Monday 24 August 2015

BREAST-FEEDING VS BOTTLE- FEEDING

Al-Baqarah: Ayat 233:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada)..."

Assalamualaikum dan hai mommies,

Dari dulu hingga sekarang, once in a blue moon cikgu tak terlepas dari menerima soalan dari ibu-ibu atau nenek-nenek, "kenapa kena menyusu sampai 2 tahun ye, what's the rational?"

Mungkin ayat Allah di atas masih belum cukup jelas bagi mereka barangkali. Namun, di setiap ketetapan dan perintah yang Allah turunkan, pasti ada hikmah yang berlipat kali ganda rasionalnya. Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas, yang dikurniakan kepada kita belum sampai setitik pun dari air lautan yang meliputi bumi ni.

Allah kurniakan kepakaran kepada mereka yang terpilih sebagai pengkaji dan perantara bagi menceritakan tanda-tanda kebesaran-Nya. Ini termasuklah penciptaan manusia. Manusia dikaji seawal di dalam rahim ibu sehingga tamat riwayat hidupnya, bukan kerana nak cari cara nak hidup selamanya tetapi sebab manusia ini adalah ciptaan Allah yang paling unik yang ada di atas muka bumi ni. 

Dalam Konvensyen PRISMA 2015 yang lepas, kami berkesempatan mendengar perkongsian dari Assc. Prof. Dr. Zamri b. Radzi seorang pakar dan konsultan Orthodontist, dari Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Beliau berkongsi tentang Breastfeeding: Dental Development and Beyond. Perkongsian yang membuka mata kami semua and i bet all the participants enjoy his session! 

Hasil kajian pakar menyatakan dalam 2 tahun pertama hidup seorang anak itu, dia akan mengalami pertumbuhan yang sangat pesat bukan sahaja dari segi mental, fizikal dan psikologi bahkan juga pembentukan tulang, rahang, gigi dan bentuk muka. 

How does that correlates to breastfeeding?

Penyusuan ibu menjadi faktor utama kepada pembentukan teras dan pertumbuhan rahang bawah seorang manusia. Corak dan pattern pergerakan rahang semasa bayi menyusu secara breast-feeding (direct feeding) membantu pembentukan otot dan rahang yang baik kepada anak. Ia meningkatkan koordinasi mulut, bibir, lidah dan otot disekeliling rahang bayi.

Semasa menyusu dari payudara ibu, bayi akan menggerakkan rahang dengan bukaan yang luas menyebabkan pertumbuhan rahang bawah yang aktif. Rahang bawah bayi bekerja dengan maha kuat untuk mendapatkan susu. Kalau tak kerja kuat tak dapat susu la, gituh. Dalam bahasa saintifiknya, pakar sebut extensive mandibular movement. 

Manakala semasa penyusuan dari botol, pergerakan rahang bawah sangat minimal, menyebabkan pertumbuhan tulang rahang bawah lebih perlahan. Bayangkan aliran susu dari botol yang akan flow je bila botol ditonggengkan, so it is effortless to babiesIn most cases, walaupun puting yang digunakan bersaiz kecil, aliran susu tetap laju dan impactful  semasa bayi menghisap dari botol dan otot dan rahang bayi tak perlu bekerja kuat tu untuk mendapatkan susu.

Rasionalnya, penyusuan terus dari ibu membantu pembentukan rahang dan teras yang baik sebagai asas pertumbuhan gigi yang cantik dan tersusun. Ini mengelakkan masalah rawatan gigi seperti ortodontik dan pemakaian braces apabila anak mula membesar nanti. Kata beliau lagi, penggunaan botol susu atau puting kosong (pacifier) dalam jangka masa yang panjang sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan gigi dan pembentukan rahang anak. 



Pergerakan lidah semasa menyusu juga sangat berbeza oleh bayi yang breast-feeding dengan bayi yang bottle-feeding. Semasa penyusuan terus dari payudara, bayi mengalunkan lidahnya (suckling) pada bahagian areola ibu menyebabkan bayi melatih lidahnya menjadi kuat sebagai persediaan untuk mula bercakap nanti. Sebab itu kajian mendapati kanak-kanak yang menyusu dengan cara yang betul dapat mula bercakap dengan lebih mudah dan jarang sekali mengalami masalah pelat. In other words, penyusuan ibu membantu seseorang bayi dalam speech development dan kejelasan menyebut sesuatu perkataan (speech clarity).

Semasa menyusu secara direct feeding, bayi akan mengawal sendiri aliran susu yang diperlukannya melalui gerakan lidah dan rahang bawahnya. Dengan cara ini, koordinasi hisapan dan pernafasan bayi tidak terganggu dan bayi boleh bernafas dengan baik semasa menyusu. Anda akan notice yang bayi kadangkala berhenti seketika (pause) semasa menyusu, sebenarnya untuk bernafas.

Berlainan pula dengan meminum dari botol, dalam kebanyakan masa aliran susu sangat laju dan kadang-kadang bayi tidak dapat mengawalnya, menyebabkan bayi kelihatan tercungap-cungap, tersedak dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Risiko bayi tersedak susu atau tidak bernafas sangat tinggi jika penyusuan melalui botol tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Cara yang betul yang selalu saya sarankan ibu-ibu bekerja adalah dengan melatih bayi anda menerima susu dengan teknik Paced Bottle Feeding. Teknik ini dilakukan berdasarkan corak dan pattern hisapan terus dari payudara. Walaupun ia tidaklah 100% sama seperti direct-latch, ia membantu bayi mengawal aliran susu sendiri. Bantu bayi berehat sebentar (pause) dan bernafas ketika feeding. Ia juga bantu elakkan baby mengalami masalah terlebih minum (overfeeding).

My sharing today is not to undermine mothers who are unable to direct feed their babies (disebabkan masalah bayi dilahirkan premature atau kurang keupayaan untuk menyusu secara terus dari payudara). Saya percaya setiap dari anda mahu berikan yang terbaik untuk anak anda. Tetapi kita tidak dapat menidakkan kebaikan yang telah Allah kurniakan dari setiap proses semulajadi dalam hidup manusia. Termasuklah hikmah dan kebaikan penyusuan terus dari payudara.

Jika pernah mengalami kegagalan dalam penyusuan lalu, anggapkan ianya satu cabaran kepada anda menjadi dan melakukan yang lebih baik untuk anak seterusnya. Learn, learn dan keep on learning. Sebab ilmu Allah itu luas, kita takkan habis belajar sampai hujung hayat kita.

Buat ibu bekerja, pesanan cikgu, utamakan direct feeding bila sahaja anda bersama anak anda. 2 tahun pertama hidupnya adalah tahun-tahun emas yang kita mahu berikan yang terbaik dalam hidupnya. Termasuklah dengan memiliki pembentukan bentuk muka, rahang dan gigi yang baik.



Mari sedut ilmu banyak-banyak dalam Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com



Cikgu Susu Anda


Rujukan:
1. Konvensyen PRISMA 2015, Prof. Dr. Zamri: Breastfeeding: Dental Development and Beyond.
2. KellyMom.com



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.













No comments:

Post a Comment