Wednesday, 27 May 2015

6 TIPS MUDAHNYA MENYUSU MELALUI PUTING JENIS RATA DAN TENGGELAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Soalan ibu: 

"Assalamualaikum cikgu, saya akan bersalin tak lama lagi, tetapi saya risau jika tak dapat menyusu sebab puting susu saya jenis flat. Macam mana ye?"



Jawapan Cikgu Susu:


Setiap ibu mempunyai saiz payudara dan bentuk puting yang pelbagai. Tahukah anda, bayi boleh menyusu dari hampir kesemua jenis puting atau payudara ibu.


Bentuk dan jenis puting payudara

Puting rata (Flat Nipple)

1. Puting payudara ibu mengalami perubahan bentuk semasa hamil. 

Biasanya puting menjadi lebih panjang (protractile) dan elastik untuk memudahkan penyusuan bayi nanti, ini lebih penting dari bentuk dan saiz payudara.

2. Sebenarnya tiada rawatan khas yang diwajibkan bagi puting jenis rata dan tenggelam (inverted) semasa hamil kerana fakta nombor 1 (di atas). 

Tetapi antara solusi yang ibu boleh lakukan adalah mengamalkan memakai cangkerang payudara (breast shell) di trimester terakhir kehamilan (8 bulan ke atas) selama hanya beberapa jam sahaja dalam sehari untuk membantu mengeluarkan puting, atau menjadikan puting timbul (protrude).

3. Biasanya keadaan puting payudara menjadi lebih kenyal dan senang meregang semasa kehamilan dan selepas bayi dilahirkan. Jadi walaupun kelihatan rata, bayi masih boleh menyusu dengan baik apabila disusui dengan cara yang betul.

Mengikut pengalaman saya mengendalikan masalah pelekapan bayi, ibu yang mempunyai puting rata, kecil atau tenggelam lebih mudah untuk menyusu berbanding ibu yang mempunyai puting jenis besar dan panjang, ini lebih mencabar. 

Breast shell




Puting panjang atau besar (Long or Big Nipple)

1. Antara masalah yang biasa ibu hadapi dengan puting jenis ini:

- bayi sedikit sukar untuk merangkum keseluruhan kawasan areola ibu.
- sesetengah bayi hanya menyusu di bahagian puting sahaja, menyebabkan ibu sakit atau luka.

2. Ibu perlu melengkapkan diri dengan teknik dan posisi penyusuan yang sesuai untuk membantu bayi melekap dengan betul. Posisi yang digalakkan adalah posisi mendakap (football hold) atau posisi silang buai (cross cradle).

3. Jika bayi kelihatan seperti mahu muntah, atau muak kerana puting ibu yang besar, ibu boleh menggantikan penyusuan dengan pemberian susu melalui cawan dan mencuba semula penyusuan terus dari payudara pada sesi seterusnya.

4. Beberapa hari di awal penyusuan mungkin anda akan mengalami sedikit luka pada puting tetapi ia tidak akan berlarutan jika bayi diizinkan untuk terus praktis dan belajar menyusu dengan baik.

5. Bayi membesar dengan cepat begitu juga keupayaannya untuk membuka mulut dengan lebih luas. Ini akan membolehkan bayi menyusu dengan lebih efektif dan betul.

Football hold




Puting tenggelam (Inverted Nipple)

1. Mempunyai puting jenis ini tidak selalunya menjadi masalah kerana bayi menyusu dari areola, dan bukan pada puting.

2. Seperti puting rata, ibu yang mempunyai puting jenis ini boleh juga mengamalkan pemakaian cangkerang payudara pada trimester terakhir untuk membantu mengeluarkan puting.




Saranan untuk ibu yang mempunyai puting jenis rata, panjang/besar dan tenggelam selepas bersalin:


1. Kerapkan melakukan sentuhan kulit ke kulit selepas kelahiran bayi untuk membiasakan bayi dengan bahagian payudara ibu.

2. Benarkan bayi melakukan eksplorasi di bahagian payudara ibu sekerap mungkin.

3. Susukan bayi dengan kerap supaya bayi dapat belajar cara penyusuan dan master skill lekapan dengan lebih cepat.

4. Gunakan posisi mendakap (football hold) atau posisi silang buai (cross cradle) untuk membantu mendapatkan lekapan yang betul dan penyusuan yang lebih selesa.

5. Bagi puting jenis rata dan tenggelam lakukan breast massage, penggunaan picagari (syringe), menggunakan nipple puller atau menggunakan pam susu sebelum penyusuan untuk membantu mengeluarkan puting.

6. Teruskan usaha dan jangan cepat berputus asa kerana jenis puting bukan punca kegagalan anda menyusukan bayi anda.


Nipple Puller





Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Seminar seterusnya di:

07 Jun - Kelana Jaya
13 Jun - Kuching, Sarawak
14 Jun - Kota Kinabalu, Sabah

Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com



Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com







Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow




No comments:

Post a Comment