Friday 24 July 2015

5 AMALAN RAYA YANG BOLEH MENAMBAH PENGHASILAN SUSU

Assalamualaikum dan selamat pagi mommies.


Tahukah anda, amalan seharian kita sebenarnya sedikit sebanyak menentukan penghasilan susu kita. Hari ini cikgu nak kongsikan amalan-amalan raya yang boleh membantu anda maintain susu dan meningkatkan lagi penghasilan susu, tanpa kita sedari. 


1.  SEDEKAH

Trend terkini bila tiba musim raya, ramai antara kita yang mula menempah sampul duit raya sendiri. Ada macam-macam corak: logo company, gambar famili bersama anak-anak, design kartun Frozen kesukaan anak, design Hello Kitty pun ada. Cute betul! 

Cikgu memuji tindakan anda ini sebab ini menunjukkan anda berniat untuk memberikan duit raya kepada sanak saudara dan berkongsi kegembiraan dengan anak-anak kecil yang beraya bersama anda. Apa salahnya jika kita sedekahkan sedikit rezeki kurniaan Allah kepada kita untuk anak-anak saudara , kanak-kanak yang berkunjung ke rumah kita dan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan seumpama ini. Allah berkata, "Jika kamu bersyukur, akan ditambah lagi rezeki kamu." Bersedekah adalah antara amalan yang menunjukkan kita bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. 

Semasa menyerahkan duit raya tu, berdoalah agar Allah permudahkan penyusuan anda dan dicukupkan rezeki susu ibu untuk anak anda.


2.  SALING MAAF MEMAAFKAN

Ramai dari kita sudah mula memohon ampun dan maaf dari keluarga dan rakan taulan bila tiba bulan Ramadan lagi. Bila tiba Hari Raya, mood maaf bermaafan ini terus berlanjutan. Tiada manusia yang tidak membuat salah di atas muka bumi ini. Baik saya, anda mahupun sesiapa sahaja. 

Kadangkala, disebabkan perselisihan dan persengketaan tersebut, Allah menyekat rezeki-rezeki kita tanpa kita sedari. Jadi, di bulan Syawal yang mulia ini ambil kesempatan untuk memohon maaf daripada individu-individu yang pernah berkecil hati dengan anda atau yang pernah mengguriskan hati anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Berdoalah agar pintu rezeki anda dibuka seluas-luasnya.


3.  JAMUAN MAKAN

Amalan menjamu tetamu, famili dan rakan taulan di musim raya memang tidak asing sekali. Ini juga termasuk dalam amalan yang boleh membantu menambah rezeki kita. Tidak semestinya melakukan jamuan besar-besaran, cukuplah dengan mengajak adik-beradik dan rakan rapat, ini sudah cukup menggembirakan mereka. Usah dianggap sebagai beban, masaklah yang termampu. Apabila ada kunjungan tetamu di rumah, kunjungan tersebut datang bersama limpahan rezeki. Berdoalah semoga Allah menambahkan rezeki susu ibu untuk anak anda.


4. IKHLAS

Saya mengingatkan diri saya dan anda semua, apapun perbuatan dan amalan kita, mesti bersandarkan: Ikhlas semata-mata kerana Allah. Amal yang sekadar mahu menunjuk-nunjuk, bersebab dan tidak ikhlas hanya akan mendatangkan riyak dan tidak mendapat redha Allah. Jadi sia-sia sahaja usaha yang dilakukan itu. Sabda Rasulullah S.A.W: 

"Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal perbuatan, kecuali yang murni kerana-Nya dan hanya mengharapkan redha-Nya." (Riwayat Abu Dawud dan Nasai)

Jadi, ikhlaskan hati dalam apa pun pekerjaan kita, sama ada sedekah, saling bermaafan,  juga semasa menjamu tetamu dengan juadah kita. Ini termasuklah menyusukan anak-anak kita, tidak lain hanya kerana Allah. 


5. ELAK MENGUMPAT DAN BERKATA CELA

Seronoknya berhari-raya kita akan berjumpa dengan ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan yang jarang kita jumpa pada hari-hari biasa. Aktiviti update meng'update' story tu pasti ada ya. Namun, hati-hati ya mommies, jangan dek kerana seronok bercerita kita telah menambah dosa di timbangan azab dan mengurangkan timbangan amal yang dah rajin-rajin dikumpulkan pada Ramadan yang lalu.

Tetapi tidaklah pula terlalu mendiamkan diri sehingga kita dipanggil kera sumbang.  Hehe. Berceritalah perkara yang bermanfaat selain dari meng'update' cerita orang. Pasti banyak timbangan amal yang diperolehi tanpa kita sedar. Secara tak langsung dapat membuka laluan-laluan rezeki buat kita.






P/S: Baru-baru ini, ramai yang contact cikgu dan beritahu susu drop bila mula memerah selepas raya. Bila disoal-siasat, rupanya skip memerah apabila pulang ke kampung. 

Haaa.. kan cikgu dah pesan, untuk ibu bekerja, anda perlu hasilkan demand yang lebih tinggi walaupun bayi direct feeding semasa bercuti, anda perlu memerah selepas menyusu untuk betul-betul mengosongkan payudara dan memberi lebih demand kepada breast yang kosong itu. Dengan cara ini demand kepada breast akan tetap konsisten dan susu inshaAllah maintain

Namun masih belum terlambat, kerana selagi ada rangsangan hisapan bayi dan memerah dengan kerap, susu ibu akan tetap terus terhasil. Powerpumping lah salah satu kekdahnya. Semoga berjaya!!






Cikgu Susu Anda














Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

No comments:

Post a Comment