Thursday 16 January 2014

Baby yang baru lahir tak pandai menyusu.. Betul ke?

"Baby saya tak pandai hisap susu.."

"Puting susu saya tenggelam..patutlah baby tak dapat hisap"


SOALAN IBU:

Cikgu, kenapa setiap kali menyusu saya rasa sakit ya? Sekarang susu dah mula banyak tapi lepas bayi menyusu breast masih rasa berat, bila picit masih keluar banyak susu. Bila periksa pada bahagian puting susu ada kesan luka sikit. Normal ke sakit setiap kali menyusu cikgu?



JAWAPAN CIKGU SUSU:


Soalan di atas biasa cikgu dengar dari ibu yang mungkin mengalami masalah dengan penyusuan kali pertama. 


Kadang-kadang bila ibu buat pemeriksaan bulanan (monthly check-up), doktor scan kandungan, kita nampak baby sedang hisap jari atau mengecap-ngecap bibir. Kenapa ya? Sebab MENYUSU SUSU IBU ADALAH FITRAH BAGI BAYI. Tahukah ibu, perlakuan seperti menghisap susu (suckling motion) telah dilakukan oleh bayi sejak di dalam kandungan ibu lagi untuk melatih bayi menyusu selepas lahir nanti.

Salah satu penyebab luka semasa menyusu adalah kerana lekapan bayi. Ibu perlu tahu CARA LEKAPAN yang betul untuk memastikan penyusuan berjaya dilakukan. Ibu tidak akan rasa sakit dan luka pada bahagian puting susu amat jarang berlaku jika bayi menyusu dengan cara yang betul.



Sumber: Google

Ramai ibu beranggapan yang ibu tidak dapat menyusukan bayi dengan keadaan puting yang tenggelam (inverted), kecil atau rata (flat nipple). Tahukah ibu, ibu masih boleh menyusukan seperti biasa walaupun keadaan puting ibu tenggelam, kecil atau rata.

Payudara ibu diumpamakan seperti satu cawan berisi air, manakala puting susu adalah straw. Tanpa straw, kita masih boleh minum air di dalam cawan tersebut. Maka yakinlah ibu, dengan cara yang betul ibu pasti dapat menyusukan anak ibu.

Ini kerana, susu dapat dikeluarkan dengan betul jika hisapan berlaku di tampuk hitam (areola). Ya, kawasan yang berwarna sedikit gelap di sekeliling puting tersebut mengandungi banyak saluran susu. Hisapan yang tepat di areola akan mengeluarkan susu yang berada di dalam payudara ibu dengan efektif. 



BAGAIMANA CARANYA MEMULAKAN LEKAPAN PERTAMA?

Sumber: Google

Setiap bayi akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu untuk memberitahu yang mereka bersedia untuk menyusu. Antaranya tidur yang mula terganggu, bebola mata bergerak-gerak, menggeliat, menghisap jari dan merengek. Menangis adalah signal terakhir yang ditunjukkan bayi. Tangisan bayi semakin nyaring dan kuat apabila terlalu lapar.

Apabila bayi sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, mulakan lekapan seperti dalam gambarajah di atas.

1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu. (Important: Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan puting ibu ke ruang antara hidung dan bibir bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap).
5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi.
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi.
7. Kedua-dua ibu dan bayi mestilah berada di dalam posisi yang selesa. Gunakan nursing pillow untuk membantu menyokong tangan ibu.



BAGAIMANA MENGENALPASTI JIKA LEKAPAN IBU ADALAH BETUL dan PENYUSUAN BERJAYA DILAKUKAN?

1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern "hisap telan, hisap telan". 
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan. 



APAKAH POSISI MENYUSU YANG SESUAI DAN SELESA UNTUK IBU?

Ada pelbagai posisi yang ibu boleh cuba, yang penting posisi tersebut boleh membuatkan ibu selesa semasa sesi menyusu dan tidak mengganggu lekapan bayi ketika menyusu. 


Sumber: Google


Jika bayi ada masalah untuk menyusu kali pertama, ibu jangan putus asa. Amalkan posisi football hold atau cradle hold untuk bantu bayi dapat lekapan yang betul. 

Usahakan untuk lekapan setiap hari sehingga ibu dan bayi berjaya. Bagi masa kepada ibu dan bayi untuk berlatih. Practice makes perfect!!





Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Nak Konsultansi Penyusuan secara personal? Hubungi saya, Zuain Ghani: 0193841569 (Whatsapp/ Telegram / SMS/ Call) atau email zuainghani@gmail.com untuk temujanji.









Friday 10 January 2014

MEMULAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

BREAST IS BEST

Frasa di atas begitu sinonim dengan penyusuan susu ibu bukan?

Sebelum menempuh alam penyusuan, ibu digalakkan untuk melengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang boleh sebagai persediaan awal sebelum bayi dilahirkan. Namun, pada peringkat awal, ilmu asas penyusuan adalah lebih mustahak.

Kata kunci BEST adalah gabungan dan rangkuman beberapa frasa yang menjadi asas dalam memulakan penyusuan ibu.

B - Breast
E - Early
S - Skin to Skin
T - Tandem

BREAST merujuk kepada payudara dan puting susu ibu. Ibu perlu belajar mengenali payudara sejak dari mengandung lagi. Setiap wanita mempunyai payudara dan saiz puting yang berbeza. Perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor genetik tersendiri. Ibu boleh melakukan satu ujian untuk mengenalpasti jenis puting ibu iaitu pinch test.

Cara melakukan pinch test:

Tekan areola kira-kira satu inci daripada puting dan lihat sama ada puting timbul atau tenggelam.

Gambar A menunjukkan puting normal.


Gambar B menunjukkan puting bersaiz agak kecil


Gambar C menunjukkan puting leper (flat nipples)apabila dilakukan pinch test.


Gambar D menunjukkan puting tenggelam (inverted nipples) apabila dilakukan pinch test.

Bagi kes ini, apabila dilakukan pinch test, puting tidak timbul tetapi akan tenggelam ke belakang. Namun dengan cara lekapan yang betul, penyusuan masih boleh dilakukan.



EARLY merujuk kepada masa yang sesuai untuk memulakan penyusuan. Untuk memastikan penyusuan susu ibu yang berjaya, ibu digalakkan memberi susu ibu sejurus selepas melahirkan (nurse baby within first hour or so after giving birth). 

Penyusuan awal selepas melahirkan penting kerana:

- Membuat ibu lebih yakin untuk menyusukan anak secara berterusan
- Bayi akan mendapat sepenuhnya kebaikan immunologi dari kolostrum (susu awal yang mempunyai nutrisi yang dapat melindung bayi dari jangkitan dan penyakit)
- Usus dan sistem pencernaan bayi akan mula dirangsang untuk berfungsi
- Masalah dalam penyusuan dapat dielakkan jika penyusuan dimulakan seawal ini
- Merapatkan lagi hubungan ibu dan bayi

SKIN-TO-SKIN membantu dalam penyusuan di peringkat awal.

Namun, pada situasi tertentu di mana penyusuan kali pertama tidak berjaya dilakukan atas sebab-sebab tertentu (bayi tidak berminat, bayi seperti mengantuk, atau pelekapan kali pertama yang tidak sempurna) kaedah Skin-to-skin boleh dilakukan. 

Skin-to-skin atau Kangaroo Mother Care adalah kaedah di mana bayi tidak dipakaikan dengan baju atau dibedung dan diletakkan di dada ibu. Kaedah ini lebih bersifat fitrah di mana bayi akan berada lebih rapat dengan ibu seperti semasa berada di dalam kandungan.

Antara kebaikan skin-to-skin adalah:

- Dapat menstabilkan kadar pernafasan, denyutan jantung bayi dan tekanan darah bayi
- Bayi lebih selesa dan erat di dalam kehangatan pelukan ibu
- Skin-to-skin dapat merangsang sifat semulajadi bayi iaitu fitrah mencari payudara ibu untuk disusukan, dan bersifat tenang dan manja
- Dapat mengekalkan emosi bayi dan suhu badan bayi




TANDEM nursing adalah apabila ibu menyusukan dua anak yang berlainan usia dari kedua-dua belah payudara. Tandem nursing masih boleh diteruskan walaupun selepas ibu mendapat bayi baru.

Kebaikan tandem nursing:

- Membantu meningkatkan MER (Milk Ejection Reflex) hisapan si abang/kakak lebih cepat dan kuat
- Mengurangkan bengkak susu yang dialami ibu
- Membantu mengelakkan sedak susu atau pengaliran susu yang terlalu laju kepada si adik; penyusuan boleh dilakukan terlebih dahulu oleh abang/kakak untuk mengurangkan kelajuan aliran susu
- Membantu si adik mendapat berat badan stabil lebih cepat dengan kuantiti susu yang maksimum

Konsep tandem nursing juga boleh diaplikasikan oleh ibu walaupun hanya menyusukan seorang anak. Dalam tandem nursing, ibu menggunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan anak. 

Dengan konsep tandem nursing, ibu boleh menyusukan anak di sebelah payudara dan mengepam susu di sebelah payudara lagi. Pengeluaran susu di kedua-dua belah payudara akan menghantar isyarat kepada otak untuk mempercepatkan penghasilan susu dan dengan kuantiti yang lebih banyak. Penghasilan susu adalah berdasarkan konsep Supply (pembekalan) vs Demand (permintaan). Semakin tinggi permintaan, semakin banyak penghasilan/pembekalan. 


Semoga bermanfaat ibu!

❤❤Selamat menyusu ibu❤❤















Wednesday 8 January 2014

KENAPA MEMILIH PENYUSUAN SUSU IBU?

Salam dan selamat sejahtera

Tahniah kerana memilih untuk menyusukan bayi anda. 

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa memberi susu ibu adalah tuntutan bagi yang beragama Islam, sepertimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran; al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."

Walau apa pun sebab anda memilih untuk menyusukan anak anda, tahniah kerana anda ibu yang hebat. Susu ibu mengandungi khasiat yang tidak dimiliki susu lain di dunia. Antara kebaikan penyusuan badan ialah:

1. Meningkatkan sistem imunisasi, psikologi, dan membantu memberi nutrisi yang cukup kepada bayi.

2. Penyusuan eksklusif susu ibu pada 6 bulan pertama dalam jangka hayat bayi adalah cukup untuk menyokong tumbesaran bayi secara optimum. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan pada usus dan masalah pernafasan bayi. 

3. Penyusuan badan dapat membantu mengecutkan rahim ke saiz asal sebelum mengandung dan membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi kerana penyusuan badan bertindak membakar lemak-lemak di dalam badan (sebab itulah ibu menyusu memerlukan 500 kalori sehari!).

4. Penyusuan badan dapat mengelakkan risiko ibu dari terkena kanser payudara dan kanser ovari. Risiko akan semakin berkurang dengan peningkatan tempoh penyusuan susu ibu. Ini bermakna semakin lama ibu menyusukan anak, semakin berkurang risiko terkena kanser..wow!

5. Susu ibu meningkatkan pertumbuhan otak dan IQ anak kerana susu ibu adalah sel hidup yang dipindahkan dari badan ibu ke badan anak dan mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi berbanding susu formula. DHA adalah satu nutrisi penting untuk perkembangan otak anak.

6. Susu ibu sentiasa tersedia untuk si anak, dan sentiasa berada pada suhu mengikut suhu badan ibu. Suam lemak manis gitu.. Sebab itu bayi yang menyusu suka melekap dengan ibunya!

7. Susu ibu mengandungi imuniti terhadap pelbagai penyakit dan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi. Bayi yang menyusu badan jarang sakit. 

Satu fakta menarik, kulit ibu boleh mengenalpasti kuman atau virus yang terdapat pada badan dan kulit bayi, lalu badan ibu akan menghasilkan susu yang mengandungi antibodi yang boleh melawan kuman tersebut. Badan ibu mengesan kuman tersebut melalui pelukan dan ciuman ibu pada anaknya, menarik bukan!

Bayi yang menyusu badan juga terlindung (bukan sepenuhnya) dari penyakit pneumonia, bronkitis, ear infections dan macam-macam lagi.

8. Penyusuan badan dapat membantu menyokong keperluan emosi anak serta mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu.

9. Susu ibu mempunyai nutrisi lengkap untuk bayi. Susu ibu adalah custom-made mengikut keperluan bayi tersebut. Ianya mengandungi peratusan lemak, kabohidrat dan protein yang bersesuaian untuk peringkat umur bayi. Tiada susu formula yang dihasilkan mampu memberikan nutrisi yang betul-betul bersesuaian dengan keperluan tubuh bayi. Susu ibu juga sentiasa berada dalam suhu yang bersesuaian dengan keperluan bayi.

10. Susu ibu yang melahirkan anak pra-matang adalah khusus untuk bayi tersebut. Tidak ada susu formula yang dapat menghasilkan susu begini.

11. Susu formula meningkatkan risiko penyakit diabetes. Susu ibu pula dapat mengurangkan risiko diabetes. Ramai ibu yang tidak tahu bahawa kandungan glukosa dalam susu ibu lebih tinggi berbanding dalam susu formula tetapi kenapa bayi menyusu susu ibu tidak terdedah kepada diabetes? 

Ini kerana glukosa dalam susu ibu adalah dalam bentuk gula ringkas yang senang dihadam dan ditukar ke bentuk tenaga oleh badan bayi.

12. Bayi yang menyusu badan membantu mengurangkan keperluan insulin ibu yang berpenyakit diabetes.

13. Susu ibu mengurangkan risiko penyakit asma.

14. Susu formula mungkin meningkatkan risiko SIDS (sudden infant death syndrome)

15. Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat ‘childhood cancer’. Kajian menunjukkan bayi yang minum susu ibu untuk sekurang-kurangnya sebulan mempunyai 21% peluang yang lebih rendah untuk mendapat leukimia, dan 30% untuk bayi yang menyusu badan selama 6 bulan. 

16. Penyusuan badan melindungi bayi daripada beberapa masalah penglihatan.

17. Bayi yang minum susu formula lebih berisiko untuk obesiti. Susu ibu pula mengurangkan risiko mendapat kolestrol tinggi.

18. Penyusuan badan sebagai kaedah merancang keluarga secara semulajadi. Kebanyakan wanita yang menyusu badan tidak datang haid selama 6 bulan atau lebih. 

Tetapi bukanlah bermakna ibu yang menyusu badan tidak boleh mengandung langsung selama tempoh penyusuan eksklusif kerana proses ovulasi masih berlaku walaupun tanpa haid. 

19. Penyusuan badan lebih mudah berbanding susu formula. Tidak perlu membancuh susu, hanya selak baju dan tawarkan susu kepada bayi. Tidak perlu berbelanja untuk susu formula. Kerana susu ibu adalah percuma! Ianya hadiah dan anugerah dari Allah untuk hambaNya.

20. Susu formula sangat mahal. Mungkin ada yang bertanya, pam juga mahal kan? Tetapi jika dilihat secara jangka panjang, pam yang dibeli adalah untuk tempoh selama 2 tahun. Katakan satu pam berharga lebih kurang RM500. Jika RM500 dibahagikan dengan 24 bulan = RM20.83! Cukupkah RM20.83 untuk stok susu formula selama sebulan?? Itu pun jika untuk satu anak sahaja. Bagaimana pula jika pam tersebut turut digunakan untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya? Bukankah lebih murah.

21. Susu ibu bertindak sebagai ‘ubat penenang’ kepada bayi dan ibu. Bayi biasanya lebih tenang selepas minum susu ibu. Ibu juga merasa lebih tenang selepas menyusukan atau selepas mengepam. Ianya mengurangkan tekanan darah. 

Ini kerana aktiviti penyusuan susu ibu membantu membebaskan hormon gembira dan tenang untuk ibu dan bayi.

22. Susu ibu lebih sedap berbanding susu formula. 

23. Susu ibu yang segar (fresh breast milk) tidak mengandungi bakteria, malahan susu ibu sendiri adalah anti-bakteria.

24. Penyusuan susu ibu membantu pembentukan rahang dan gigi bayi yang baik. Penyusuan adalah baik untuk pembentukan gigi dan rahang bayi kerana bayi perlu menggunakan 60 kali lebih tenaga semasa menyusu. Perlakuan ketika menghisap susu akan membantu pembentukan rahang yang sempurna dan gigi yang tersusun. Semakin lama tempoh penyusuan, semakin berkurangan masalah pergigian.

Tahniah sekali lagi kerana memilih penyusuan susu ibu! 

Anda hebat! 

Selamat menyusu!