Thursday 27 March 2014

PENYUSUAN SUSU IBU SEHINGGA 2 TAHUN GENAP


Tiada yang lebih bahagia dari hubungan cinta, kasih dan sayang ibu kepada anaknya. Melahirkan dan membesarkan khalifah Allah adalah lebih mudah dan indah dengan penyusuan susu ibu.

Pernahkah ibu terfikir, mengapa memilih penyusuan susu ibu? 

Adakah kerana ianya trend? Adakah kerana mengikut kawan? Adakah kerana terpaksa?

Ibu, pilihlah penyusuan susu ibu kerana ianya tuntutan dari Allah. 

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” (QS. Al-Baqarah: 233).

Apa kata ahli tafsir mengenai ayat ini?

Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين ” انتهى 

“Menambah lebih dari dua tahun atau menguranginya, jika tidak menimbulkan bahaya bagi bayi dan kedua orang tua redha (setuju).”

Syaikul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,

“وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ ” انتهى.

Firman Allah “selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. menunjukkan inilah sempurnanya persusuan. Adapun setelah dua tahun maka sama saja seperti makanan biasa.”

"Dua tahun penuh" yang disebutkan dalam ayat 233 tersebut merujuk kepada tempoh penyusuan iaitu dua tahun genap. Frasa "bagi yang ingin" pula menunjukkan tiada paksaan untuk genap sehingga dua tahun. Ia bergantung kepada faktor kemampuan, kesihatan dan toleransi seseorang ibu dan bapa. Namun, tiada ciptaan atau tuntutan Allah yang sia-sia untuk manusia, dua tahun genap penyusuan susu ibu memberi banyak faedah untuk ibu dan anak. 

Tuntutan yang diharuskan adalah penyusuan untuk dua tahun penuh usia anak seperti dalam nas al-Quran. 

Jadi ibu, yakinkan hatimu. 
Tetapkan tujuan penyusuanmu.
Serahkan kebergantunganmu kepada Allah.
Allah ar-Razzaq, yang Maha Pemberi Rezeki.


Salam penyusuan, 
Ummi, PumpOnTheGo






Monday 24 March 2014

BREASTFEEDING IN THE FIRST WEEK OF BIRTH


Successful breastfeeding shall begin on the very first day your baby was born. Here are some useful tips on breastfeeding on the FIRST WEEK of birth.


1. Number of wet diapers. 
Should be equals to baby's age - day 1, 1 wet diaper, day 2, 2 wet diapers and so on. Note the diaper heaviness and urine color (should be pale yellowish, not dark and smelly)

2. Number of soiled diapers. 
The meconium stools should be increasing through days on the first 7 days.

3. Number of feedings. 
Baby should be waking up or showing sign for wanting milk for every 2-3 hours, and nearly hourly feeding during night time (estimation only). Total of feeding should be around 8-12 times in 24hours. However, mothers are encouraged to feed the baby whenever baby shows the hunger signal. 
#hunger signals: smacking or licking lips, opening and closing mouth, sucking on lips, tongue, hands or fingers

4. A comfortable latch. 
A good latch won't hurt the breast. Make sure baby latch on the areola.

5. Swallowing. 
Each jaw movement counts as one suck. Your baby should swallow every third suck when the breasts contain colostrum and almost EVERY suck when the mature milk comes in (by day 4). A swallow may be an obvious gulp (especially when the milk is in) but more typically you will hear a soft, nasal exhalation.

6. Pacifiers. 
No pacifier should be introduced to baby on the first 2 weeks. If baby wants to suck, offer breast which can help to stimulate the breast to make more milk and increase prolactine.

7. Supplement. 
If all goes naturally, no supplement is needed. However mother can choose to take supplement for postpartum fast recovery and extra energy.

QUICK TIPS: Feed the baby on demand, nurse everytime baby shows the feeding signal. Watch the baby NOT the clock!

Good luck mommies!

Happy breastfeeding,
Ummi, PumpOnTheGo

Friday 21 March 2014

"SUSU TAK CUKUP" atau "NOT ENOUGH MILK"


"Susu tak cukup, maybe baby dah nak cerai susu kot.."

"Baby dah mula makan, dah tak kerap menyusu dah boleh stop menyusu ni.."

Tidak cukup susu (not enough milk) selalu menjadi penyebab untuk menghentikan penyusuan susu ibu bagi sesetengah ibu. 

NANTI DULU!!

Sebelum ibu membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan, adakah ibu pasti yang susu ibu tidak cukup? Bagaimana ibu nak mengenalpasti jika susu ibu dah tidak cukup untuk bayi ibu?

Nah... Sila baca sehingga akhir ya ibu..

Apakah tanda-tanda yang membuatkan ibu 'RASA' TIDAK CUKUP SUSU walaupun bayi ibu sebenarnya mendapat susu yang cukup dan membesar bagai JUARA?!

Untuk pemahaman ibu, tanda-tanda di bawah ini TIDAK SEMESTINYA atau BUKANLAH menunjukkan yang ibu 'tidak cukup susu'. Ia hanyalah tanggapan ibu sahaja.

TANDA- TANDA PADA BAYI

1. Bayi kerap menangis
2. Bayi tidak tidur dalam jangka masa yang panjang
3. Sukar untuk disusukan
4. Kerap melekap dengan ibu 
5. Menghisap jari atau tangannya
6. Bayi terlalu besar atau terlalu kecil
7. Bayi akan minum susu formula jika diberikan

TANDA-TANDA PADA IBU

1. Ibu merasakan susunya nampak cair
2. Tidak mengalami 'kebocoran susu' (susu yang menitik keluar) di payudara atau tanda-tanda lain bagi refleks oksitosin (letdown)
3. Apabila diperah, susu yang keluar sangat sedikit atau tiada 
4. Payudara tak rasa penuh atau lebih ringan dan lembut berbanding sebelum penyusuan.

APA PULA SIGNAL YANG MENUNJUKKAN BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP?

1. OUTPUT - jika bayi ada mengeluarkan air kencing dan najis, maka ia bermaksud susu diminum dengan betul

Air kencing - Pastikan bayi ada 6 kali atau lebih lampin yang berat dan basah dalam sehari. Struktur air kencing bayi hendaklah jernih dan tidak pekat.

Najis - Biasanya bayi yang mendapat susu yang cukup akan membuang air besar sebanyak 3 - 8 kali sehari. Dan kekerapan itu akan berkurang apabila umur bayi meningkat.

2. Bayi menunjukkan tanda-tanda yang normal seperti 

- alert dengan pergerakan di sekelilingnya, 
- menunjukkan perkembangan otot badan yang baik, 
- mempunyai kulit yang sihat dan cantik
- kenaikan berat badan yang konsisten

Jika bayi menunjukkan signal-signal seperti di atas, bermaksud ibu TIDAK mengalami masalah 'susu tak cukup'.

Mari kita tengok apa pula punca masalah kurang susu..

PUNCA KURANG SUSU (LOW MILK PRODUCTION)

1. Penyusuan yang tidak kerap
2. Penyusuan berjadual (memberi susu ikut jam contoh: 3 jam atau 4 jam sekali baru bagi susu)
3. Menghadkan setiap sesi penyusuan (contoh: setiap kali menyusu hanya ambil masa 5 minit, selepas 5 minit ibu hentikan penyusuan walaupun hakikatnyabayi masih belum kenyang)
4. Lekapan semasa penyusuan yang tidak betul
5. Susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari payudara
6. Lambat memulakan penyusuan kali pertama
7. Pengambilan ubat-ubatan oleh ibu seperti pil perancang yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi dan ubat kencing manis.
8. Merokok dan pengambilan minuman keras.
9. Ibu pernah menjalankan pembedahan payudara dimana pembedahan tersebut telah memotong duktus susu atau saraf pada payudara).
10. Ibu mengandung semula (mungkin berlaku kerana perubahan hormon semasa mengandung).

Punca-punca yang jarang kita dengar:

1. Uri yang tertinggal di dalam rahim selepas proses bersalin (retained placenta)
2. Kurangnya perkembangan payudara semasa mengandung (menyebabkan kurang sel-sel penghasilan susu).
3. Kekurangan nutrisi - susu dihasilkan dari makanan dan lemak yang tersimpan di dalam badan ibu, jika ibu telah menggunakan keseluruhannya maka ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.
4. Pengambilan air yang terlalu sedikit.
5. Punca psikologi - dimana ibu tiada keyakinan diri untuk menyusukan bayi, asyik merasa letih, terlalu risau, dan merasa sukar untuk respon kepada permintaan bayi. Ibu yang berada dalam keadaan stress lebih berpotensi untuk:

- tidak kerap menyusu atau menyusu dalam jangka masa yang singkat
- memberi susu formula ataupun puting tiruan (pacifier)
- kurang memberi perhatian kepada bayi

6. Salah satu punca masalah kurang susu adalah pengeluaran susu (milk transfer) yang tidak efektif dari payudara sama ada melalui penyusuan terus dari payudara, menggunakan pam susu atau pengeluaran susu dengan cara hand expression.

Punca kepada pengeluaran susu atau milk transfer yang tidak efektif ini adalah

1. Lekapan bayi yang tidak betul.
2. Bayi tidak menghisap dengan efektif.
3. Bayi merasa letih ketika sesi menyusu.
4. Sesi penyusuan yang singkat dan tak kerap.
5. Menghentikan penyusuan satu belah payudara terlalu awal, menyebabkan bayi tidak mendapat susu akhir (hindmilk) yang dapat mengenyangkan bayi. 
6. Bayi tidak sihat atau tidak cukup bulan.
7. Bayi tidak ada keupayaan untuk menghisap dengan kuat dan dengan lama.
8. Penggunaan breastpump yang tidak sesuai dengan payudara ibu.
9. Cara hand expression yang tidak betul.

TIPS MUDAH: KERAP KOSONGKAN PAYUDARA - jika susu tidak dikeluarkan dari payudara, penghasilan susu juga akan berkurangan.

CARA MENGATASI MASALAH KURANG SUSU untuk IBU?

1. Menyusukan bayi dengan kerap setiap kali bayi menunjukkan signal mahu menyusu (nursing on demand).
2. Kerap mengosongkan payudara menggunakan pam susu atau hand expression.
3. Memperbetulkan lekapan bayi semasa menyusu.
4. Mengelakkan penggunaan puting tiruan atau pacifier.
5. Mengelakkan pemberian susu formula.
6. Minum air dengan kuantiti yang cukup. Minum bila merasa dahaga, sebelum dan selepas menyusu atau mengepam dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. (Kata Dietitian, ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 3Liter air sehari).
7. Makan makanan yang berkhasiat.
8. Pengambilan milk booster dapat membantu.
9. Penggunaan pam susu (breastpump) yang sesuai dengan ibu.

Semoga bermanfaat. 

Breastfeeding Rocks!!

Tuesday 18 March 2014

MASALAH BABY TAK NAK MENYUSU / RELUCTANCE TO FEED

Pernah tak ibu atau rakan-rakan ibu mengalami situasi seperti di bawah?

"Baby tak nak menyusu lah bila disuakan puting, baby tak suka susu ibu kot.."

"Baby saya mengelak dan memalingkan mukanya dari breast saya, tak nak menyusu.."

Tahukah ibu, bayi yang sihat tidak perlu dikejutkan untuk menyusu, mereka akan menunjukkan signal-signal tertentu apabila lapar dan mahukan susu dari ibu. Bayi yang perlu dikejutkan untuk menyusu antara 3 hingga 4 jam sekali jika bayi berada dalam keadaan berikut:

1. Lahir awal atau tidak cukup bulan (premature baby)
2. Jaundis atau penyakit kuning
3. Bayi yang kecil
4. Bayi yang ibunya diberikan sedatif semasa bersalin

Situasi seperti dialog di atas akan menyebabkan ibu berasa sedih dan rendah hati. Seringkali ibu beranggapan yang bayinya tidak mahu menyusu. 

SEBAB BAYI TIDAK MAHU MENYUSU

1. Tidak lapar
2. Bayi sejuk, sakit, kecil dan lemah
3. Posisi menyusu yang salah
4. Lekapan yang tidak betul
5. Ibu bergerak atau menggoncang payudara atau bayi
6. Bayi sudah terbiasa dengan pacifier atau puting botol susu
7. Ibu menukar sabun mandi atau wangian badan yang lain
8. Aliran susu yang terlalu perlahan
9. Bayi ada sakit mulut atau hidung tersumbat
10. Bayi selesa dengan sebelah payudara sahaja
11. Bayi dalam kesakitan
12. Ibu mengalami bengkak payudara, bahagian tampuk hitam (areola) menjadi agak keras lalu menyukarkan lekapan bayi
13. Aliran susu yang terlalu laju, bayi menghisap dengan baik pada mulanya tetapi terpaksa melepaskan puting susu kerana menangis atau tersedak.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH BAYI TIDAK MAHU MENYUSU

Cara utama untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencari penyelesaian kepada puncanya. Antaranya: 

1. Memperbetulkan POSISI semasa menyusu.
2. Memperbetulkan LEKAPAN bayi semasa menyusu.
3. Memerah atau mengepam susu terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi jika aliran susu terlalu laju
4. Menukar posisi menyusu jika aliran susu terlalu laju (menggunakan posisi duduk dan bersandar bagi ibu).
5. Memerah atau mengepam terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi jika payudara terlalu bengkak untuk melembutkan bahagian tampuk hitam (areola).
6. Rawat bayi jika ada jangkitan pada mulut dan lidah dan dapatkan bantuan dan pemeriksaan dari pegawai kesihatan di klinik.
7. Jika bayi dalam kesakitan, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor atau pegawai kesihatan.
8. Elakkan menggunakan pacifier atau puting tiruan dan puting susu.
9. Menggalakkan skin-to-skin atau Kangaroo Mother Care 
   - untuk membantu mencipta hubungan ibu dan bayi
   - memberi peluang kepada bayi untuk explore keadaan payudara ibu mengikut fitrah dan naluri bayi
   - mengambil masa satu jam atau lebih
10. Tidak memaksa bayi menyusu jika bayi menolak dan menangis, sebaliknya TENANGKAN bayi dahulu.
   - Bayi perlu berada dalam keadaan tenang semasa menyusu
   - Jika perlu, perah/pam susu dan berikan susu kepada bayi melalui cawan atau sudu dahulu sehingga bayi dapat belajar menyusu dengan tenang

Jadi ibu, SENYUM. 
Elakkan STRESS dan TERTEKAN. 
Susuilah anak walau apapun keadaan dan dugaan.
Pasti ada cara mengatasinya.
Yakinlah, susumu untuk anakmu.

Ingatlah, sesungguhnya dalam setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan. 

Selamat menyusu ibu sekalian,
Ummi, PumpOnTheGo