Salam semua.
Mesti ramai yang dah mula bekerja kan. Ada yang masih bercuti? Wah sakan rayanya ya..
Time raya je macam-macam makanan ada. Apatah lagi bila pulang ke kampung, masing-masing berlumba-lumba nak masak juadah paling sedap buat hidangan kaum keluarga. Cikgu juga tak ketinggalan. Walaupun idok ler terer masak, workspace baru memang kat dapur je la 24 jam.. hehehe
Ada yang perasan susu makin drop time raya? Atau ada yang mula notice susu makin bertambah di musim raya ni? Haaa... hari ini cikgu nak kongsikan menu raya yang biasa kita makan yang boleh menyebabkan susu berkurang dan menu raya yang boleh membuatkan susu bertambah.
Disclaimer: Perkongsian ini berdasarkan experience cikgu dan kawan-kawan yang cikgu kenali. Mungkin ada dari anda yang tak setuju sebab tak mengalami susu merudum atau bertambah bila ambil makanan ini. Kita semua tidak sama. Kan Allah ciptakan kita semua dengan begitu special (~ cap jari masing-masing pun lain ye dak..)
MENU KURANGKAN SUSU:
1. Rendang
Menu wajib di pagi raya, atau sepanjang bulan Syawal ini adalah rendang. Tak kisah lah rendang tok ayam, rendang nenek daging ke. Proses memasak rendang ini menggunakan banyak minyak dan rempah ratus.
Apabila kita makan dengan kuantiti yang banyak, badan mula kesan rendang ini sebagai makanan yang susah dicernakan (sebab berminyak dan berempah). Maka ia ambil masa yang lama untuk diproses dalam badan. Thus, ia akan menyerap banyak air dalam badan anda.
Jadi, bila kurang air dalam badan maka kuranglah susu.
2. Sate dan Kuah Kacang
Ya, ini kegemaran cikgu. Setiap tahun di kampung siap bakar dan berkipas sendiri adik beradik kami nak makan sate ni. Kuah kacang legend adalah masakan bonda tercinta kami. Haih, ini pun bertimpa-timpa minyak yang diguna.
Kuah kacang pula memberi effect yang berbeza kepada setiap ibu. Kebanyakan ibu yang tidak mengawal pengambilannya, mendapat kembung perut atau angin. Kembung ni pun boleh berlaku pada bayi anda.
3. Lemang
Lemang sangat sinonim dengan raya. Mana boleh raya kalau tak ada lemang, tak gitu? Lemang ini dihasilkan dari pulut dan santan. Ramai sangat yang sukakan lemang ni, apa lagi bila dipadankan dengan rendang yang enak. Tapi ramai yang tak tahu, bagi sesetengah (tak semua) ibu, lemang boleh menyebabkan kembung perut. Kadang-kadang boleh berjangkit ke kepala. Ibu jadi pening kepala dan boleh memberi kesan kepada mood dan emosi ibu. Jadi penyusuan tidak berjalan lancar. Kerana bila mood ibu tidak tenang, tak happy.. hormon oksitosin untuk kelancaran susu akan terganggu.
MENU TAMBAH SUSU:
1. Lontong
Cik Lontong juadah dari Johor ni sangat bagus untuk ibu menyusu. Kuahnya masak lemak dengan sayuran dan juga tempe. Makan pula dengan nasi impit, pasti perut ibu kenyang. Tahukah anda, tempe adalah satu satu makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Haa.. tu dia lepas ni, ramai-ramai duk makan tempe dan lontong.
Kalau ibu nak makan lontong, kurangkan pengambilan bersama sambal bilisnya ya, bukan apa cikgu nak ingatkan makanan terlalu pedas juga menyerap banyak air dari badan ibu. Makan sikit-sikit tiada mendatangkan mudarat.
2. Soto
Soto ayam ini kegemaran kebanyakan ibu menyusu. Sebab memenuhi kriteria makanan yang sesuai dimakan ibu: ada karbohidrat (nasi), protein (ayam), sayur-sayuran dan air (sup). Wah complete!
Tahukah ibu pengambilan makanan bersup dapat menambahkan penghasilan susu. Bagus bukan.
Oopps.. cuma kurangkan pengambilan sambal hitam itu ya, some cooks that with cili padi. Effect pedas yang ketara tu mommies.
3. Laksa
Ramai yang tidak tahu laksa adalah antara makanan yang boleh membantu menyumbang nutrisi kepada ibu menyusu. Menurut pakar homopati, kuahnya yang diperbuat dari isi dan tulang ikan (bone broth) adalah sangat baik untuk menyalurkan prebiotik kepada badan kita.
Makanan di atas adalah contoh beberapa menu yang biasa dihidangkan semasa beraya. Jadi tak semestinya ibu perlu berpantang habis-habisan ketika beraya di rumah sanak-saudara dan rakan-rakan. Tetapi, tidak pula bermaksud boleh makan je semua ya.
Kuncinya: Makan secara berhemah, dalam kuantiti yang sederhana dan banyakkan air suam.
Sebagai ibu yang menyusukan anak, anda harus tahu menilai mana makanan yang sesuai dan tidak sesuai untuk anda. Utamakan makanan bernutrisi kepada badan dan untuk bayi anda. InshaAllah, susu cukup untuk si kecil anda.
Berakhir sudah pesanan cikgu untuk hari ini. Kita jumpa dalam next post ya!
No comments:
Post a Comment