Thursday, 13 August 2015

LENGKAP 2 TAHUN: 4 TIPS PUTUS SUSU

Assalamualaikum dan hai mommies,



"Saya ada masalah. Not really masalah nak menyusu, sebab anak dah masuk 2 tahun, tapi masalah nak putus susu. Macam mana nak putuskan susu, terutama malam-malam masih nak menyusu.."

Cikgu ada menerima pertanyaan sepertimana di atas. Alhamdulillah, ibu-ibu ini berjaya melengkapkan penyusuan sehingga genap 2 tahun. Tapi bila difikirkan semula sudah 2 tahun usia anak, bagaimanakah cara nak putuskan susu? Atau perlukah putus susu?

Saya juga begitu. MashaAllah, usia Aydin kini sudah mencecah 2 tahun 5 bulan. Masih menyusu. Masih menyusu?? Ya masih menyusu. Tetapi tidak lagi fully breastfeeding. Hanya bila dia teringat aje, atau kadang-kadang sebelum tidur.

"Kenapa masih nak menyusu, nanti anak kau jadi bodoh.. tak sayang anak ke kau ni?", ini kata tukang urut saya, seorang makcik tua dari Indonesia yang sudah lama menetap di sini.

"Memang la bagus untuk baby, tapi lepas 2 tahun susu dah jadi darah.."

"Menyusu badan lagi? dah tak elok lah menyusu, kalau dapat adik nanti susah, tak boleh berenggang dengan kau.", kata kenalan rapat ibu saya.

Seperti ibu lain, 1 bulan sebelum usia Aydin mencecah 2 tahun, saya juga turut merasa risau bagaimanakah caranya mahu putuskan susu. 

Apa yang perlu disapu? Apa yang perlu saya makan?
Perlukah terus menyusukan dia jika dia minta?
Kalau tak beri nanti kasihan pula..

Banyak petua orang-orang lama yang saya perolehi, sapu asam jawa lah, sapu sos tomato la. Huhu, somehow saya rasa cara-cara itu tak sesuai dengan saya dan Aydin.

Aduh, macam-macam di benak fikiran saya. Sampaikan saya pernah menangis kerana ini. Tidak dapat tidur lena dan rasa stress semacam. Saya tanya pendapat suami, dia kata, "Lah, awak kan kaunselor, mesti awak lebih tahu.." Hmm. Baik encek suami, thank you for such a helping advice. 

Peringkat awal saya cuba slow talk dengan Aydin. Bila dia minta mahu disusukan, saya beritahu dia yang dia sudah besar, dan perlu berhenti menyusu dari Ummi. Tetapi reaksinya sungguh meruntun hati saya. Dia menangis dan merajuk. Sungguh, saya tidak pernah lihat dia seperti itu kerana sifatnya selama ini baik dan mendengar kata. Saya fikir haish, tak boleh jadi ni, jadi saya tewas dan terus susukan dia.

Saya berdoa kepada Allah untuk dipermudahkan proses ini. Benar ibu, proses ini melibatkan emosi anda dan anak anda. Silap cara, boleh trigger sifat memberontak dan agresif dalam diri anak. Kali ini saya tanya suami lagi (dalam hati berharap jawapan bernas this time around). Kata suami, "Berilah dia selagi dia mahu, nanti dia berhenti lah tu..". 

Ibu, anda perlu mengambil kira pendapat dan keizinan suami untuk meneruskan penyusuan selepas usia anak 2 tahun. Dalam situasi saya, suami mengizinkan. Saya meneruskan penyusuan dan mula menggali lebih banyak maklumat berkenaan masalah ini. 

Melalui pembacaan dan rujukan dengan pakar laktasi lain, seeloknya bayi sendiri yang menghentikan penyusuan supaya tidak mengganggu emosi dan psikologinya. Masih ingat tulisan saya dalam blog yang lepas? Penyusuan bukan sahaja memberikan bayi makanan tetapi support kepada pertumbuhan bayi (nutrition and nurturing). Bayi akan berhenti bila dia sendiri bersedia. Proses ini dipanggil baby-led weaning.

Cuba kenang kembali bagaimana susahnya anda mula menyusukan si comel anda dari lahir hingga membesar selincah kini dengan susu ibu. Takkan lah semudah itu dia mahu melupakan anda dan belaian yang diperolehi semasa menyusu itu? Ia proses yang mengambil masa, it takes time and it's gradual.

Beberapa tips yang saya lakukan untuk memudahkan proses baby-led weaning apabila bayi sudah berusia 2 tahun:

1. Tak tolak tapi tak offer.

Setiap kali si kecil minta mahu disusukan, cuba untuk tidak menolak kemahuannya. Tetapi jika tidak diminta, saya tidak offer dia menyusu. Ini yang saya lakukan pada peringkat permulaan mahu putuskan susu dengan Aydin. Ini menyebabkan kekerapan menyusu itu berkurang dengan sendiri.

2. Banyakkan pendedahan kepada makanan pelengkap.

Pada waktu siang, Aydin berada di nursery bersama abangnya dan tiada susu yang saya bekalkan. Aydin mendapat nutrisi dari makanan sepenuhnya di sana. Jika di rumah, Aydin lebih suka makan. Makanan pula seeloknya makanan yang sihat ye, dari sini anak kita akan mula mendapat nutrisi yang lengkap dan baik walaupun tidak melalui susu. Makanan seperti kurma, buah-buahan segar sangat digemari anak-anak, kadang-kadang membuatkan mereka lupa nak menyusu (~haha~).

3. Cuba alihkan perhatiannya dengan aktiviti menyeronokkan.

Ada waktunya anak kita mahukan perhatian dari kita, dari kecil lagi dia sudah biasa mendapatkan perhatian ibu dari sesi menyusu. Jadi apa kata cuba alihkan perhatian anak dengan menjalankan aktiviti menarik bersamanya pula. Contohnya main lego ke, puzzle ke, atau aktiviti mewarna dengannya. Pasti dia lebih gembira.

Contoh ayat yang saya pernah guna bila Aydin mahu susu, "Jom kita color-color dulu, nanti kita 'nenen' ye..". Ulang beberapa kali dengan ekspresi wajah yang sangat ceria. 


4. Tidak duduk di tempat yang selalu ibu susukan anak.

Perasan tak, anak kita ni dah terbiasa dengan spot tertentu, tempat biasa kita susukan dia. Jadi bila kita berada di situ, automatik dia akan minta disusukan. Macam saya, di sofa merah di ruang tamu. Kalau Aydin nampak je saya kat situ, terus datang nak 'nenen'. Jadi, saya cuba biasakan diri untuk tidak berada di situ. 

5. Sediakan botol air pada waktu malam. 

Anak yang lebih besar memerlukan kuantiti air yang banyak mengikut keperluan badan. Sediakan botol minuman berisi air masak dan berikan kepada anak apabila dia dahaga pada waktu malam.

Alhamdulillah dengan beberapa teknik ini Aydin mula selesa dan mengurangkan kekerapan menyusu dan dia nampak tidak tertekan kerana saya tidak memaksanya. Pada waktu malam dia sudah boleh tidur dengan lena tanpa bangun meminta susu lagi. Berikan masa kepada anak kita untuk membiasakan diri dengan proses ini. Some said nanti anak susah bersosial kerana hanya mahu melekat dengan ibunya, ini tidak terjadi kepada Aydin dan anak kepada beberapa kawan rapat saya kerana mereka dapat bersosial dengan baik bersama rakan-rakan di nursery.

Namun begitu,  saya masih meneruskan penyusuan terutamanya jika Aydin mengalami selesema atau demam kerana saya masih dapat membekalkan antibodi kepadanya walaupun usianya sudah mencapai 2 tahun dan kuantiti susu sudah mula berkurang. Sebenarnya anak kita masih mendapat kalori, sel imun dan pelindung dari susu ibu walaupun sudah berusia 2 tahun. 

Sebenarnya, anda tidak perlu merasa terpaksa untuk memberhentikan penyusuan anak anda. Kadangkala kita sendiri tidak tahu betapa cinta dan sukanya kita kepada penyusuan ini. Kerap sekali kita rasa kita mesti berhenti sebab orang lain rasa kita perlu. Bila semuanya tak sempurna, kita penat, kita stress, orang disekeliling kita cakap sebab kita menyusukan anak. Walhal ianya normal sahaja. Ironinya, bagi ibu menyusu, perjalanan penyusuan inilah yang membuatkan ibu lebih kuat dan tabah untuk meneruskan hari-harinya.

Sebagai ibu muda yang kurang pengalaman pasti anda mendengar banyak nasihat dan tunjuk ajar dari sesiapa sahaja berdekatan anda. Hakikatnya, hanya anda yang mengenal diri anda, anak anda dan situasi anda sendiri.

Walaupun pada peringkat awal sukar untuk anda mengendalikan segalanya, tetapi as time goes by anda akan belajar mengenali ragam anak anda, bila dia lapar, bila nak tidur, dan bila pula dia mahukan perhatian dan hiburan dari anda. You'll find a way to handle things dan tetapkan yang mana prioriti dan keperluan anda, dan masih memastikan penyusuan berjaya. It's you and it's you that matters. Salute all mommies!


Jangan lupa daftar kelas cikgu. Bermula September ini, cikgu memulakan penjelajahan ke bahagian Utara Semenanjung dulu. Mommies di Utara, mai kita jumpa!!


Daftar Seminar Praktikal Mudahnya Menyusu: www.mudahnyamenyusu.gr8.com


Cikgu Susu Anda




Rujukan Tambahan: Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.


1 comment: