Friday 4 September 2015

BACK TO BASIC

Stress. Tertekan. Susu merudum. Pam keluar angin. 

Dialami oleh ramai ibu menyusu. Ada yang kecundang pada susu formula. Namun, masih ada yang berusaha hingga ke titisan akhir.

1 titis susu ibu mengandungi lebih kurang 1 juta sel darah putih yang dikenali sebagai macrophage (big eaters), kerjanya memakan (memerangkap) kuman dalam badan bayi kita. Bayangkan perlindungan yang dapat diberikan oleh susu ibu kepada bayi dalam kuantiti yang lebih banyak. 

Hencebreastfeeding is not all or nothing. Any amount yang diberikan kepada bayi anda membawa fungsi tertentu untuk melindungi anak anda.

Usah cepat menyerah kalah. Kenali punca mengapa berlaku sedemikian. Banyak ibu yang datang berjumpa dengan saya sebenarnya belum gagal dalam penyusuan, tetapi buntu dan hilang arah. 

Nasihat saya: BACK TO BASIC.



Habluminallah, Habluminannas

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلاّ بِاللهِ الْعَليِّ الْعَظيمِ

"Tiada kekuatan atau daya melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Periksa semula hubungan anda dengan Allah. Ada tinggal solat minggu ni? Berapa kalikah anda solat di awal waktu? Atau masih istiqamah dengan 'jamak tak yah'?

Kelihatannya remeh, tetapi solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak. Bagaimana kita menjaga solat kita, begitulah Allah menilai komitmen kita dengan setiap ibadah yang kita lakukan setiap hari. Ya, menyusukan anak adalah ibadah, jika diniatkan kerana Allah. Dimanakah letaknya keberkatan pada rezeki yang diberi kepada anak, jika kita tidak menjaga hubungan dengan Allah yang memberikan kita rezeki itu?

Rasa bertuahkah kita dapat hidup lagi hari ini? "Susu merudum, letih kalau hari-hari macam ni," ucap kita.

Tetapi kita masih lupa nak bersyukur dengan hela nafas yang Allah beri setiap kali kita merungut itu. 

Minggu ni susu drop, seminggu jugalah masam muka dengan suami. Suami berkecil hati, simpan dalam hati, pendam seorang diri. Redha Allah kepada seorang wanita adalah redha suaminya. Jiran sebelah buat-buat tak nampak. Dengan anak-anak yang lain asyik marah-marah je.

Kata agamawan, jika tersimpan sedikit rasa marah atau tidak puas hati pada orang lain, ia boleh menjadi sangkak atau penghalang rezeki kita. Jadi, perbaiki silaturahim kita bukan sahaja dengan suami tetapi juga dengan mereka disekeliling kita.


Seorang ibu menyusu mempunyai jadual hidup yang istimewa berbanding orang lain. Rutin harian yang konsisten penting untuk memastikan anda dapat hasilkan kuantiti susu yang mencukupi setiap hari. 

Saya menekankan anda perkara asas seperti lekapan bayi semasa menyusu, konsep demand vs supply iaitu kekerapan mengosongkan payudara, pemilihan dan penggunaan pam yang sesuai, pemakanan sihat dan minum air yang mencukupi. Kesemuanya perkara basic tetapi masih ada ibu yang tidak mengambil berat akan hal ini. Mulai hari ini, periksa semula asas-asas ini. Jika masih belum tahu, boleh baca di sini.

Kisah benar: Seorang ibu menghubungi saya untuk tips tambah susu. Seperti biasa saya akan bertanya tentang jadual makan dan jadual memerah ibu sewaktu bekerja. Kata ibu, hanya sempat pam 2 kali sahaja dalam 1 hari. Di sini dapat dikenalpasti, ibu tidak mematuhi konsep demand vs supply dalam rutin ibu menyusu kerana payudara tidak dikosongkan dengan kerap.

Payudara ibu umpama tangki air. Lebih kerap dikosongkan, lebih kerap susu yang baru diisi ke dalam tangki itu. 

Tawakal

Tawakal tanpa usaha tidak akan mendatangkan hasil. Konsep sebenar tawakal bukanlah umpama menunggu bulan jatuh ke riba seperti menunggu datangnya ibu susuan kepada anak anda apabila susu tiba-tiba merudum. 

Saya pernah dihubungi ibu yang mahu mencari ibu susuan untuk anaknya. Setelah beberapa soal-jawab, ibu ini sebenarnya masih berpeluang untuk meningkatkan semula produksi susu melalui teknik tandem pumping dan menambah hanya 1-2 sesi perahan di rumah. Akhirnya, ibu masih boleh memberikan susu sendiri kepada bayinya tanpa memerlukan susu ibu susuan.

Tawakal sebetulnya menuntut usaha yang gigih dari kita sebelum berserah sepenuhnya kepada Pencipta. Cuba sehabis baik, selagi diberi peluang bernafas selagi itu anda masih mampu untuk berusaha. 

Husnuzon (bersangka baik)

Jika semua cara sudah dilakukan tetapi masih belum mendapat hasil seperti jangkaan,  elakkan stress kerana ia tidak membantu, malah menyebabkan pengeluaran susu makin menurun. Husnuzon dan bersangka baik pada Allah. Itu adalah ujian untuk memberi pengajaran kepada kita. Saya teringat satu bait lagu dari salah satu nasyid kegemaran suami:

"Ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya.
Kesenangan yang datang selepas kesusahan, Semuanya adalah nikmat dari Tuhan."

لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melebihi kemampuannya. (Al-Baqarah: Ayat 286).


Penyusuan adalah satu perjuangan. Kadangkala anda jatuh dan hampir kalah, tetapi anda bangun semula untuk meneruskan perjalanan itu kerana anda tahu anda mampu merasai kemenangannya. 

Saya doakan penyusuan kita semua dipermudahkan Allah. Salam Jumaat penuh barakah.


Kalau masih juga confuse dan rasa hilang arah? Mari saya bantu secara terus dalam Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com




Cikgu Susu Anda







Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

1 comment:

  1. Terima kasih Cikgu Susu.
    Setakat ni, susu saya merudum bila pregnant lagi dan alami alahan yang teruk. Ada semua faktor yang memang dropkan susu saya - xboleh makan langsung, minum segelas dua ja sehari, sangat stress, badan lembik, tak pam/kurang sangat direct feeding sebab badan lemah sangat.

    ReplyDelete