Thursday, 22 May 2014

OH SUSU IBU.. BERAPA OZ BAYI PERLU MINUM?

Ibu keliru..
Berapa banyak susu bayi yang baru lahir perlu minum?
1 oz ke, 2 oz ke?

Bayi kerap menyusu pada awal kelahiran. 
Kadang-kadang satu jam sekali, kadang-kadang 2 jam sekali, 
kadang-kadang tiada limit masa yang tetap.

Fahamilah ibu, ianya normal dan baik-baik saja. Malah ianya semulajadi.
Kerana sejak dari dalam kandungan lagi bayi sudah mula membuat gerakan mulut seperti menghisap susu. Ianya gerakan indah yang diilhamkan sang Pencipta, untuk memberitahu pentingnya susu ibu kepada kita.

Sebab-sebab yang menyebabkan bayi mahu menyusu dengan kerap di awal kelahiran: 

1. Fitrah bayi yang suka menghisap
2. Saiz perut bayi yang kecil
3. Susu ibu yang mudah diproses
4. Tindak balas semulajadi bayi yang ingin dipeluk dan dibelai ibu selalu. Melalui menyusu, bayi dapat semuanya.
5. Untuk mengaktifkan organ percernaan bayi

Bayi baru lahir perutnya amat kecil. Bersaiz sebiji guli, ada juga kata kecil macam ceri. Jadi, keperluan susu pada awal kelahiran sangatlah sedikit. Bertepatan dengan penghasilan susu awal oleh badan iaitu KOLOSTRUM. Kuantitinya sedikit, pekat dan kekuningan. Ia penuh dengan antibodi yang diperlukan bayi seawal hidupnya. Kolostrum bertindak sebagai pelawas dan pelindung perut bayi dari jangkitan. Kolostrum sangat diperlukan oleh bayi terutamanya jika bayi mengalami jaundis kerana kolostrum dapat mengaktifkan usus bayi untuk menyingkirkan bilirubin dari badan bayi.

Selepas usia satu hingga dua minggu, keperluan susu oleh bayi mula bertambah. Bayi juga makin membesar, begitu juga perutnya. Ianya selari dengan penghasilan susu matang yang berwarna putih dan dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding kolostrum. Susu matang lebih tinggi kandungan lemak dan protein untuk meningkatkan berat badan bayi dan memenuhi keperluan bayi untuk membesar. 

Contoh gambar kolostrum yang dihasilkan pada hari pertama hingga ketiga kelahiran.



Namun kuantiti susu yang diperlukan bayi masih sedikit kerana saiz perutnya yang masih kecil. Jangan risau atau hairan jika bayi kerap menyusu. Bukannya kerana "tidak kenyang-kenyang" atau "susu ibu tak cukup", tetapi kerana kualiti susu ibu itu yang ringkas dan senang dihadam dan saiz perut bayi yang masih kecil. Maka bayi akan minta perutnya diisi dengan lebih kerap.

Menjelang umur sebulan, keperluan susu ibu oleh bayi makin bertambah, berikutan pertambahan saiz dan berat badan bayi (makanya perut bayi pun membesar juga ya). Bayi juga mula menunjukkan pattern hisapan berjadual, jika sebelum ini menyusu dengan kerap (hingga ibu rasakan "menyusu setiap masa" tanpa henti), kini setiap 2 jam (secara purata ya, mungkin berbeza pada setiap bayi).  

Berikut adalah contoh saiz perut bayi mengikut usianya, kecil kan?



Selepas usia sebulan,
Ibu boleh rasa sedikit lega, kerana sudah tidak seperti hari-hari pertama. 
Buat ibu yang pertama kali bergelar ibu, jangan panik, jangan bimbang,
Menyusu dengan kerap bukan suatu masalah, kerana ianya fitrah.
Namun harus ibu ingat, bila bayi kerap menyusu maka banyaklah susu.
Jangan culas, jangan malas, 
Ibu pasti puas hati dengan hasilnya nanti.

Selamat menyusu ibu,
Ummi, PumpOnTheGo


1 comment: