Friday 31 October 2014

MENYUSUKAN ANAK MENGAJARKU...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera mommies,

Perjalanan penyusuan akan menjadi lebih indah dan bermakna jika kita mengambil pengajaran dari setiap apa yang dilalui sepanjang tempoh penyusuan. 

Hidup kita adalah satu proses pembelajaran yang tiada berpenghujung. Penyusuan ibu adalah salah satu syllabus yang perlu kita pelajari selagi kita bergelar ibu.

Menyusukan anak mengajar aku erti kesabaran sebenar
sabar dengan kerenah dan ragam si kecil
aku lebih tabah menghadapi apa jua dugaan
Kecil mahupun besar
Sakit ataupun perit


Menyusukan anak mengajar aku percaya pada anakku
aku belajar memahami keperluan anakku
naluriku memberitahu
bilakah saat dia memerlukan pelukan dan belaian, 
bila waktu laparnya
ku tahu waktu dia merasa kesunyian
aku memahami dirinya tatkala dia membesar

Menyusukan anak membuatkan aku yakin dengan keupayaan diri
aku yakin pasti dapat membesarkan anak dengan susuku sendiri
aku mampu melakukan apa sahaja yang diinginkan
yang selama ini aku tak fikir aku mampu

Menyusukan anak mengajarkan aku jadi lebih kuat 
lebih gagah di luar walaupun kelihatan lemah
makin lama makin kebal di dalam
aku lebih tegas pada diri sendiri
ia mengajar ku tidak mudah mengalah

Menyusukan anak mengajarkan aku untuk lebih sayang pada diri sendiri
aku belajar yang aku perlu cintai diri sendiri
sebelum mencintai orang lain
aku perlu cintakan diriku supaya cintaku dialirkan ke anakku dengan lebih mudah

Menyusukan anak membuatkan aku mengambil berat akan kesihatan diri
aku mula mengamalkan pemakanan sihat
aku tahu bila perlu rehat bila penat
aku mula berhati-hati dengan corak pemakanan harian

Menyusukan anak mengajar aku jadi berdisiplin
aku yang dulu malas, sekarang jadi rajin
aku yang dulu culas, sekarang patuh berjadual
ia membantu aku lebih menghargai masa

Menyusukan anak membuat aku lebih menghargai ibuku sendiri
Mengajarkan aku yang kasih sayang ibu tiada taranya
Perit melahirkan, penat menyusukan
Semua itu tiada terbalas jasanya

Menyusukan anak menjadikan aku lebih dekat dengan Allah
kerana aku mahu rezeki susu yang banyak dari-Nya
sebab aku mahu Dia permudahkan penyusuanku
sebab aku bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya
kerana aku mahu belajar jadi ibu yang terbaik untuk anakku

Aku bukan lagi aku yang dulu
Aku seorang ibu menyusu
Aku pejuang penyusu!




Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo

Rakan Laktasi Anda.


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Konsultansi dan Bimbingan Penyusuan? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com



Thursday 30 October 2014

APAKAH RUTIN SEORANG IBU MENYUSU?




Assalamualaikum dan Salam sejahtera mommies,


Tahukah anda bahawa anda seorang yang sangat special kerana anda seorang ibu yang menyusukan anak anda. Hanya seorang ibu sahaja tahu betapa kesukaran dan keazaman yang anda perlukan untuk menjayakan penyusuan.

Anda juga special kerana anda BUKAN seperti orang lain. Anda mempunyai jadual harian yang berbeza dengan orang lain. Selain mendapat senyuman dan pelukan ikhlas dari si kecil kesayangan, anda ada RUTIN IBU MENYUSU. Rutin ini juga sangat istimewa kerana ia mengikut kesesuaian tubuh badan anda dan bayi anda sendiri.



Apakah RUTIN IBU MENYUSU?

Di sini akan saya terangkan secara ringkas apakah perkara-perkara yang seorang ibu menyusu perlu lakukan dalam kehidupan seharian bagi memastikan MILK SUPPLY yang mencukupi dan meneruskan penyusuan dengan lebih lama (inshaAllah 2 tahun ya).

Seorang ibu menyusu perlu:

1. Kekerapan
Menyusu bayi on demand atau bila-bila sahaja bayi menunjukkan signal mahukan susu bila bayi bersama ibu ATAU memerah payudara sekerap 2-3 jam sekali di tempat kerja.

2. Makanan sihat.
Mengamalkan pemakanan sihat iaitu pengambilan makanan berasaskan karbohidrat, protein, vitamin, mineral (termasuk sayuran dan buah-buahan) yang secukupnya setiap hari. Ini penting supaya ibu dapat memastikan keadaan kesihatan ibu sentiasa TIP TOP dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk bayi kerana, BILA IBU KURANG SIHAT, PENGHASILAN SUSU AKAN TERGANGGU.

3. Air yang banyak.
Memastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 3.5 Liter sehari. Minum dalam kuantiti yang sedikit-sedikit tetapi kerap. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dengan lebih banyak dan elakkan air sejuk atau ais.

4. Kurangkan berminyak dan pedas.
Mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan pedas kerana badan ibu akan memerlukan lebih banyak air untuk mencerna makanan ini, jadi rizab air dalam badan ibu sedikit sebanyak akan terganggu. Banyakkan pengambilan makanan berasaskan sup, rebus dan stim.

Awas dengan pengambilan makanan ibu.  Sesetengah makanan boleh menjadi 'milk killer' ibu jika diambil secara berlebihan kerana tindak balas dengan tubuh badan kita. Saranan saya, amalkan pengambilan secara sederhana, untuk mengelakkan makanan tertentu memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.

Ibu bebas untuk bereksperimen untuk mengetahui makanan apakah adalah 'milk killer' untuk ibu.

5. Waktu air diminum.
Minum air setiap kali sebelum menyusu dan semasa menyusu dan memerah jika dahaga, selepas setiap kali menyusu atau memerah.
PERINGATAN: MINUM DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT PADA SATU MASA.

6. Tidur berkualiti.
Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti kerana ibu yang menyusukan anak menggunakan banyak tenaga untuk penghasilan susu.

7. Kesihatan diri.
Jaga kesihatan tubuh badan ibu. Anda orang paling penting dalam keluarga. Walaupun anda seorang yang kuat mental dan rohani, belum pasti ia cukup. Jika kerap merasa sangat letih, tukar corak pemakanan anda, dan amalkan suplemen penambah tenaga yang dirasakan sesuai.

8. Hubungan dengan suami.
Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Redha suami adalah redha Allah. Suami itu keramat kita, jada hubungan dengan dia. Berkomunikasi lah dengannya dan mohon sokongannya untuk berjaya.

9. Bergantung kepada Allah.
Susu ibu itu rezeki dari Allah. Mahu susu yang cukup dan banyak perlu memohon kepada yang Maha Pemberi Rezeki. Jaga hubungan dengan Allah, minta pada-Nya (selepas berusaha terlebih dahulu), InshaAllah ada ganjarannya.

Jadikan rutin di atas amalan setiap hari, dan patuhi rutin ini sepanjang penyusuan si comel. InshaAllah anda akan lebih gembira, tenang dan dapat menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.

Saya akan berkongsi lagi dalam Siri Seminar Mudahnya Menyusu nanti. InshaAllah. Nantikan tarikh seminar dalam post berikutnya.


.


Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo
Rakan Laktasi Anda




*Gambar hanya hiasan



Thursday 2 October 2014

TESTIMONI PESERTA SEMINAR PEJUANG PENYUSU 2014

DARI TAK ADA LANGSUNG, SAMPAI DAH BOLEH SIMPAN STOK.





Alhamdulillah syukur Ya Allah syukur. Ini adalah antara testimoni paling menggembirakan saya. Ibu ini memang kental dan sudah mampu menepis kata-kata negatif di sekeliling beliau dan berjaya memusnahkan VIRUS yang wujud dalam diri beliau.


Tahniah banyak banyak kepada puan Sharifah, salah seorang peserta Seminar #pejuangpenyusu saya. Usaha gigih beliau sudah membuahkan hasil. Rezeki Allah nak beri memang tanpa kita sangka-sangka, Dia beri ujian dulu untuk rezeki titisan emas berharga ini.

Masih belum terlambat untuk berjuang habis-habisan. Tunaikan hak anakmu ibu, masih ada waktu. Anda buat, anda dapat, InshaAllah. Kita #PejuangPenyusu !!

.


Jom jumpa saya dalam Seminar Pejuang Penyusu.
EARLY BIRD dapat SPECIAL PRICE. Cepat-cepat daftar.


>> Pilih lokasi dan daftar di link di bawah <<

Kelana Jaya 12 Okt :
http://pejuangpenyusu.gr8.com/



Salam Pejuang Penyusu,
Zuain Ghani, PumpOnTheGo
Rakan Laktasi Anda.

Wednesday 1 October 2014

PENGURUSAN SUSU IBU

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera mommies,

Saya dapati masih ramai ibu (dan bapa) yang keliru dengan cara pengurusan susu ibu: berapa jam susu bertahan selepas diperah, berapa lama ia bertahan dalam freezer dan sebagainya.

Susu ibu yang sudah diperah sensitif kepada perubahan susu yang mendadak. Perubahan susu mendadak boleh menyebabkan antibodi yang terkandung dalam susu ibu itu rosak atau termusnah.

Ibu perlu tahu, antibodi adalah salah satu elemen penting dalam susu ibu yang mamou menguatkan sistem imunisasi badan anak kita.

Jadi, saya mohon mommies semua baca dan fahami jadual ini ya.


.

*Mengikut KKM, susu perahan yang disimpan di peti sejuk bahagian/pintu bawah bertahan tidak kurang dari 8 hari. Tetapi anda digalakkan untuk menggunakan susu itu dalam masa 3-5 hari sahaja (kerana kebanyakan peti sejuk tidak dapat mengekalkan suhu pada bahagian ini).

Saranan: Simpankan susu ebm selama 4 hari di bahagian pintu bawah, jika susu tersebut tidak digunakan pindahkan ke bahagian beku pada hari ke-4 untuk memanjangkan jangka hayat susu perahan.


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Laktasi PPUM


Salam Cinta Susu Ibu,
Ummi, PumpOnTheGo
Rakan Laktasi Anda