Bismillahirrahmanirrahim
Soalan ibu: "Puan, boleh saya tanya apakah tips menyusu semasa baby batuk dan demam?"
Cikgu Susu:
Rasa sangat susah hati kalau bayi demam dan batuk. Bayi jadi tak tenang dan tidak lena tidur. Baring tak kena, mengiring tak jalan, bayi terus merengek dan menangis kerana tak selesa.
Ada juga bayi yang hanya baring tidak bermaya semasa demam, macam anak saya. Kalau macam ini lagi Ummi susah hati. Mana tidaknya, anak yang biasanya cheeky dan aktif dengan keletah manjanya hanya berbaring keletihan. Bayi juga akan kurang makan dan dalam kebanyakan menolak untuk menyusu kerana tidak selesa. Sebagai seorang ibu kepada 2 anak, saya juga turut mengalami situasi ini.
Seorang ibu akan belajar banyak perkara baru sepanjang pertumbuhan anak-anak. Semua ini pengalaman yang sangat berharga bagi seorang ibu. Antara keadaan yang biasa dialami bayi ketika demam selain suhu badan yang meningkat adalah jangkitan pada telinga, batuk, hidung tersumbat yang berpotensi menyukarkan penyusuan.
Tetapi ibu, anda perlu meneruskan penyusuan seperti biasa walaupun ketika bayi demam dan batuk.
Bagaimana penyusuan membantu bayi sembuh:
- Penyusuan ibu dapat membantu mempercepatkan penyembuhan bayi kerana antibodi dalam susu ibu akan dipindahkan kepada bayi semasa menyusu.
- Bayi masih terus mendapat nutrisi dan air yang diperlukan badannya melalui susu ibu.
- Penyusuan ibu mengelakkan badan bayi kekurangan air atau dehydrated.
- Ketika demam atau sakit, bayi mengalami tahap emosi yang lemah. Penyusuan dapat menyokong emosi dan psikologi bayi dengan memberikan bayi keselesaan dalam dakapan ibu.
Tips untuk menyusu ketika bayi demam dan batuk kepada ibu:
1. Susukan bayi dengan kerap supaya bayi sentiasa cukup air.
2. Banyakkan pengambilan air suam untuk membantu menstabilkan suhu badan bayi.
3. Amalkan pemakanan yang baik untuk merawat demam seperti sup ayam dan sebagainya.
4. Ambil segelas air suam yang dicampurkan dengan satu sudu kecil madu setiap pagi.
5. Amalkan Minyak Kelapa Dara sebagai immune booster / meningkatkan sistem imun badan.
6. Elakkan pemakanan yang berminyak dan pedas pada waktu ini.
7. Jika bayi kurang menyusu, kerapkan memerah dan mengosongkan payudara supaya penghasilan susu dapat dikekalkan.
Air panas dan air suam membantu pergerakan bendalir dalam badan ibu.
Tips kepada bayi yang demam dan batuk untuk membantu penyusuan:
1. Gunakan nasal aspirator untuk mengeluarkan hingus bayi.
Bakar bawang putih dan campurkan dengan minyak zaitun sebelum disapu pada bayi.
4. Susukan bayi dalam posisi menegak (upright position) dengan kedudukan kepala dan dada lebih tinggi dari perut.
Menyusu posisi menegak dalam alat menggendong bayi
Inilah antara perkara yang saya sendiri amalkan untuk meneruskan penyusuan ketika bayi demam. Demam adalah salah satu tanda semulajadi yang badan bayi anda sedang melawan penyakit. Adalah sangat penting bagi anda meneruskan penyusuan seperti biasa.
Pastikan anda memantau suhu badan bayi setiap jam dan dapatkan pemeriksaan doktor jika bayi enggan menyusu dan jika suhu terlalu tinggi.
Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Seminar seterusnya di:
09 Mei - Seremban
10 Mei - Kelana Jaya
15 Mei - Kota Bharu
16 Mei - Kuala Terengganu
17 Mei - Kuantan
Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com
Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
No comments:
Post a Comment