Thursday 22 May 2014

OH SUSU IBU.. BERAPA OZ BAYI PERLU MINUM?

Ibu keliru..
Berapa banyak susu bayi yang baru lahir perlu minum?
1 oz ke, 2 oz ke?

Bayi kerap menyusu pada awal kelahiran. 
Kadang-kadang satu jam sekali, kadang-kadang 2 jam sekali, 
kadang-kadang tiada limit masa yang tetap.

Fahamilah ibu, ianya normal dan baik-baik saja. Malah ianya semulajadi.
Kerana sejak dari dalam kandungan lagi bayi sudah mula membuat gerakan mulut seperti menghisap susu. Ianya gerakan indah yang diilhamkan sang Pencipta, untuk memberitahu pentingnya susu ibu kepada kita.

Sebab-sebab yang menyebabkan bayi mahu menyusu dengan kerap di awal kelahiran: 

1. Fitrah bayi yang suka menghisap
2. Saiz perut bayi yang kecil
3. Susu ibu yang mudah diproses
4. Tindak balas semulajadi bayi yang ingin dipeluk dan dibelai ibu selalu. Melalui menyusu, bayi dapat semuanya.
5. Untuk mengaktifkan organ percernaan bayi

Bayi baru lahir perutnya amat kecil. Bersaiz sebiji guli, ada juga kata kecil macam ceri. Jadi, keperluan susu pada awal kelahiran sangatlah sedikit. Bertepatan dengan penghasilan susu awal oleh badan iaitu KOLOSTRUM. Kuantitinya sedikit, pekat dan kekuningan. Ia penuh dengan antibodi yang diperlukan bayi seawal hidupnya. Kolostrum bertindak sebagai pelawas dan pelindung perut bayi dari jangkitan. Kolostrum sangat diperlukan oleh bayi terutamanya jika bayi mengalami jaundis kerana kolostrum dapat mengaktifkan usus bayi untuk menyingkirkan bilirubin dari badan bayi.

Selepas usia satu hingga dua minggu, keperluan susu oleh bayi mula bertambah. Bayi juga makin membesar, begitu juga perutnya. Ianya selari dengan penghasilan susu matang yang berwarna putih dan dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding kolostrum. Susu matang lebih tinggi kandungan lemak dan protein untuk meningkatkan berat badan bayi dan memenuhi keperluan bayi untuk membesar. 

Contoh gambar kolostrum yang dihasilkan pada hari pertama hingga ketiga kelahiran.



Namun kuantiti susu yang diperlukan bayi masih sedikit kerana saiz perutnya yang masih kecil. Jangan risau atau hairan jika bayi kerap menyusu. Bukannya kerana "tidak kenyang-kenyang" atau "susu ibu tak cukup", tetapi kerana kualiti susu ibu itu yang ringkas dan senang dihadam dan saiz perut bayi yang masih kecil. Maka bayi akan minta perutnya diisi dengan lebih kerap.

Menjelang umur sebulan, keperluan susu ibu oleh bayi makin bertambah, berikutan pertambahan saiz dan berat badan bayi (makanya perut bayi pun membesar juga ya). Bayi juga mula menunjukkan pattern hisapan berjadual, jika sebelum ini menyusu dengan kerap (hingga ibu rasakan "menyusu setiap masa" tanpa henti), kini setiap 2 jam (secara purata ya, mungkin berbeza pada setiap bayi).  

Berikut adalah contoh saiz perut bayi mengikut usianya, kecil kan?



Selepas usia sebulan,
Ibu boleh rasa sedikit lega, kerana sudah tidak seperti hari-hari pertama. 
Buat ibu yang pertama kali bergelar ibu, jangan panik, jangan bimbang,
Menyusu dengan kerap bukan suatu masalah, kerana ianya fitrah.
Namun harus ibu ingat, bila bayi kerap menyusu maka banyaklah susu.
Jangan culas, jangan malas, 
Ibu pasti puas hati dengan hasilnya nanti.

Selamat menyusu ibu,
Ummi, PumpOnTheGo


Tuesday 6 May 2014

TIPS MENYUSU PADA BULAN PUASA


Bulan puasa dah dekat
Ibu dah habis ganti puasa?
Meh kita kongsi tips-tips penyusuan berjaya Ramadhan ini

1 [MIND SET]

Apa yang kita fikir
Apa yang kita cakap
Apa yang kita rasa dan 
Apa yang kita buat
Adalah hantaran doa kepada Allah

Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. 

Tips pada bulan puasa - sentiasa POSITIF bahawa susu ibu pasti ada dan CUKUP untuk si comel kita.

2 [KEKERAPAN MENGEPAM]

Tambahkan kekerapan mengepam (dan konsisten dengan jadual ini) sebulan sebelum bulan Ramadhan. Ini untuk mewujudkan demand yang tinggi terhadap susu ibu.

3 [JADUAL MENGEPAM]

Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa untuk memastikan demand yang berterusan kepada breast

Berikut adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1 - selepas sahur atau sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 - Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 - Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 - Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. Tapi harus diingat: Kurang demand, kuranglah supply ya!

4 [POWERPUMPING SEMINGGU SEKALI]

Buat powerpumping sekali seminggu untuk create demand kepada breast ibu (untuk hantar signal kepada badan hasilkan susu yang lebih banyak). Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu. 

# Habis powerpumping, boleh tunaikan Tahajjud atau Qiam pula kan*

5 [PENGAMBILAN AIR]

Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa sehingga ke waktu bersahur. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan ais ya!

# Keperluan air untuk ibu menyusu adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

Untuk elakkan dehydration, minum air suam sebelum & selepas menyusu/mengepam. Dan milo/horlicks panas selepas sesi menyusu/mengepam waktu malam ya (untuk cover energy loss tadi).

6 [JUADAH BERBUKA / PEMAKANAN]

Bulan Ramadhan
Banyak Bazar
Makanan sedap sedap enak enak
Wah rambang mata

Hati-hati dalam memilih juadah berbuka ya ibu. Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. 

Elakkan mengamalkan diet keras seperti menghentikan pengambilan karbohidrat dan protein pada bulan puasa kerana ianya nutrisi penting untuk menghasilkan susu ibu. 

Tambahkan dengan pengambilan buah-buahan pada waktu malam kerana buah-buahan tinggi kandungan fiber dan mempunyai kandungan jus atau airnya.

7 [KURMA]

Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung dan menyusukan. Banyakkan memakan kurma selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.

Buat macam snack aje pun sedap. Breast cepat rasa penuh. InshaAllah.

#Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan..SubhanAllah



8 [BERTAWAKAL KEPADA ALLAH]

Setelah kita berusaha, berserah dan bertawakal lah kepada Allah. Berdoa dan memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak ibu. 

#Notakaki: Tips ini boleh diamalkan selain dari bulan puasa juga ya. Jom mula sekarang!

Semoga bermanfaat ibu.

Salam cinta susu ibu,
Ummi, PumpOnTheGo