Thursday, 30 October 2014

APAKAH RUTIN SEORANG IBU MENYUSU?




Assalamualaikum dan Salam sejahtera mommies,


Tahukah anda bahawa anda seorang yang sangat special kerana anda seorang ibu yang menyusukan anak anda. Hanya seorang ibu sahaja tahu betapa kesukaran dan keazaman yang anda perlukan untuk menjayakan penyusuan.

Anda juga special kerana anda BUKAN seperti orang lain. Anda mempunyai jadual harian yang berbeza dengan orang lain. Selain mendapat senyuman dan pelukan ikhlas dari si kecil kesayangan, anda ada RUTIN IBU MENYUSU. Rutin ini juga sangat istimewa kerana ia mengikut kesesuaian tubuh badan anda dan bayi anda sendiri.



Apakah RUTIN IBU MENYUSU?

Di sini akan saya terangkan secara ringkas apakah perkara-perkara yang seorang ibu menyusu perlu lakukan dalam kehidupan seharian bagi memastikan MILK SUPPLY yang mencukupi dan meneruskan penyusuan dengan lebih lama (inshaAllah 2 tahun ya).

Seorang ibu menyusu perlu:

1. Kekerapan
Menyusu bayi on demand atau bila-bila sahaja bayi menunjukkan signal mahukan susu bila bayi bersama ibu ATAU memerah payudara sekerap 2-3 jam sekali di tempat kerja.

2. Makanan sihat.
Mengamalkan pemakanan sihat iaitu pengambilan makanan berasaskan karbohidrat, protein, vitamin, mineral (termasuk sayuran dan buah-buahan) yang secukupnya setiap hari. Ini penting supaya ibu dapat memastikan keadaan kesihatan ibu sentiasa TIP TOP dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk bayi kerana, BILA IBU KURANG SIHAT, PENGHASILAN SUSU AKAN TERGANGGU.

3. Air yang banyak.
Memastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 3.5 Liter sehari. Minum dalam kuantiti yang sedikit-sedikit tetapi kerap. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dengan lebih banyak dan elakkan air sejuk atau ais.

4. Kurangkan berminyak dan pedas.
Mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan pedas kerana badan ibu akan memerlukan lebih banyak air untuk mencerna makanan ini, jadi rizab air dalam badan ibu sedikit sebanyak akan terganggu. Banyakkan pengambilan makanan berasaskan sup, rebus dan stim.

Awas dengan pengambilan makanan ibu.  Sesetengah makanan boleh menjadi 'milk killer' ibu jika diambil secara berlebihan kerana tindak balas dengan tubuh badan kita. Saranan saya, amalkan pengambilan secara sederhana, untuk mengelakkan makanan tertentu memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.

Ibu bebas untuk bereksperimen untuk mengetahui makanan apakah adalah 'milk killer' untuk ibu.

5. Waktu air diminum.
Minum air setiap kali sebelum menyusu dan semasa menyusu dan memerah jika dahaga, selepas setiap kali menyusu atau memerah.
PERINGATAN: MINUM DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT PADA SATU MASA.

6. Tidur berkualiti.
Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti kerana ibu yang menyusukan anak menggunakan banyak tenaga untuk penghasilan susu.

7. Kesihatan diri.
Jaga kesihatan tubuh badan ibu. Anda orang paling penting dalam keluarga. Walaupun anda seorang yang kuat mental dan rohani, belum pasti ia cukup. Jika kerap merasa sangat letih, tukar corak pemakanan anda, dan amalkan suplemen penambah tenaga yang dirasakan sesuai.

8. Hubungan dengan suami.
Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Redha suami adalah redha Allah. Suami itu keramat kita, jada hubungan dengan dia. Berkomunikasi lah dengannya dan mohon sokongannya untuk berjaya.

9. Bergantung kepada Allah.
Susu ibu itu rezeki dari Allah. Mahu susu yang cukup dan banyak perlu memohon kepada yang Maha Pemberi Rezeki. Jaga hubungan dengan Allah, minta pada-Nya (selepas berusaha terlebih dahulu), InshaAllah ada ganjarannya.

Jadikan rutin di atas amalan setiap hari, dan patuhi rutin ini sepanjang penyusuan si comel. InshaAllah anda akan lebih gembira, tenang dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.

Saya akan berkongsi lagi dalam Siri Seminar Mudahnya Menyusu nanti. InshaAllah. Nantikan tarikh seminar dalam post berikutnya.


.


Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo
Rakan Laktasi Anda




*Gambar hanya hiasan



No comments:

Post a Comment