Ibu dah habis ganti puasa?
Meh kita kongsi tips-tips penyusuan berjaya Ramadhan ini
1 [MIND SET]
Apa yang kita fikir
Apa yang kita cakap
Apa yang kita rasa dan
Apa yang kita buat
Adalah hantaran doa kepada Allah
Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.
Tips pada bulan puasa - sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.
2 [KEKERAPAN MENGEPAM]
Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu.
3 [JADUAL MENGEPAM]
Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast.
Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):
Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.
Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.
Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.
Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)
*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: Kurang demand, kuranglah supply ya!
4 [POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI]
Buat powerpumping sekali seminggu untuk create demand kepada breast ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak). Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu.
# Habis powerpumping, boleh tunaikan Tahajjud atau Qiam pula kan*
5 [PENGAMBILAN AIR]
Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya!
# Keperluan air untuk ibu menyusu adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Untuk elakkan dehydration, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam. Dan milo/horlicks panas selepas sesi menyusu/mengepam waktu malam ya (untuk cover energy loss tadi).
6 [JUADAH BERBUKA / PEMAKANAN]
Bulan Ramadhan
Banyak Bazar
Makanan sedap sedap enak enak
Wah rambang mata
Hati-hati dalam memilih juadah berbuka ya ibu. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim.
Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu.
Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.
7 [KURMA]
Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.
Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah.
#Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan..SubhanAllah
8 [BERTAWAKAL KEPADA ALLAH]
Setelah kita berusaha, berserah dan bertawakal lah kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak ibu.
#Notakaki: Tips ini boleh diamalkan selain dari bulan puasa juga ya. Jom mula sekarang!
Semoga bermanfaat ibu.
Salam cinta susu ibu,
Ummi, PumpOnTheGo
Info y sgt bermanfaat.Jemput ke blog sy jg utk atasi susu y berkurang..Tq
ReplyDeletehttp://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html?m=1
Bulan puasa memang ibu menyusu selalu risau takut2 susu tak cukup, tapi insyaAllah dengan tips ni ramai ibu menyusu yang boleh praktikkan..create demand yang lebih dari biasa sebulan sebelum ramadhan memang menarik..semoga saya dimurahkan rezeki untuk menyusukan bayi lagi selepas ini..
ReplyDeleteanak2 semua dah tak menyusu badan..rindu pulak
tq mommies..sgt2 bguna..sy sllu positif susu ade even smtmes kalo pam kua skit..
ReplyDeletesbr n lastly mst mrsa jgk susu meriah klua..;)
Info yg sangat2 berguna..terima kasih.. ;-)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang hebat dan penuh info..tq
ReplyDeletemohon izin share di blog sy ye puan...
ReplyDelete