Monday 17 August 2015

INILAH SEBABNYA NIPPLE KERAP LUKA..

Assalamualaikum dan hai mommies,


3 hari yang lepas cikgu dan rakan-rakan Kaunselor Laktasi yang lain berkonvensyen PRISMA 2015 (Persatuan Rakan Ibu Susu Malaysia) di Holiday Villa Subang, menambah ilmu dan mendalami permasalahan yang sering berlaku oleh ibu menyusu dengan harapan dapat memberikan the best solutions to all of you. Alhamdulillah, segala tunjuk ajar yang diperolehi sungguh berharga. Cikgu akan kongsikan kepada anda semua melalui penulisan cikgu ini. Jadi, rajin-rajin lah baca ye uols!

Hari ini cikgu nak kongsikan satu kes yang sangat common among breastfeeding mothersespecially yang baru lepas bersalin. Subhanaallah sangat kerap dialami sampaikan antara banyak kes yang cikgu attend, kes ni selalu cikgu jumpa. Seperti soalan dalam email yang cikgu terima:

"Salam cikgu, saya ada masalah crack kat nipple dan kawasan tepi-tepi tu. Bila baby menyusu saya sampai kena tahan sakit. Masa pump, kadang-kadang pedih. Ada nampak kulit mengelupas, saya letak krim dia hilang then jadi lagi lepas 2 3 hari. Macam mana ye cikgu?"


Puting luka dan merekah, Google



Mommies, kenali dulu punca kenapa berlaku luka atau crack sebegini. Cikgu nak anda semua back to basic. Dalam apa jua masalah penyusuan yang anda hadapi perlu lihat semula perkara asas penyusuan iaitu lekapan semasa menyusu, posisi semasa menyusu, konsep demand vs supply dan perkara rutin ibu menyusu yang lain. (Dalam kes ini lekapan dan posisi penyusuan).

Punca-punca luka puting / crack nipple:

1. Teruskan menyusu walaupun lekapan tidak betul.

Bayi menyusu dari areola, tidak pada puting ya ibu. Pastikan bayi membuka mulut dengan luas seperti menguap sebelum melekapkan payudara ke dalam mulut bayi. Jika lekapan tidak betul, susu tidak dapat dikeluarkan dengan betul dan luka akan terjadi.

Penyelesaian: Kenalpasti lekapan bayi semasa menyusu. Jika kerap merasa sakit semasa menyusu, ia antara tanda bayi melekap dengan tidak betul. Rujuk cara lekapan yang betul di sini.

2. Menyusu dengan posisi ibu dan bayi yang tak betul.

Posisi yang betul semasa menyusu ialah ibu membawa bayi ke payudara, bukannya payudara ke bayi. Kesilapan kebanyakan ibu adalah membawa payudara ke bayi, akibatnya  bayi tidak rapat dengan payudara dan bayi tak dapat melekap dengan betul, hanya dapat "tangkap" hujung puting sahaja. Ini sudah pasti buatkan ibu sakit dan luka.

Penyelesaian: Gunakan posisi yang betul semasa menyusu. Posisi bayi sepatutnya selari dengan badan dan kepala menghadap payudara ibu. Kedudukan bayi mesti rapat dengan ibu.

3. Penggunaan sabun di bahagian areola.

Tahukah anda, di kawasan areola (atau tampuk hitam) ibu ada struktur macam 'jerawat', ha ni bukan jerawat tau. Ini namanya kelenjar Montgomery, tugasnya menghasilkan cecair untuk melembapkan kawasan areola itu dan ia membawa bau air ketuban. Bau ini yang buatkan bayi ibu mengenal ibunya sendiri.

Penyelesaian: Elakkan penggunaan sabun di bahagian ini untuk mengelakkan kawasan ini kering. Sebab bila kawasan ini kering, ia lebih cepat luka atau crack. Memadai dengan cucian dengan air biasa atau air suam sahaja. 

4. Menggunakan pam susu yang tak sesuai.

Sedutan pam susu yang kuat tidak akan mengeluarkan susu dengan lebih baik jika anda merasa sakit semasa memerah. Begitu juga dengan saiz corong pam yang terlalu kecil atau terlalu besar dengan saiz puting, ia boleh menyebabkan kawasan puting dan areola anda luka dan melecet.

Penyelesaian: Lakukan survey dengan mendapatkan review tentang pam susu daripada rakan-rakan yang telah menggunakan atau mencuba dahulu sebelum membeli pam susu pilihan hati. Dapatkan informasi tentang cara menggunakan pam susu yang betul. 

5. Sapuan krim/minyak yang tidak sesuai dengan kulit.

Sesetengah ibu yang mengalami luka pada bahagian puting atau areola membeli krim yang ada di pasaran dan menyapunya di kawasan luka. Beberapa hari selepas itu, luka menjadi lebih parah dan terjadinya jangkitan kulat. Ketika ini, sesi penyusuan dan pemerahan menyebabkan ibu lebih sakit.

Penyelesaian: Rujuk kepada doktor atau perunding laktasi jika anda dapati luka makin teruk dan masih tidak sembuh dalam jangka masa yang lama. Sebarang penggunaan krim hendaklah dipreskripsi oleh doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas anda.

Cadangan: Kerap anginkan breast selepas menyusu atau memerah. Jika memakai nursing pad, kerapkan tukar dan elakkan bahagian dalam baju dalam berpeluh atau basah. Selepas menyusu, sapukan susu perahan (yang di akhir sesi perahan, yang pekat tu) di bahagian luka/crack, dan anginkan dalam 5 minit. Ia dapat membantu luka lebih cepat sembuh.


Jangan lupa daftar kelas cikgu. Ada beberapa teknik lain untuk elakkan masalah luka di bahagian nipple semasa menyusu dan memerah yang akan cikgu tunjuk.


Jadual penuh tarikh dan lokasi di seluruh Malaysia: www.mudahnyamenyusu.gr8.com





Daftar Seminar Praktikal Mudahnya Menyusu: www.mudahnyamenyusu.gr8.com



Cikgu Susu Anda




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.


No comments:

Post a Comment