Majoriti masalah penyusuan bermula dari posisi dan lekapan semasa menyusu yang tidak betul. Alhamdulillah, kebanyakan ibu yang menghubungi cikgu dengan kes seperti ini boleh menyusukan dengan baik selepas sesi personal consultation bersama cikgu dan latihan sendiri bersama bayi.
Tapi, bagaimana pula dengan ibu yang masih mengalami sakit dan luka yang teruk dan berpanjangan pada bahagian puting susu?
Satu faktor yang jarang sekali ibu tahu adalah mengenai anatomi atau keadaan lidah dan bibir bayi. Sebahagian kecil dari bayi, yang masih tidak dapat menyusu dengan baik mempunyai keadaan lidah yang dipanggil TONGUE TIE.
Tongue tie adalah keadaan dimana ada satu lapisan kecil yang mengikat bawah lidah dengan dasar mulut bayi. Lapisan kecil ini dipanggil lingual frenulum. Sekali pandang, bayi kelihatan normal sahaja, tetapi apabila bayi membuka mulut atau menangis, lidahnya berbentuk hati (heart shape) seperti di dalam gambar di bawah.
Lidah terikat pada dasar mulut.
Lidah bayi tidak dapat merangkum bahagian areola sepenuhnya.
Apa akan terjadi jika bayi masih tidak melekap dengan betul dan masalah ini tidak ditangani?
Kesan berantai akibat dari masalah tongue tie:
1. Puting susu ibu sakit dan luka setiap kali menyusu.
2. Bayi tidak mendapat susu yang mencukupi kerana hisapan yang tidak efektif.
3. Susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
4. Ibu mengalami bengkak susu atau jangkitan kepada payudara.
5. Kemeruduman susu.
USAH BERSEDIH, SETIAP CABARAN PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA
"baby tak dapat menyusu sebab lidah pendek.."
"anak saya memang tak pandai menyusulah.."
"saya memang ditakdirkan tak boleh menyusukan anak.." dan sebagainya
Tambahan pula dengan keadaan puting yang sakit dan luka itu.
Sifu cikgu dulu ada menyarankan beberapa posisi menyusu untuk mengurangkan kesakitan semasa menyusu bagi bayi yang mempunyai tongue tie. Ibu boleh cuba posisi di bawah untuk membantu bayi membuka mulut dengan lebih luas dan mencuba mendapat lekapan yang baik.
Over your shoulder position: bayi menyusu dari atas bahu ibu
Upright/sitting up position: Bayi duduk di riba ibu. (pastikan ibu menyokong bahagian badan dan leher bayi)
FRENECTOMY
Tahukah ibu, sebenarnya bayi yang mengalami tongue tie boleh melalui satu pembedahan minor yang sangat simple (yang dipanggil Frenectomy). Frenectomy adalah prosedur untuk menggunting lapisan kecil lingual frenulum tadi.
Selepas bahagian itu dipotong, lidah bayi sudah tidak terikat lagi dengan dasar mulut bayi. Maka, pergerakan lidah bayi tidak lagi terhad. Dengan latihan lekapan yang betul, bayi pasti akan dapat menyusu dengan baik dan masalah sakit dan luka puting dapat dicegah.
Jadi ibu, teruskan bersemangat untuk menyusukan anak kita. Sebelum membuat anggapan-anggapan sendu dapatkan dahulu bantuan dari kaunselor laktasi berdekatan untuk melihat cara lekapan dan posisi bayi dahulu. Atau jika sudah periksa keadaan lidah bayi boleh terus mendapatkan rawatan untuk melakukan frenectomy.
Sifu cikgu (Sisters di Unit Laktasi PPUM) mengesyorkan bayi tongue tie untuk mendapatkan rawatan dari Dr. Koe, seorang Pakar Kanak-kanak dan seorang Pakar Laktasi yang sangat berpengalaman.
Berikut adalah sedikit informasi untuk ibu:
Koe Child Clinic
Address: 73, Jalan Mega Mendung, Kompleks Bandar, 5th Mile Jalan Klang Lama, KL
Contact no.: 03-7983 0539
Weekend operating hours: Saturday 9am – 12.30pmContact no.: 03-7983 0539
Susu ibu hak anak kita. Kuatkan semangat, cekalkan hati ya ibu.
Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com
cikgususu.com
Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Nak Konsultansi Penyusuan secara personal? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com untuk temujanji.
No comments:
Post a Comment