Soalan Ibu:
"Assalamu'alaikum sis zuain aka cikgu susu. Memasuki bulan ramadhan ini, saya ada sedikit kerisauan. Baru tadi saya baca tips berpuasa di bulan ramadhan bagi ibu menyusu. Tapi belum lagi puas kerana saya memerlukan nasihat dari cikgu. Saya buntu. Stok susu hanya tinggal 7 botol sahaja. Setiap hari anak saya minum 2 botol selama 7 jam saya tinggalkan dia. Anak saya jenis yang tak minum banyak sangat walaupun dia lelaki. Kerana itu, susu saya selepas habis pantang tidak banyak. Sekali pam dari kedua-dua belah, saya dapat 3oz satu sesi. Sikit kan, cikgu. Silap saya juga kerana awal-awal dahulu anak saya boleh tidur sepanjang malam tanpa menyusu. Saya fikir, wah... Senangnya tak perlu bangun malam susukan dia selepas itu saya rasakan susu saya semakin berkurang.
Saya hanya mengepam di sekolah sebanyak 2 kali, jarak masa 3 jam. Sekarang ni cikgu, breast saya jadi lembik dan jika saya mengepam selepas 3 jam dari sesi sebelumnya, sangat sedikit susu yang keluar. Tak sampai 1oz pun dari kedua-dua belah breast. Macam mana ya cikgu? Apa yang perlu saya buat?
Dan lagi 1 masalah saya, saya belum jumpa milkbooster yang sesuai dengan saya. Saya dah cuba coklat moms 4 kotak, habbatussauda, jamu air susu ibu, kurma, Esp shaklee "
- Puan R
Jawapan Cikgu Susu:
Ibu, penghasilan susu bergantung kepada paras hormon prolaktin dalam tubuh. Paras hormon ini pula bergantung kepada kekerapan ibu memerah / mengosongkan payudara. Menurut cerita di atas, kemungkinan besar paras prolaktin dah mula menurun sejak payudara tidak dikosongkan pada waktu malam (sewaktu anak tidur lena tanpa menyusu sepanjang malam, payudara pula tidak diperah untuk dikosongkan) dan sesi memerah yang tidak cukup sebagai ibu bekerja.
6 perkara yang anda perlu tahu:
1. Secara puratanya, keperluan bayi untuk 1 kali minum (bagi bayi yang minum susu ibu) hanyalah 2-3 oz atau 3-4oz sahaja sekali minum.
2. Secara puratanya, ibu yang normal dapat menghasilkan 3-4oz pada satu sesi memerah. Jadi, bersyukurlah kerana anda masih dalam kategori normal.
3. Ibu bekerja perlu memerah dengan kerap untuk memastikan paras hormon prolaktin tidak menurun. Jika hormon prolaktin menurun susu juga merudum.
4. Tidak terlalu bergantung kepada stok susu yang sudah dikumpulkan sebelum ini.
5. Perlu ada target jumlah kuantiti susu yang wajib dicapai setiap hari. Jadi anda harus berusaha mendapatkan kuantiti susu ini setiap hari. >>> Dengan cara ini, badan dapat melakukan adjustment untuk hasilkan susu mengikut demand ini.
6. Bila ibu kurang air dan nutrisi (dari makanan yang sihat), susu yang dihasilkan juga akan berkurangan.
Melihat kepada situasi ibu ini di bulan puasa, hasil perahan kurang dari 1oz menandakan ibu kekurangan air (dehidrasi). Jadi ibu harus menitikberatkan pemilihan menu makanan dan pengambilan air yang cukup sejak dari berbuka sehingga bersahur untuk mengurangkan masalah dehidrasi ini. Ada ibu, susunya maintain sahaja pada bulan puasa kerana betul-betul konsisten dengan pemakanan dan rutin ibu menyusu walaupun sedang berpuasa.
Saranan penyelesaian untuk ibu ini:
1. Tingkatkan semula hormon prolaktin dengan menambahkan kekerapan memerah (apabila tidak bersama bayi) dan kekerapan menyusu bila bersama bayi.
2. Atau lakukan powerpumping pada waktu malam untuk meningkatkan kadar prolaktin dengan lebih cepat.
3. Elakkan skip sesi memerah waktu siang ini, sebab ia akan mengekalkan paras hormon prolaktin dalam badan walaupun hasil perahan berkurang semasa berpuasa.
4. Jika hasil sesi memerah waktu siang tidak cukup / tidak mencapai target kuantiti yang bayi perlukan sehari, tambah sesi memerah di rumah.
Sama ada selepas berbuka puasa atau sebelum tidur atau mana-mana waktu yang sesuai bermula selepas berbuka sehingga bersahur.
5. Amalkan Tips Maintain Susu di bulan puasa dari blog cikgu dengan istiqamah.
6. Banyakkan memakan makanan yang boleh meningkatkan paras hormon prolaktin seperti:
- OATS, BARLI, GANDUM
- LADA HITAM , BAWANG PUTIH
- BAYAM HIJAU
- KACANG PIS
- SALMON, TUNA
- MADU LEBAH
- KACANG KUDA, BADAM
- HALBA
- ASPARAGUS, LOBAK MERAH, DAUN SELERI, SALAD
- BAWANG MERAH, KENTANG
7. Elakkan mengambil terlalu banyak jenis milk booster pada satu masa. Jika ini berlaku bukan sahaja anda tidak sempat merasai kesan kepada peningkatan susu, bahkan ia menjadi umpama hanya menambah unsur untuk dicernakan oleh badan. Elements to be digested are overloaded, thus milk boosters might not make wonders to your milk supply anymore, because it drains out the water from your body instead.
Milk booster bukanlah pil magik, ia membantu mempercepatkan penghasilan susu semula jika ibu mengamalkan rutin ibu menyusu dengan konsisten.
8. Allah telah memberi kelonggaran kepada ibu yang hamil dan menyusu yang berpuasa untuk membuka puasa atau tidak meneruskan puasanya di atas sebab kesihatan dan jika risaukan keadaan diri dan anak tidak cukup susu. Gunakan rukhsah ini sebaiknya berdasarkan keadaan anda dan bayi anda, setiap ibu tidak sama, lihat kemampuan anda.
Tetapi, saya galakkan anda mencuba dahulu tips yang saya berikan hari ini dan juga dalam blog sebelum ini. Usah terus mengalah jika masih boleh berusaha. Allah sangat sukakan hamba-Nya yang bertawakal dan melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. Berdoalah kepada Allah untuk dicukupkan rezeki susu untuk anak, tambahkan amalan rohani anda.
Semoga anda dikurniakan dengan pahala berlipat kali ganda dengan usaha dan amalan anda. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment