Thursday 27 March 2014

PENYUSUAN SUSU IBU SEHINGGA 2 TAHUN GENAP


Tiada yang lebih bahagia dari hubungan cinta, kasih dan sayang ibu kepada anaknya. Melahirkan dan membesarkan khalifah Allah adalah lebih mudah dan indah dengan penyusuan susu ibu.

Pernahkah ibu terfikir, mengapa memilih penyusuan susu ibu? 

Adakah kerana ianya trend? Adakah kerana mengikut kawan? Adakah kerana terpaksa?

Ibu, pilihlah penyusuan susu ibu kerana ianya tuntutan dari Allah. 

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” (QS. Al-Baqarah: 233).

Apa kata ahli tafsir mengenai ayat ini?

Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين ” انتهى 

“Menambah lebih dari dua tahun atau menguranginya, jika tidak menimbulkan bahaya bagi bayi dan kedua orang tua redha (setuju).”

Syaikul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,

“وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ ” انتهى.

Firman Allah “selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. menunjukkan inilah sempurnanya persusuan. Adapun setelah dua tahun maka sama saja seperti makanan biasa.”

"Dua tahun penuh" yang disebutkan dalam ayat 233 tersebut merujuk kepada tempoh penyusuan iaitu dua tahun genap. Frasa "bagi yang ingin" pula menunjukkan tiada paksaan untuk genap sehingga dua tahun. Ia bergantung kepada faktor kemampuan, kesihatan dan toleransi seseorang ibu dan bapa. Namun, tiada ciptaan atau tuntutan Allah yang sia-sia untuk manusia, dua tahun genap penyusuan susu ibu memberi banyak faedah untuk ibu dan anak. 

Tuntutan yang diharuskan adalah penyusuan untuk dua tahun penuh usia anak seperti dalam nas al-Quran. 

Jadi ibu, yakinkan hatimu. 
Tetapkan tujuan penyusuanmu.
Serahkan kebergantunganmu kepada Allah.
Allah ar-Razzaq, yang Maha Pemberi Rezeki.


Salam penyusuan, 
Ummi, PumpOnTheGo






No comments:

Post a Comment