Frasa di atas begitu sinonim dengan penyusuan susu ibu bukan?
Sebelum menempuh alam penyusuan, ibu digalakkan untuk melengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang boleh sebagai persediaan awal sebelum bayi dilahirkan. Namun, pada peringkat awal, ilmu asas penyusuan adalah lebih mustahak.
Kata kunci BEST adalah gabungan dan rangkuman beberapa frasa yang menjadi asas dalam memulakan penyusuan ibu.
B - Breast
E - Early
S - Skin to Skin
T - Tandem
BREAST merujuk kepada payudara dan puting susu ibu. Ibu perlu belajar mengenali payudara sejak dari mengandung lagi. Setiap wanita mempunyai payudara dan saiz puting yang berbeza. Perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor genetik tersendiri. Ibu boleh melakukan satu ujian untuk mengenalpasti jenis puting ibu iaitu pinch test.
Cara melakukan pinch test:
Tekan areola kira-kira satu inci daripada puting dan lihat sama ada puting timbul atau tenggelam.
Gambar A menunjukkan puting normal.
Gambar B menunjukkan puting bersaiz agak kecil
Gambar C menunjukkan puting leper (flat nipples)apabila dilakukan pinch test.
Gambar D menunjukkan puting tenggelam (inverted nipples) apabila dilakukan pinch test.
Bagi kes ini, apabila dilakukan pinch test, puting tidak timbul tetapi akan tenggelam ke belakang. Namun dengan cara lekapan yang betul, penyusuan masih boleh dilakukan.
EARLY merujuk kepada masa yang sesuai untuk memulakan penyusuan. Untuk memastikan penyusuan susu ibu yang berjaya, ibu digalakkan memberi susu ibu sejurus selepas melahirkan (nurse baby within first hour or so after giving birth).
Penyusuan awal selepas melahirkan penting kerana:
- Membuat ibu lebih yakin untuk menyusukan anak secara berterusan
- Bayi akan mendapat sepenuhnya kebaikan immunologi dari kolostrum (susu awal yang mempunyai nutrisi yang dapat melindung bayi dari jangkitan dan penyakit)
- Usus dan sistem pencernaan bayi akan mula dirangsang untuk berfungsi
- Masalah dalam penyusuan dapat dielakkan jika penyusuan dimulakan seawal ini
- Merapatkan lagi hubungan ibu dan bayi
SKIN-TO-SKIN membantu dalam penyusuan di peringkat awal.
Namun, pada situasi tertentu di mana penyusuan kali pertama tidak berjaya dilakukan atas sebab-sebab tertentu (bayi tidak berminat, bayi seperti mengantuk, atau pelekapan kali pertama yang tidak sempurna) kaedah Skin-to-skin boleh dilakukan.
Skin-to-skin atau Kangaroo Mother Care adalah kaedah di mana bayi tidak dipakaikan dengan baju atau dibedung dan diletakkan di dada ibu. Kaedah ini lebih bersifat fitrah di mana bayi akan berada lebih rapat dengan ibu seperti semasa berada di dalam kandungan.
Antara kebaikan skin-to-skin adalah:
- Dapat menstabilkan kadar pernafasan, denyutan jantung bayi dan tekanan darah bayi
- Bayi lebih selesa dan erat di dalam kehangatan pelukan ibu
- Skin-to-skin dapat merangsang sifat semulajadi bayi iaitu fitrah mencari payudara ibu untuk disusukan, dan bersifat tenang dan manja
- Dapat mengekalkan emosi bayi dan suhu badan bayi
TANDEM nursing adalah apabila ibu menyusukan dua anak yang berlainan usia dari kedua-dua belah payudara. Tandem nursing masih boleh diteruskan walaupun selepas ibu mendapat bayi baru.
Kebaikan tandem nursing:
- Membantu meningkatkan MER (Milk Ejection Reflex) hisapan si abang/kakak lebih cepat dan kuat
- Mengurangkan bengkak susu yang dialami ibu
- Membantu mengelakkan sedak susu atau pengaliran susu yang terlalu laju kepada si adik; penyusuan boleh dilakukan terlebih dahulu oleh abang/kakak untuk mengurangkan kelajuan aliran susu
- Membantu si adik mendapat berat badan stabil lebih cepat dengan kuantiti susu yang maksimum
Konsep tandem nursing juga boleh diaplikasikan oleh ibu walaupun hanya menyusukan seorang anak. Dalam tandem nursing, ibu menggunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan anak.
Dengan konsep tandem nursing, ibu boleh menyusukan anak di sebelah payudara dan mengepam susu di sebelah payudara lagi. Pengeluaran susu di kedua-dua belah payudara akan menghantar isyarat kepada otak untuk mempercepatkan penghasilan susu dan dengan kuantiti yang lebih banyak. Penghasilan susu adalah berdasarkan konsep Supply (pembekalan) vs Demand (permintaan). Semakin tinggi permintaan, semakin banyak penghasilan/pembekalan.
Semoga bermanfaat ibu!
❤❤Selamat menyusu ibu❤❤
No comments:
Post a Comment