Aariz, jom makan.
Abang tak nak makan lah, abang nak susu.
Lepas 2 jam, Ummi, abang nak susu lagi.
Beginilah situasi yang dialami anak sulung saya, Aariz. Penyusuannya terhenti saat saya mengandungkan anak kedua. Waktu itu usia Aariz baru sahaja 11 bulan. Bermula itu, Aariz diberi dengan susu formula sebagai ganti. Aariz ada selera makan yang baik pada permulaannya, tetapi sejak diberi susu formula, perlahan-lahan dia menolak makanan yang biasa diambilnya dan seolah-olah bermusuh dengan makanan pula.
Hai, susah hati betul saya. Mana tidaknya, badan yang tembam chubby dah mula susut dan kurus. Macam mana nak buat ni.
Keadaan ini amat berbeza dengan Aydin yang menyusu susu ibu sepenuhnya. Aydin mula menerima solid food secara berjadual bermula usia 9 bulan, sebelum tu teaser teaser je (sikit-sikit je). Sebelum mencapai usia 1 tahun pun, kuantiti makanan yang saya berikan tidaklah banyak, Aydin masih bergantung sepenuhnya kepada susu ibu.
Selepas usia 1 tahun, Aydin mudah menerima apa sahaja makanan yang saya masakkan kepadanya. Sehinggalah sekarang. Abangnya pula seolah-olah tidak termotivasi melihat betapa seronoknya adiknya menikmati makanan, kerana masih bergantung kepada susu formula. Kalau makan pun Ya Rabbi sangat memilih, hanya makanan tertentu sahaja yang dia mahu, kebanyakan makanan yang dia suka, jenis sudah diproses atau fast food dan juga jajan. Agak sukar untuk meminta dia makan dengan rela hati.
Satu hari saya berbincang dengan suami, dan mengambil keputusan untuk memberhentikan pemberian susu formula kepada Aariz. Plan kami untuk transform Aariz menjadi penggemar makanan. Seperti ibu bapa lain, kami juga mahu dia menikmati makanan sebenar dan membesar dengan lebih sihat.
Setelah hampir setahun setengah kami berusaha, Alhamdulillah kini Aariz tidak lagi memilih makanan dan dapat terima hampir semua makanan yang kami makan, macam Aydin. Fuh legaaaa...
Selasa lepas saya berpeluang berkongsi pengalaman menangani anak susah makan dan kaitannya dengan penyusuan ibu di TV AlHijrah. Buat rakan mommies yang tak berkesempatan menonton slot ini, saya kongsikan beberapa perkara yang telah kami bincangkan.
Antara faktor yang mendorong anak jadi 'picky eater' atau memilih makanan adalah:
1. Memperkenalkan solid food terlalu awal kepada anak, sebelum anak berumur 6 bulan (kecuali di atas sebab kesihatan atau nasihat dari pakar).
Some babies akan menjadi jemu kepada rasa makanan jika kita intro makanan kepada mereka sebelum masanya. Ingat mommies, 6 bulan pertama adalah waktu penting kepada bayi untuk mendapat susu ibu secara eksklusif ya.
2. Terlalu bergantung kepada susu formula / makanan tidak sihat.
Antara makanan tidak sihat adalah makanan segera atau kita sebut fast food. Biasanya makanan jenis ini mempunyai kandungan gula dan MSG yang tinggi dan memberi kesan addictive kepada anak-anak menyebabkan mereka ketagih kepada makanan jenis ini dan menolak makanan sebenar kerana perbezaan rasa itu.
Pergantungan kepada susu formula sahaja juga menyebabkan anak-anak menolak untuk makan. Susu formula sifatnya lambat dihadam, jadi anak-anak menjadi kenyang dan tidak lagi mahu makan. Walaupun ada nutrisi tertentu yang dibekalkan dari susu formula, ia seharusnya tidak menjadi pengganti makanan kerana sudah pasti ia tidak sama dengan makanan sebenar yang memberi jauh lebih banyak nutrisi dan manfaat kepada pertumbuhan anak kita.
Berikut adalah tips yang anda boleh amalkan untuk menyediakan anak anda menjadi penerima makanan yang baik:
1. Ibu amalkan makanan sihat sejak dari hamil lagi.
Deria rasa bayi dah mula developed sejak kandungan berusia 13-15 minggu lagi. Kajian menyatakan ketika ini, bayi mula dapat merasa rasa makanan yang dimakan ibunya melalui air ketuban. Hal ini melatih bayi untuk bersedia menerima susu ibu dan mempengaruhi corak pemakanan bayi apabila dia mula makan nanti.
2. Menyusukan bayi anda dari lahir sehingga 2 tahun.
Rasa makanan sebenar iaitu makanan yang anda makan akan dipindahkan melalui susu ibu. Jadi kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya dalam tempoh masa yang lama dan mengamalkan pemakanan yang sihat membantu anak menerima makanan dengan lebih baik. Jika dilihat bayi yang fully breastfeeding jarang sekali memilih makanan.
Tips galakkan anak suka makan:
1. Rutin.
Jadikan rutin makan bersama sebagai perkara wajib setiap hari. Semua ahli keluarga berada di meja makan dan makan bersama-sama. No ipad, no TV atau handphone.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan Nabi SAW sentiasa makan bersama anak-anak. Pada waktu ini baginda memerhati dan mencermati tingkah laku anak-anak. Baginda ambil peluang untuk mengajar dan tarbiyah anak-anak pada waktu ini.
This is family time. Juga waktu yang paling sesuai untuk menasihati dan menegur anak-anak.
2. Easy access.
Sifat anak-anak mula berubah seiring usia mereka meningkat kanak-kanak. Mereka mahu jadi independent dan mahu tentukan sendiri apa yang ingin dimakan.
Simpankan makanan di tempat yang senang dia dapatkan. Contohnya letakkan makanan di rak yang paling bawah untuk mudah dia ambil. Atau simpankan buah-buahan atau air yang berkhasiat di rak bawah di peti sejuk untuk memudahkan dia.
3. Simpan makanan yang kita mahu anak kita makan sahaja.
Jika anda mahu elakkan anak makan junk food, simpankan makanan yang sihat sahaja pada rak-rak itu. Don't give them choice to choose unhealthy food.
Contoh situasi: Anak minta Twisties, tapi kita tak ada Twisties (because its junk food). Jadi beritahu dia, "Sorry abang, Twisties tak ada, tapi kita ada watermelon, lagi sedap, jom kita makan watermelon."
4. Experiment.
Kanak-kanak gemar bereksperimen. Pada usia ini sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Mereka respon kepada rasa, warna dan struktur makanan yang berbeza. Variasikan pemberian makanan kepada mereka. Terutamanya dengan bentuk dan jenis makanan yang dimasak. Elakkan memberi makanan yang sama setiap hari kepada mereka, sudah pasti mereka cepat bosan.
Jangan marah jika anak menyepahkan makanan, ini adalah cara mereka belajar menyukai makanan itu. Kita ibu-ibu ni, mesti ada kesabaran yang tinggi ya! I know you can do it!
Sebagai permulaan proses nak transform anak anda dari susah makan kepada suka makan, perkenalkan makanan yang senang diterima anak dulu. Makanan yang sesuai buat fasa ini ialah:
1. Buahan segar.
Jika anak sudah terbiasa dengan susu formula atau makanan segera sebelum ini, banyakkan pemberian buah-buahan segar kepadanya.
Kanak-kanak sememangnya sukakan rasa yang manis, sebab itulah mereka suka sekali dengan rasa susu formula dan makanan segera. Berikan buah-buahan yang manis kepada mereka. Antara tembikai, pisang, kurma, kismis, epal merah, oren dan anggur hitam. Izinkan mereka bereksperimen dengan rasa buah ini.
2. Senang makan - energy rich foods.
Kanak-kanak yang susah makan biasanya agak sukar menerima nasi. Jadi mulakan dengan pemberian makanan yang senang dimakan contohnya:
Pasta / spageti
Mi / bihun (dalam bentuk sup lebih mudah diterima)
Oats / nestum (bukan 3in1)
Ubi kentang / keledek
Keju / telur
Ikan / ayam
Roti (dalam bentuk sandwich / homemade burger)
Gantikan makanan yang lain sekiranya mereka sudah mula menerima makanan dengan lebih baik. Libatkan mereka dalam penyediaan makanan, mereka akan lebih seronok.
3. Susu segar.
Gantikan susu formula dengan susu segar atau homemade milkshake. Pilihan saya adalah susu kambing segar perisa asli dan berperisa lain seperti perisa kurma, strawberi dan mangga. Ini menggalakkan mereka lebih terbuka dalam menerima rasa makanan yang berbeza dan dapat menerima nutrisi yang lebih baik.
Tips ini saya dapati dari pengalaman sendiri dan juga perkongsian rakan-rakan yang pernah melalui situasi yang sama. Sebenarnya ibu bapa yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan corak pemakanan anak-anak. Kita sendiri perlu mula mengamalkan pemakanan yang sihat. Sebab anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat, they see and they do. Jadi contoh teladan itu datang dari kita sendiri.
Parenting is a journey, breastfeeding is one part of it. There will be challenges and great obstacles along the way but that what makes our life wonderful.
Kipidap mommies, dongibap!
Jumpa saya dalam Seminar Mudahnya Menyusu, siri akhir 2015:
8 Nov : POTG Kelana Jaya
13 Nov : Kuching, Abell Hotel
14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
Cikgu Susu Anda
Rujukan:
1. Prophetic Parenting, DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid
1. Prophetic Parenting, DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid
Untuk senarai Breast pump berkualiti klik link ini: www.pumponthego.com
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya