Friday 7 August 2015

BABY TAK SUKA SUSU BEKU

Gambar hiasan, Google


Assalamualaikum dan hai mommies, 

Semalam satu hari cikgu berada di PPUM sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi selama 9 jam program. Tema tahun ini adalah Breastfeeding and Work: Let's Make it Work!. Jadi perkongsian banyak berkisar tentang penyusuan ibu bekerjaya.

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015 di PPUM


Booth cikgu dikunjungi oleh sekumpulan wakil perubatan dari Hospital Bangladesh. Cikgu berkesempatan untuk bertukar-tukar pendapat dan brief tentang penyusuan ibu bekerjaya di Malaysia. Surprisingly keadaan di sana sangat berbeza. Ibu bekerja mendapat 6 bulan cuti bersalin dengan gaji. Di setiap pejabat kerajaan dan semi-kerajaan disediakan pusat asuhan bayi di mana ibu boleh menyusukan bayinya pada waktu rehat atau pada waktu yang diperlukan. Bagi ibu yang tidak bekerja pula, mereka digalakkan menyusukan anak secara terus (direct feeding).

Unit sokongan penyusuan bukan sahaja ditubuhkan di peringkat hospital tetapi kumpulan sokongan dari ibu ke ibu ditempatkan di setiap kawasan bagi memberikan bantuan kepada ibu yang mengalami masalah untuk menyusukan anak. Cikgu sungguh kagum dengan usaha dan semangat dari kerjasama pihak kerajaan dengan ibu di sana untuk memartabatkan penyusuan susu ibu secara holistik. Mari kita sama-sama berdoa supaya suasana penyusuan di Malaysia menjadi lebih baik untuk masa akan datang.

Booth kami juga dikunjungi oleh ibu-ibu menyusu yang sangat hebat. Ada yang sedang menyusukan anak kembarnya, sehingga kini kembarnya sudah berusia 9 bulan dan beliau ada 2 lagi anak yang masih kecil berumur antara 2 hingga 4 tahun. Wow, sungguh kagum saya dengan ibu ini. Beliau sempat berkongsi kisah sedihnya di mana simpanan stok susu bekunya rosak hampir 600oz! Perasaannya sangat sedih tetapi life must goes on. Kata beliau tak usah main biola lama-lama, nasib baik ada si kembar sebagai pemangkin semangat beliau untuk terus menyusukan selama mungkin. Sebelum ini guna pam manual sahaja untuk 2 anak sebelum ini, demi kembar tersayang beliau mendapat keizinan suami untuk membeli pam susu dual pula. 

Semasa sesi perkongsian ada 4 panel yang dijemput untuk berkongsi cabaran ibu menyusu bekerjaya.  Salah seorang panel adalah berkongsi yang beliau pernah menyusukan bayinya semasa memandu (jalan yang dilalui untuk pulang ke rumah jem teruk), ada 3 orang anak beliau termasuk seorang bayi. Semuanya kelaparan, tiada makanan di dalam kereta dan bayi menangis mahu menyusu, Allahu Rabbi!

Beliau terpaksa mengambil bayi menggunakan sebelah tangan dan susukan bayi di ribaannya. Nasib baik trafik bergerak sangat perlahan. Hanya Allah di dalam hati, dan tiada lain yang diminta hanya bantuan Allah semata-mata. Setelah trafik agak lancar beliau berpeluang menghentikan kereta di stesen minyak berhampiran dan terus menyusu sehingga bayinya tertidur dan dapat diletakkan pada car seat semula. Anak-anak yang lain pun sudah lena. Fuh, berdebar dengar cerita doktor ini! Itulah salah satu pengorbanan seorang ibu yang tidak dapat kita sangkal lagi sayangnya ibu kepada anak-anaknya.

Semasa slot perkongsian cikgu, ada ibu bertanya,

"Anak saya tidak suka minum susu beku. Kadang-kadang ada susu yang terbazir begitu sahaja. Bagaimana caranya nak bantu baby minum susu beku?"

Dalam susu ibu ada satu enzim namanya enzim lipase yang kerjanya menguraikan lemak supaya senang dicernakan oleh perut bayi. Sebab itu bayi yang minum susu ibu dengan kadar yang mencukupi amat jarang sekali menghadapi masalah obesiti kerana lemak yang masuk ke sistem tubuh bayi sudah senang dicernakan.

Apabila susu ibu dibekukan, enzim lipase ini akan meningkat menyebabkan susu beku berubah bau dan rasa ke bau tengik, seperti sabun dan rasanya sedikit tajam. Namun begitu tidak semua ibu mempunyai kandungan enzim lipase dalam susu jadi tidak semua bayi tidak sukakan susu beku. 

Bagi yang menolak minum susu beku (yang sudah dicairkan), ini bermaksud kandungan lipase dalam susu anda tinggi. Antara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan pembaziran susu beku:

1. Cairkan dan suamkan susu beku, campurkan dengan susu yang baru diperah sebelum diberikan kepada bayi. Susu yang baru diperah rasanya lebih manis, jadi ini membantu bayi anda menerima susu beku dengan baik. 

Nisbah susu fresh yang dimasukkan ke susu beku tadi adalah tidak lebih dari jumlah susu beku yang sudah disuamkan itu.

Ingat: Susu itu hanya bertahan selama 1 jam selepas disuamkan sahaja ya.

2. Campurkan susu beku yang sudah dicairkan ke dalam makanan bayi anda seperti cereal, atau puree.

3. Jika anda sudah mengenal pasti susu beku anda tidak diminum bayi anda, bermaksud enzim lipase di dalam susu anda tinggi. Jadi bekukan susu ibu dalam acuan ice cream dan diberikan kepada bayi semasa bayi mengalami teething atau jika bayi sudah boleh menerima makanan sejuk dengan baik. Anda boleh menambah perisa tertentu jika anda mahu.

4. Banyakkan pemberian susu melalui direct feeding, susu yang baru diperah dan susu yang disimpan di bahagian chiller. Kerana susu ini tidak mengalami banyak perubahan suhu. Maka perubahan rasa dan bau sangat jarang berlaku, atau minimal.


Keep calm and breastfeed on mommies! Jangan lupa datang Open House cikgu esok!



Cikgu Susu Anda



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.








No comments:

Post a Comment