Monday 28 September 2015

JEREBU DAN IBU MENYUSU

Sejak beberapa minggu ni rasa macam duduk di Cameron Highland pula. Langit berkabus, matahari dan bulan pun sudah kelihatan samar-samar akibat jerebu.

Banyak sekolah sudah diarahkan untuk ditutup demi keselamatan anak-anak. Bagi ibu bapa yang bekerja, kita boleh tutup tingkap aje lah ye.

Semakin hari semakin teruk Index Pencemaran Udara. Sesetengah kawasan sudah mencecah 200. Naik risau juga memikirkan kesihatan kita.

Bagi ibu menyusu, penyusuan ibu seharusnya diteruskan bagi memberi perlindungan terbaik untuk anak kita. Walaupun kesihatan kita dan anak-anak mungkin sedikit terjejas akibat masalah jerebu ini, teruskan menyusu anak seperti biasa ya.


Jerebu boleh mempengaruhi kesihatan anak kita, Gambar: Google


Antara simptom yang biasa dihadapi oleh ibu dan anak ketika jerebu ini adalah:

1. Selesema
2. Sakit tekak
3. Sakit mata
4. Satuk
5. Dehidrasi
6. Gatal-gatal atau ruam pada kulit.

Sebab itu lah saya sangat menyarankan ibu semua teruskan penyusuan kerana susu ibu akan menyalurkan antibodi terbaik yang diperlukan oleh bayi untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Saranan cikgu kepada semua ibu menyusu:

1. Banyakkan pengambilan air suam untuk memastikan badan kita terus cukup air. Kerana jerebu menyebabkan kita kehilangan banyak air.

2. Tambahkan pengambilan Vitamin C dalam bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Jangan lupa kupas kulit atau cuci buah dengan baik sebelum makanan bagi mengelakkan risiko pencemaran pestisid pula. (Kalau buah/ sayur yang ditanam sendiri, no problem ya).

3. Susukan bayi anda sekerap yang boleh supaya anak terus mendapat susu ibu dengan kebaikan dan antibodi yang diperlukan tubuhnya.

4. Stay indoor mommies. Kalau ada plan nak berjalan-jalan atau bersiar-siar terutamanya di kawasan yang IPU nya tinggi, tangguhkan dulu hajat itu. Utamakan keselamatan diri dan anak-anak ya. Banyakkan aktiviti indoor bersama anak-anak.

5. Bagi anak yang sudah mula makan dan minum, selain dari kerap menyusu, tambahkan pemberian cecair dalam bentuk air suam dan jus buah-buahan terutamanya di rumah pengasuh bagi mengelakkan masalah kekeringan air pada anak.

6. Jika IPU di kawasan mommies lebih dari 150, pakai mask untuk melindungi diri dari pencemaran yang teruk. Mask terbaik adalah dari jenis N95, dapatkan dari farmasi atau klinik berdekatan anda.

Ibu, marilah kita berdoa supaya kita dan anak-anak dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang musibah ini. Seperti kata Nabi: 

"Doa seorang ibu untuk anaknya laksana doa seorang nabi terhadap umatnya." (Hadis Riwayat Imam ad-Dailamiy)


Despite of keadaan jerebu, cikgu masih meneruskan Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).



3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya


No comments:

Post a Comment