tuesday 7 April 2015

MAKAN UBAT TAK BOLEH MENYUSU. BETUL KE NI?

Soalan ibu:

"Betul ke kalau buat rawatan rambut contoh macam perm, saya tak boleh menyusu?"

"Susu perahan saya kena buang tak kalau saya makan antibiotik?"

"Cikgu, boleh ke saya minum green tea? Effect kepada susu dan baby tak?





Assalamualaikum dan hai semua.

Saya mendapat banyak soalan seperti di atas. Anda pernah mengalami situasi seperti di atas? Masih menyusu dan sangat berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan. Anda confused?

Tahukah anda sebenarnya, anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa. Menurut Dr. Jack Newman, peratusan ubat yang boleh memasuki ke susu ibu adalah sangat rendah sekali. Badan manusia adalah ciptaan Allah yang sangat hebat. Ubatan yang diambil sebenarnya akan dilarutkan ke seluruh anggota badan kita. Sesetengah ubatan akan disimpan dalam lemak di dalam badan kita. Kesan ubat akan memasuki ke susu ibu hanya jika ubatan tersebut masuk ke aliran darah ibu sahaja. Tetapi kepekatan ubat itu adalah sangat-sangat rendah. Jadi, anda sebenarnya tidak perlu menghentikan penyusuan atau membuang susu yang diperah disebabkan pengambilan ubat-ubatan.

Di dalam bukunya, Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding, beliau telah memberikan beberapa prinsip pengambilan ubat-ubatan oleh ibu menyusu dari perspektif seorang pengamal perubatan (beliau adalah seorang doktor). Jadikan ia sebagai panduan sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubatan tertentu. Antaranya:

1. Elakkan pengambilan ubat-ubatan jika tidak betul-betul memerlukannya. Contohnya seperti radang payudara   (mastitis). Dalam kebanyakan kes, mastitis juga boleh dirawat tanpa pengambilan antibiotik walaupun ianya masih diperlukan dalam kes-kes yang teruk (severe).

2. Ambil ubatan yang juga boleh diambil oleh bayi.

3. Gunakan ubatan yang lebih rendah toksik.

4. Ambil ubatan yang telah diyakini selamat kepada ibu menyusu.

5. Ambil ubat yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ini kerana, ubatan yang jangka hayatnya singkat akan tidak akan tersimpan lama dalam susu ibu dan cepat dikeluarkan dari badan bayi.

6. Cari ubatan alternatif sebagai gantian kepada ubatan yang tidak sesuai untuk ibu menyusu. Dapatkan maklumat dari doktor yang merawat anda.

*Semasa rawatan, beritahu doktor yang anda masih menyusukan anak anda, dan mohon kerjasama doktor untuk memberikan ubatan yang selamat buat ibu menyusu.

Risiko pengambilan ubatan yang tidak sesuai kepada penyusuan:

1. Ibu mula melihat susu formula sebagai pilihan.

2. Penyusuan mungkin terganggu dalam masa 1 minggu, sepanjang pengambilan ubat.

3. Bayi berpotensi mogok susu kerana terbiasa dengan aliran susu yang laju dari botol susu.

4. Penyusuan tidak dapat diteruskan dengan baik.


Jadi ibu tenangkan hati. Usah terlalu risau tentang ini. Meneruskan penyusuan walaupun ketika dalam proses penyembuhan (on medication) semestinya lebih baik berbanding menghentikan penyusuan dan menggantikan dengan susu formula.Teruskan menyusu seperti biasa ya.

Jika merasa ragu-ragu dengan pengambilan ubat-ubatan, marilah kita amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang bersih dan berkhasiat. Amalan pemakanan sunnah (seperti kurma, madu, buah delima, dan cuka epal) yang dianjurkan Rasulullah SAW juga sangat bagus dalam membantu meningkatkan ketahanan badan dan kesihatan diri. 












Salam Cinta Susu Ibu,
www.cikgususu.com








Rujukan:

1. Breastfeeding While on Medication; Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding.




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


.