Thursday, 1 October 2015

SUSU TERLALU BANYAK (OVERSUPPLY)

Oversupply. Atau dalam bahasa kita susu terlalu banyak.
 
Dapat menghasilkan susu yang banyak dan meriah sebenarnya sangat bagus dan menjadi idaman kebanyakan ibu menyusu. Tetapi, apa yang kita tidak tahu, apabila penghasilan susu ibu terlalu banyak ia berpotensi menyebabkan penyusuan tidak lancar dan tidak selesa kepada ibu dan bayi jika ibu tidak dapat mengendalikannya dengan betul.
 
Antara simptom yang dialami oleh ibu dan bayi yang mengalami keadaan oversupply:
 
1. Bayi kerap menangis dan kelihatan restless.
 
2. Bayi kerap tersedak, terbatuk dan tercungap-cungap semasa menyusu, kadangkala kelihatan marah semasa menyusu.
 
3. Bayi berhenti menyusu dan menggigit atau kemam puting ibu.
 
4. Bayi melepaskan lekapan semasa menyusu dan kelihatan susu memancut laju dari puting ibu.
 
5. Ibu mengalami luka pada puting.
 
6. Bayi kerap berhenti dan menyusu semula dalam 1 sesi penyusuan, (on and off feeding).
 
7. Bayi menyusu dalam tempoh yang singkat pada kedua belah breast, i.e. kerap tukar side, sekejap kiri sekejap kanan.
 
8. Najis bayi hijau, sangat cair dan berbuih-buih.
 
9. Breast ibu rasa penuh/full dalam kebanyakan masa.
 
10. Ibu mengalami bengkak susu / mastitis yang berulang-ulang.
 
Ibu yang oversupply menghasilkan susu yang lebih banyak daripada keperluan bayinya. Situasi oversupply boleh menyebabkan aliran susu menjadi terlalu laju (forceful letdown /  forceful milk ejection). Keadaan inilah yang menyebabkan bayi kerap tersedak atau tercungap-cungap semasa menyusu dan juga simptom-simptom yang telah disebutkan di atas.
 
Ibu yang oversupply biasa mengalami aliran susu yang terlalu laju.
 
 
Ada ibu yang bertanyakan saya, bagaimana untuk mengurangkan penghasilan susu kerana susu sudah terlalu banyak untuk anak dan anak-anak susuan. 
 
Ada juga yang kerap ke hospital mendapatkan rawatan untuk mastitis (radang payudara) yang sentiasa berulang-ulang.
 
Ada pula yang stress setiap kali menyusu, kerana anak asyik tersedak dan kerap menukar side ketika menyusu.
 
Semua ini memberi pengalaman yang tidak gembira atau boleh jadi memeritkan kepada ibu.
 
Bagi ibu yang mengalami masalah di atas, monitor dahulu penghasilan susu anda. Tidak semua ibu benar-benar menghadapi over abundant milk supply.
 
Jika anda merasakan penyusuan tidak berjalan lancar dan kerap mengalami mastitis, anda boleh mengamalkan kaedah di bawah untuk memastikan penghasilan susu lebih terurus:
 
1. Block feeding.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Susukan bayi pada 1 belah breast sahaja dalam 1 sesi penyusuan untuk jangka masa 2-3 jam. Offer side yang sama untuk penyusuan yang seterusnya. Monitor reaksi bayi pada sesi penyusuan yang kedua itu. Bayi sepatutnya kelihatan lebih selesa kerana aliran susu mula perlahan pada payudara itu.
 
Jika anda merasa tidak selesa pada payudara yang tidak diminum bayi, gunakan pam susu atau perahan tangan untuk ekspres sedikit susu cukup untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu. Perah selama 5 - 10 minit sahaja. 
 
Konsisten dengan kaedah ini selama 1-2 hari dan monitor penghasilan susu anda. 
 
2. Kurangkan sesi memerah dalam 1 hari.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Contoh situasi: Jika jadual mengepam anda sebelum ini adalah 7 kali sehari, kurangkan kepada 5 kali atau 3 kali sehari sahaja. Caranya: Adalah dengan merangka semula jadual dengan 5 kali sesi perahan dan konsisten dengan jadual ini selama 1-2 minggu (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan). 
 
Jika anda masih mengalami oversupply, rangka pula jadual mengepam dengan 3 kali sesi perahan sehari dan konsisten dengan jadual ini pada minggu ke-3 dan ke-4 (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan). 
 
Cara ini akan memberi signal kepada badan anda supaya down-regulate atau mengurangkan penghasilan susu kerana berkurangnya demand kepada susu ibu.
 
3. Singkatkan sesi memerah.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Contoh situasi: Jika sesi memerah anda sebelum ini adalah 30 minit, pendekkan sesi memerah ke 10 / 15 minit sahaja. Cara ini akan menyebabkan breast tidak dikosongkan sepenuhnya lalu membenarkan kehadiran sejenis protein yang akan mengurangkan penghasilan susu iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) dalam breast ibu.
 
Sesi memerah selama 10 / 15 minit sahaja adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu pada ibu.
 
4. Panjangkan gap antara setiap sesi memerah.
 
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
 
Memerah dengan kerap akan menghasilkan lebih banyak susu. That's a basic demand vs supply. 
 
Jika penghasilan susu terlalu banyak sampai anda dan baby tak dapat handle, kurangkan kekerapan memerah. Pam setiap 4-6 jam sekali. Breast yang tidak dikosongkan dengan kerap akan memberi signal kepada badan supaya memperlahankan penghasilan susu.
 
 
Suka untuk saya ingatkan bahawa penyusuan seharusnya memberi pengalaman yang bermanfaat dan bermakna kepada ibu dan bayi. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan  kepada anda berdua. Mempunyai penghasilan susu yang terurus (walaupun cukup-cukup makan) pun bagus, ada susu yang banyak dan meriah pun bagus. Yang penting ibu dan baby sihat dan happy.
 
 
Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
 
Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).
 
3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square
 
 
4 Oct : Tabung Haji, Kelana Jaya
 
 
10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel
 
 
11 Oct : Melaka, Angsana Hotel
 
 
23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel
 
 
24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel
 
 
25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel
 
 
8 Nov : POTG Kelana Jaya
 
 
14 Nov : Kuching, Abell Hotel
 
 
15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
 
 
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com
 
 
 
 
 
 
Cikgu Susu Anda
Blog Cikgu Susu





Rujukan: 
1. LLLI.org
2. Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding
 
 
 
 
Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

No comments:

Post a Comment